31 May 2009

AWAS! DEMAM BUKAN SEBARANG DEMAM!

Aedes aegypti



ruam/bintik-bintik pada kulit




DENGGI DAN CHIKUGUNYA

"Bezanya, jika virus denggi menyerang pembuluh darah, virus chikungunya menyerang sendi dan tulang."-http://drzeze.wordpress.com/2008/07/07/chikungunya-fever/


Pelbagai jenis virus berjangkit dah wujud kat dunia ni,terbaru virus yang dibawa oleh khinzir, berhenti melancong ke luar negara buat sementara waktu. Virus yang dibawa oleh nyamuk masih lagi melanda tanah air. Sahabat saya dah 3 0rang yang terkena, 2 orang disyaki denggi dan sedang dirawat di hospital,lagi sorang tu dulu baru je kena demam chikugunya dan sekarang kena lagi! mari sama-sama kita mendoakan kesejahteraan mereka,moga sembuh dan sihat.

Pencegahan lebih baik dari merawat. Mendapat rawatan yang awal lebih baik sebelum keadaan lebih membimbangkan.

Mari sama-sama kita kenal pasti :


sumber : email dari sahabat saya

di sebabkan ramai yang kena denggi.. jadi saya nak berkongsi sikit pasai denggi..

Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Mengenal pasti demam denggi

Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes.

Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting.

Antara tanda-tanda demam denggi ialah:

  1. Demam kuat yang mengejut dan berterusan
  2. Bintik merah pada kulit
  3. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
  4. Berdarah pada badan, hidung dan mulut
  5. Hilang selera makan
  6. Muntah-muntah
  7. Sakit perut
  8. rasa pahit pada lidah

Bagaimana demam denggi berjangkit

  1. Nyamuk aedes membawa kuman deman denggi
  2. Seorang yang sihat digigit oleh nyamuk aedes
  3. Pesakit demam denggi mengandungi kuman denggi di dalam badannya.
  4. Nyamuk aedes menggigit pesakit denggi


kalau sahabat2 rasa ada tanda2 cam kat atas tu, cepat2 la jumpa doctor sebab bahaya demam ni..

hapuskan tempat nyamuk aedes membiak di kawasan tempat tinggal anda..

mohon dijauhkan dari penyakit ini..

________________________

sumber : http://sklarkin1.zoom-a.com/chikugunya.html

Fakta berkaitan Deman Chikungunya.

Chikungunya adalah penyakit demam yang tinggi dan sakit sendi yang teramat sangat. Ia disebabkan oleh virus yang dibawa oleh nyamuk Aedes betina iaitu nyamuk yang juga pembawa virus denggi.

Penyakit Chikungunya ini pertama kali ditemui semasa wabak demam di Selatan Tanzania pada tahun 1952. Ia kemudiannya merebak ke Asia, India, Eropah dan Amerika.

Nama 'Chikungunya' berasal dari bahasa Kimakonde, yang bermaksud 'keadaan membongkok' yang disebabkan oleh sakit sendi yang teramat sangat bagi pengidap demam Chikungunya.

Nyamuk pembawa virus Chikungunya.

Nyamuk yang terlibat selalunya adalah Aedes aegypti and Aedes albopictus, 2 spesis nyamuk yang juga boleh menyebabkan demam denggi.Nyamuk ini biasanya menggigit pada siang hari, tetapi paling aktif pada awal pagi dan lewat petang.

Orang yang digigit oleh nyamuk pembawa virus Chikungunya boleh mendapat demam selalunya bermula antara 4 dan 8 hari selepas gigitan tetapi boleh juga berlaku dalam tempoh 2 hingga 12 hari.

Gejala dan tanda-tanda Demam Chikungunya

Gejala dan tanda-tanda Demam Chikungunya lebih menyerupai Demam Denggi. Seseorang yang mengidap Demam Chikungunya biasanya mengalami :·

Demam yang tinggi secara tiba-tiba·
Sakit sendi yang teramat sangat (sangat sakit sehingga terpaksa berjalan membongkok) · Sakit otot·
Sakit kepala·
Meloya·
Keletihan·
Bintik-bintik merah (rashes)

Demam berlarutan selama 5 hari dan boleh sembuh dengan sendirinya.Sakit sendi biasanya sembuh dalam tempoh beberapa hari atau minggu. Kebanyakan pesakit sembuh sepenuhnya tetapi ada yang kekal sakit sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.Amat jarang menyebabkan kematian.

Rawatan

Tiada rawatan khusus untuk demam Chikungunya.
Tiada vaksin untuk mencegah penyakit ini.
Rawatan lebih fokus kepada menghilangkan sakit (ubat tahan sakit) dan demam (ubat demam).

Diagnosis

Ujian darah serologi akan mengesahkan kehadiran imunoglobulin M dan G (IgM dan IgG) antibodi kepada Chikungunya virus. Virus Chikungunya boleh diasingkan dari darah dalam tempoh beberapa hari pertama jangkitan.

Hanya ujian darah sahaja boleh membezakan samada seseorang itu mengidap denggi atau Chikungunya kerana simptoms/tanda-tanda kedua-duanya (denggi dan Chikungunya) hampir samaDemam Chikungunya tidak menyebabkan penurunan tahap platelet (tidak seperti denggi).

Pencegahan dan Kawalan

Pencegahan dan kawalan adalah sama bagi mengawal demam denggi kerana pembawanya adalah sama iaitu nyamuk Aedes.

Pencegahan yang paling baik adalah dengan :

1. Membasmi nyamuk Aedes dewasa melalui semburan dan ubat nyamuk
2. Membasmi pembiakan jentik-jentik ·

  • Membuang tempat pembiakan nyamuk seperti tin-tin kosong, sampah sarap, plastik, tayar dan lain-lain lagi yang boleh menakung air·
  • Mengamalkan kebersihan·
  • Meletakkan ubat pembunuh jentik-jentik di dalam tempat simpanan air

3. Mengelakkan dari digigit nyamuk ·

  • Memakai baju/seluar panjang yang menutup tangan dan kaki·
  • Menggunakan ubat nyamuk – semburan, lingkaran atau 'repellent'·
  • Menggunakan kelambu atau 'net' biasa atau berubat yang menghalang nyamuk dari masuk ke rumah·
  • Mengelakkan pengidap Chikungunya dari digigit nyamuk Aedes dengan memakai kelambu atau 'net' .

"Pencegahan adalah lebih baik dari Rawatan"

"Sihat itu Nikmat"





29 May 2009

MESEJ ALLAH






mari berdoa


amin..



perbualan RM1 dan RM50 =)




Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit ;

Duit seringgit bertanya:

"Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?"


Lima puluh menjawab " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF, M'sian Idol.. tempat2 cam tuh lah.
Eh, ko camner lak?"

Duit singgit menjawab perlahan seraya menunduk,
"Hmm... biasa lah.. Balik-balik tempat yg sama…………'SURAU…., MASJID……., SURAU………"
_________

28 May 2009

kemanisan ukhwah singa dengan manusia

dikisahkan mereka membeli seekor singa,singa ni cepat membesar,then dihantar ke tempat singa,but then 1 yaer later when they maked a reunion, what happenned??

kene tengok video ni la..video pertama,lebih mengisahkan keakraban- video kedua,untuk pemahaman cerita dan mesej..selamat menonton :)







huhu terharu saya mengalir air mata,anda camne pule?

26 May 2009

Buah tangan lagi hehe

ni ade sikit buah tangan, jemput lawat blog laman web ni [link], banyak tips yang boleh kita sama manfaatkan. bila anda masuk laman web tu, jangan pening2 macam saya,masuk terus scroll ke bawah cari "kategori". saya syorkan lihat kategori "panduan"-di sana saya membaca panduan sunnah2 Rasullullah s.a.w dari segi adab minum air,menguap dan sebagainya,saya baru je jumpe web ni dan baru "explore" sikit. dan jika tak cukup carilah di "google" atau baca buku yang berkaitan.

penah saya mendengar tazkirah masa maulidur Rasul yang dulu-dulu, ustazah memberi tips bagaimana nak dapatkan amalan pahala yang banyak untuk mencapai keredhaan Allah dalam usia kita ummat nabi Muhammad s.a.w yang jangkaan hayat hidup 60 tahun lebih je berbanding ummat terdahulu yang hidup ratusan tahun. ikhlaskan diri dalam beramal hanya kerana Allah bukan kerana pahala, seperti kisah seorang abid (ahli ibadah) yang beramal kerana pahala yang akhirnya tidak dapat masuk syurga kerana niatnya yang salah.ini kerana, amalan yang kita lakukan walau banyak mana pun tidak dapat menandingi rahmat kurniaan Allah yang Allah berikan pada diri kita.





jadi salah satu strategi kita dalam mendapatkan keredhaan Allah dalam jangka waktu umur kita yang tidak lama ni, jangan abaikan sunnah dalam kewajipan kita berdakwah mengajak kebaikkan dan mencegah kemungkaran dalam menegakkan kalimah "Laailahaillallah" di atas muka bumi Allah ni. tambahan pula, nabi Muhammad s.a.w tidak mengaku kita ummatnya jika mengabaikan sunnahnya, inilah bukti kecintaan kita pada Allah dan rasul,kekasih Allah. dan tidak dilupakan sumber panduan rujukan utama kita, al-Qurranul karim dan hadis.

cuba congak usia kita, umur 10 tahun kita budak2 dan dalam umur 20 tahun apakah pencapaian amalan kita dan jika seterusnya perancangan kita sebelum ke alam umur 60 tahun, itupun jika sempat(masih hidup). bagi mereka yang berumur 20 tahun sekarang ini,jika 19 tahun yang dulu hanya yang sia-sia, jika yang berumur 40 sekarang,hanya tinggal 20 tahun lagi dan bagaimanakah diri kita 39 tahun dulu adakah yang sia-sia atau mencapai keredhaan Allah. congaklah sendiri. muhasabah bersama, lakukan perubahan diri dari sekarang.

cubalah melatih diri kita ikut sunnah dari kita bangun tidur sampailah kita tidur balik semuanya mengikut cara nabi Muhammad s.a.w insyaAllah. bagi muslimah dari segi pemakaian dan perilaku, ikutlah seperti mana ummul mukminin (ibu kaum mukminin, merupakan gelaran khusus yang hanya disandangkan pada isteri-isteri Rasulullah s.a.w) iaitu siti khadijah,siti aisyah dan 10 isteri baginda yang lain, boleh lihat di sini [link].

asalnya nak taip pendek je,jadi bejela pule heee.jika ade salah silap dalam post ni sila tegur saya.


25 May 2009

Adab, Akal, Maut..


" Tiada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab.
Tiada kawan yang lebih bagus daripada akal dan tiada benda ghaib yang lebih dekat dengan maut ".

23 May 2009

PERGAULAN (khususnya FRIENDSTER & YM)

MUHASABAH KITA BERSAMA

1. Tidak Menundukkan Pandangan ( Gadhul Bashar )

Bukankah ada pepatah yang mengatakan, “ Dari mana datangnya cinta ? Dari mata turun ke hati”. Maka jangan kita ikuti seruan yang mengatakan, “Ah, tidak perlu gadhul bashar, yang penting kena jaga hati!” Namun, bukanlah menunduk pandangan sehingga terlanggar tiang tapi cukup sekadar kita memastikan pandangan kita terjaga daripada melihat sesuatu yang tidak syarie. Lelaki memandang wanita dengan penuh nafsu dan tidak alah juga wanita yang berkelakuan demikian walau tampil “warak berbungkus”.




2. Couple

Duduk berdua di taman-taman, tepi-tepi malah ada yang lebih licik dengan menggunakan platform rasmi yang bernama ‘meeting’ ditempat2 yang mencurigakan. Walaupun kebanyakan masyarakat pelajar Azhar mahupun masyarakat arab tidak mempedulikan sebegini kerana menganggap ustaz-ustazah yang berduaan ini sedang berdiskusi tentang Islam dan tugas, namun apapun alasannya, maka menutup pintu fitnah ini adalah langkah terbaik dan wajib bagi kita.


3. “Chop awal2” Untuk berkahwin

“Bagaimana, ustazah? Tapi tiga tahun lagi baru kita kahwin. Ana (saya) takut enti (saudara perempuan) diambil orang.” Akhawat (pelajar perempuan) belum tamat belajar sehingga ‘dichop’ seorang ikhwah (lelaki) untuk menikah kerana takut kehilangan, padahal belum pasti hasrat itu akan tercapai. Hal ini sangatlah berisiko dan boleh mendatangkan permusuhan dan perpecahan bukan setakat semasa belajar, malah akan berlanjutan ke tanah air. Bukankah Nabi sallahu Alihi Wasallam sendiri melarang kita daripada ‘chop awal’ atau bertunang terlalu lama. Dengan kata mudah ‘kalau rasa diri sudah berpunya dan serius dalam hubungan, eloklah dipercepatkan urusan akad antara keduanya takut-takut terjerumus kekancah maksiat. Justeru, mana mungkin hubungan suci suami isteri akan terbina kekal di atas timbunan sampah kemaksiatan.’


4. Telefon Tidak ‘Urgent’

Menelefon dan berborak tidak tentu arah yang tidak ada nilainya sama ada soal pengajian mahupun atau soal tugas berpersatuan. Kalau setakat bertanya khabar, bercakap soal hati dan perasaan atau apa sahaja yang bersifat tidak syarie tanpa batas, ana gusar apa akan kita jawab dihadapan Allah nanti. Apa yang lebih malang, kita selaku pendakwah, ulamak dan harapan masyarakat di luar sana sebagai benteng terakhir umat Islam yang membawa mandat besar selaku agen pengubah masyarakat, harus menunjukkan teladan dan nama yang baik dengan mengenepikan sebarang salah laku


5. SMS Tidak ‘Urgent’

Saling berchatting via SMS mengenai hal-hal yang tak ada kaitannya dengan da’wah, sampai tak sedar kredit dah habis. Sudah tiba masanya kita matang dan bermuhasabah dengan kehadiran teknologi yang sudah sekian lama kita nikmati. SMS tidak sepatutnya dijadikan medan melempiaskan nafsu serakah dengan berabang-sayang tapi sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan yang lebih murni dan berfaedah untuk menempah tiket ke syurga Allah Subhanahu Wataala.


6. Berbicara Mendayu-Dayu

Bercakap sambil tertawa kecil dan terdengar sedikit manja. Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang perempuan daripada bercakap dengan suara yang mendayu-dayu dan dibuat-buat untuk menarik perhatian lelaki. Jadilah wanita yang bermaruah dengan sedikit bertegas bila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Si lelaki pula. Jadilah mukmin yang ‘gentleman’ dengan menghormati perempuan mukminat. Hormat dalam erti kata menjaga dan memelihara maruah kaum hawa yang bakal menjadi tempat letaknya zuriat kita, penerus generasi beragama masa depan.


7. Yahoo Messenger/Chatting Yang Tidak ‘Urgent’

YM adalah termasuk satu kemudahan. Tidaklah berdosa bila ingin menyampaikan hal2 penting di sini. Namun menjadi bermasalah bila topik perbicaraan melebar entah kemana dan tidak fokus pada da’wah kerana khalwat secara maya mudah untuk berlaku. Firman Allah Subhanahu Wataala : Rasulullah s.a.w bersabda,
“ Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan.” (HR. Ahmad)


RENUNGKANLAH…

Bukankah sekiranya kita sayangkan seseorang, sayang kita akan lebih bermakna jika kita sama2 memperoleh syurga. Mana mungkin lafaz sayang dan kasih kita terpalit lumpur yang natijahnya adalah neraka. Lupakan persoalan salah siapa antara kita tapi letakkan pertanyaan dalam benak sanubari kita, Ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita? Adakah kita terlibat sama?. Jangan sampai suatu masa anak cucu kita mentertawakan dan menghukum kita lantaran salah laku yang kita adakan hari ini. Wallahu ‘alam.

20 May 2009

buku terkini yang saya khatam-best buku ni


alhamdulillah, buku ni pinjam dari sahabat, time kasih mira! (amirah husni). banyak buku2 best saya jumpe dalam koleksi buku sahabat2..salah 1 nye buku comel ni (bersaiz buku yassin dan al-mathurat yang kecil tu) .. harga pun murah sekadar RM5.90 dan mira beli kat bookstore uitm je rupenye. isi kandungan yang simple dan padat. stengah hari bace pun boleh habis,tak tebal mana.

kita sebenarnya tak kenal siapa itu Allah.. saya terkedu ketika membaca buku ni.. betapa sungguhnya Allah itu MAHA PENGASIH,PENYANYANG DAN PEMURAH.

terlalu banyak ilmu yang kurang di dada saya, ilmu yang dikongsikan dalam buku ni, banyak membantu diri mengenal PENCIPTA kita. rasa ingin lebih lagi mengenaliNYA..sume ini bergantung pada hidayah Allah dan sejauh mana usaha kita mendekatiNYA. banyaklah berdoa supaya diri kita diberi HIDAYAH dan kekuatan dalam mengenaliNYA.

antara ayat yang saya petik dari buku ni,



*Abu Hurairah melapor Rasulullah berkata, " Allah yang mulia dan tinggi martabatnya berkata, ' Aku seperti yang disangka oleh hambaku dan aku sentiasa bersamanya setiap kali dia mengingatiku. Demi Allah, Allah benar-benar gembira menerima taubat hambanya, lebih gembira daripada saudara yang menjumpai barangnya yang hilang di padang pasir. Siapa yang datang dekat padaKu sejengkal, aku datang dekat kepadanya sehasta. Siapa dekat padaKu sehasta, aku datang dekat kepadanyasedepa. Apabila dia datang berjalan padaKu, aku datang berlari-lari kepadanya." -direkodkan oleh Bukhari dan Muslim-

*Umar bin Khatab melaporkan, " Beberapa orang tawanan itu tercari-cari anaknya. Setiap kali dia berjumpa bayi, dia mengambilnya lalu didakap dan disusukan.

Rasulullah pun berkata, ' Pada pandangan saudara-saudara, adakahperempuan ini akan mencampakkan anaknya ke dalam neraka? '

Kami menjawab, ' Demi Allah,tidak'.

Rasulullah berkata lagi, ' Demi Allah, Allah sayangkan hamba-hambanya lebih daripada sayangnya perempuan-perempuan ini kepada anaknya.' " -direkodkan oleh Bukhari dan Muslim-


*Abu Hurairah melaporkan, "Rasulullah berkata, ' Semasa Allah menjadikan makhluk ciptaannya, Allah menulis di dalam buku yang ada padanya di atas arasy, ' Rahmat belas kasihku mengatasi kemarahanku.' " -direkodkan oleh Bukhari dan Muslim-

dan banyak lagi petikan ayat yang saya kira bisa menggugah jantung pembaca,insyaAllah.

Sinopsis buku ini :

"Ya Tuhanku, ampunilah aku dan saudaraku dan masukkanlah kami ke dalam rahmatmu, dan engkau yang maha penyayang daripada semua yang penyayang"

Allah kaya dengan sifat kasih sayang. Tiada siapa dapat menandingi kasih sayangnya kepada hamba dan makhluk ciptaannya. Dengan rahmatnya, kita memohon keampunan. Dengan kasihnya, kita mengharap keredhaan. Dengan sayangnya, kita meminta belas kasihan.

Buku kecil ini diolah semula daripada kitab Riyadus Solihin. Memuatkan koleksi ayat al-Quran dan hadis bertemakan kasih sayang Tuhan.

Imam Nawawi atau nama sebenar Abu Zakaria Yahya bin Sharaf an-Nawawi adalah tokoh autoritatif dalam bidang hadis.

Buku ini mengandungi 4 bahagian :

Takutkan Allah
Mengharap Belas Kasihan Allah
Bersangka Baik kepada Allah
Takut dan Mengharap pada Allah

sumber : http://pts.com.my/index.php/buku/520/


19 May 2009

Pesanan Buat Wanita Islam....



Text Comments (16) Options
Loading...

cstolidus (1 week ago)
nice! efek cntek~ ulead studio.. cume lagu yg ade suare+background suare+tulisan.. wat rse cm celaru sket..

hehe.. abs ler satgi nti kena ban~ sowi ye vid maker.. sye mmg cm gini.. tp mmg nice! =)

dadehfreak (2 weeks ago)
sape nyanyi lagu ni?

bie5436 (1 week ago)
UNIC- ainul mardhiah

bbbygirl89 (1 month ago)
sayangilah org yang kamu sayang.....teruskan berdoa............bercintalah berlandaskan iman.......@@

bbbygirl89 (1 month ago)
salamm......sedih sngat...insyaallah sye ingat pesanan ini.......x cantik...tapi biarlah butir2 mutiara yang sentiasa dijaga agar maruah diri x tergadai,hanya diberikan pade insan yg ade hak keatasnye...........doa sye....sume kaum2 hawa berjumpe dengan insan yg bertaqwa......n ia sentiasa berdoa agar kamu terus menjadi miliknye........amin...

bbbygirl89 (1 month ago)
emm..tapi sume memandang kecantikkan kn....masih ade ke yg x padang sume 2.........first sye terkejut dgr........boy ckap...biar mcm mane pon asalkan girl 2 cantik......betol ke skrg nie...kecantikkan first......boy2 leh jelaskan x????huhuhu

dadehfreak (2 weeks ago)
insya Allah ade. kalo pmpuan tu bijak,mesti die tak pilih laki yg pilih pmpuan semate2 sbb kecantikan kan?

bie5436 (1 week ago)
kecantikan mmg antara perkara pertama yang Rasulallah suruh tgk pada seorang wanita utk dijadikan isteri. tp semua wanita ada kecantikan dia sendiri. kejamlah Allah kalau Dia mencipta hambanya hodoh. setiap makhlukNya ada kecantikannya sendiri. percayalah, pasangan kita telah pon ditetapkan. kita hanya perlu letakkan sedikit usaha dan tawakal. (usaha yg saya maksudkn, bukan menggatal ye? hehe. takut salah faham.)

pankerz (2 months ago)
hahahahahaha..

estern01 (2 months ago)
terasa bagaiku amat dihargai...Terima kasih..

actzarss (2 months ago)
menyentuh perasaan...

iadorehikarukun (2 months ago)
aritu mse kat khemah ibadah, kak fasi tayangkan video ni.. lampu dipadamkan, pastu kitorg pun tgk. nangis2 sy.. mnyentuh kalbu..

pankerz (2 months ago)
allahuakbar!!!

mcbatistuta (3 months ago)
macho2 suara...
geli2

mystrygrl23 (5 months ago)
best.. terharu gak dengar ayat2 nyer penuh makna.. tp andai ratu mu itu telah kecundang.. tp masih sempat bangun dan betulkan apa sepatutnya, melurkan apa yang bengkok... adakah kau akan bersama membimbing ratu mu itu? atau kau akan biarkan nya terus hanyut bersama kisah silamnya?

zymah91 (9 months ago)
sedihnyer.....
syukran ya ukhti....
menusuk ke dalam sanubari...=)
may Allah bless you..

06 May 2009

Hati-hati dengan "5 S" - Smoke,Song,Style,Sport,Sex

Assalamualaikum wbt.

ade kenalan tanye"5S" ni ape? puas dia cari kat google tapi tak jumpe.
jadi saya cube jawab,sebab saya penah dengar tentang ni.

maksudnya cara-cara orang yahudi (musuh islam) merosakkan orang islam melalui rancangan "5S" ni. musuh islam punye rancangan.

5 cara ni cube telusi..

smoke-rosakkn kesihatan secara pelahan2,biar umat islam lemah fizikal

song-lagu yg melalaikan,mereka tarik umat islam dengan lagu mereka,ade yg suke lagu automatik teruja dengan artis,dan mule la ikut style artis mereka dan ade jugak lagu diselitkan ketuhanan mereka,sape yg tak sedar,dok nyanyi skali la.pesanan,walaupun lagu tu sedap tapi selidiki dulu liriknya.contoh mcm lagu "where is the love" ramai yg tak prasan dlu.mengucap syahadah balik.istigfar.

sport-dengan sukan yang tak berlandaskan islam,akan terbukalah aurat..akan terbebaslah pergaulan
contoh ketara-bola sepak,kenapa tak boleh ke main dengan seluar panjang? gimnastik,lari,renang dan byk lagi. terbaru ni di jordan (x sure negara mn xigt) ade dibuat pertandingan sukan secara tertutup untuk muslimah sahaja.ini baru betul!

style-ni xpyh ckp byk,dah berlambak contohnya. dari segi gaya rambut lelaki,baju laki dn prempuan bukan main trendy lagi skg..umat islam ramai dah yg x bangga dengan pakaian islam.

sex-slalu diselitkan dalam lagu,video,cerita movie mereka,internet, yg akhirnya umat islam rosak kerana slalu sgt didedahkan dgn benda ni atau x menjaga,mengelakkan diri mereka dari benda yg haram dilihat.

umat islam di saiko(physco)!
jadi hati2lah.tingkatkan kesedaran.
hindarilah segala ancaman yg boleh mbawa kerosakkan.

link pautan mesti baca :

1) klik>http://nazminyusoff91.blogspot.com/2009/03/rancangan-5s-yahudi.html

2) klik> renungkanlah..fikirkanlah




05 May 2009

Bajai TAQWA setiap hari.. kerna TAQWA itu..




just click

the TAQWA series

> part 1

> part 2

> part 3

> part 4

> part 5

kepada yang mahu tambah siri entry tentang taqwa,
sila bagi link pautan kat komen ye

04 May 2009

Maniskan Wajah

Senyum menggambarkan keindahan... .. senyum seindah
suria... yang membawa cahaya..!

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi
seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.
Dengan murung lelaki itu mengadu, "Tuan Guru, sepanjang hidup saya,
rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain
sudah lelap, saya masih bermunajat. Istri saya belum bangun, saya
sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki.
Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh
kesulitan?"

Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah roman
mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun
wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut
Rasulullah,salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang
membuat orang curiga kepadanya."

Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.
Wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar,
tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi
untuk berkeluh kesah.

Memang Tuhan telah menakdirkan manusia sebagai makhluk yang paling
indah. Bentuknya begitu sempurna, sehingga dipandang dari sudut
manapun manusia kelihatan cantik
dan serasi. Untuk itu hendaknya kurnia ini jangan dinodai dengan
penampilan yang buruk, karena sebagaimana kata
Rasulullah, "Sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai keindahan."

Namun demikian tidak berarti Islam mengajarkan kemewahan. Islam
justeru menganjurkan kesederhanaan. Baik dalam berpakaian, merias
tubuh maupun dalam sikap hidup sehari-hari. Nabi sendiri jubahnya
seringkali sudah luntur warnanya tapi senantiasa
bersih.

Umar bin Khattab walaupun jawatannya kalifah, pakaiannya sangat
sederhana dan bertambal-tambal. Tetapi keserasian selalu dijaga.
Sikapnya ramah, wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat.Roman
mukanya berseri. Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal
keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh
senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling
murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya
rumahtangga jika suami istri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada
persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan
ketegangan.Dalam hati yang tenang, fikiran yang dingin
dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya niscaya dapat
diatasi. Inilah yang
dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan
kasih sayang.

satu renungan..fikirkanlah

Seorang wanita berjilbab rapi tampak sedang bersemangat mengajarkan sesuatu
kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya
ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.

Sang guru berkata,"Saya punya permainan... Caranya begini, di tangan kiri
saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini,
maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah
"Pemadam!"


Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Sang guru berganti-gantian
mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.
Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, "Baik sekarang
perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya
angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok,
dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa
dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Sang guru
tersenyum kepada murid-muridnya.

"Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang
bathil itu bathil. Kita begitu jelas membedakannya. Namun kemudian, musuh
musuh kita memaksakan kepada kita lewat berbagai cara, untuk menukarkan
sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin
akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi
karena terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka,
akhirnya lambat laun kalian terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat
mengikutinya. Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar
nilai dan etika."

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina
tidak lagi jadi persoalan, paka ian seksi menjadi hal yang lumrah, sex
sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi
suatu gaya hidup dan lain lain."
"Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu... "

"Baik permainan kedua... " begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu
akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet.
Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah
tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba
alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.

Akhirnya Sang Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia
ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet. "Murid-murid,
begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya... Musuh-musuh Islam tidak akan
memijak-mijak anda dengan terang-terang... Kerana tentu anda akan
menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina
dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari
pinggir, sehingga anda tidak sadar." "Jika seseorang ingin membuat rumah
yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat,
maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah,
tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan
dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu
persatu, baru rumah dihancurkan... "

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam
terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari
perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda
muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran). Dan inilah
yang dijalankan oleh musuh musuh kita...

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya
mereka. Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya
Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."
"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar,
akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan
bangkit serentak, baru mereka akan sadar."

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita
berdoa dahulu sebelum pulang... "

Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat
belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya.


Morale of the story... I guess this story can shows us how the christian,
jews & all trying to destroy the aqidah in muslim soul.. bit by bit, and in
the end we muslim will be like tapai (ala makanan tu..) from outside we
look like muslim but inside we are damn rotten... just think bout that...
and remember "dont live ur life as if there is no hereafter"

02 May 2009

BUDAYA HEDONISME MELALAIKAN MASYARAKAT

*BUDAYA HEDONISME ialah kecenderungan untuk bersuka-sukaan dan bermewah-mewahan

dari wikipedia bahasa indonesia:
Hedonisme adalah pandangan hidup yang menganggap bahwa kesenangan dan kenikmatan materi adalah tujuan utama hidup. Bagi para penganut paham ini, bersenang-senang, pesta-pora, dan pelesiran merupakan tujuan utama hidup, entah itu menyenangkan bagi orang lain atau tidak. Karena mereka beranggapan hidup ini hanya 1x, sehingga mereka merasa ingin menikmati hidup senikmat-nikmatnya. di dalam lingkungan penganut paham ini, hidup dijalanani dengan sebebas-bebasnya demi memenuhi hawa nafsu yang tanpa batas. Dari golongan penganut paham ini lah muncul nudisme (gaya hidup bertelanjang). Pandangan mereka terangkum dalam pandangan Epikuris yang menyatakan,"Bergembiralah engkau hari ini, puaskanlah nafsumu, karena besok engkau akan mati."

_______


Khutbah Jumaat - 28 Rabiulawal 1424H/30 Mei 2003 - Bil:22/2003

BUDAYA HEDONISME MELALAIKAN MASYARAKAT

Oleh: Abu ‘Afifah
sumber : http://www.sabah.gov.my/jheains/Budaya%20Hedonisme%20Melalaikan.htm


Firman Allah dalam kitab suci-Nya yang maha agung: yang bermaksud:

“...Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.”

(Q.s. Ali Imran: 185).

Sidang jamaah yang dirahmati Allah,

Seperti yang kita sedia maklum, masalah lepak di kalangan remaja bukan lagi fenomena baru, malah seolah-olah sudah menjadi budaya yang boleh disifatkan sebagai berkesinambungan dari satu generasi ke generasi baru. Cuma bezanya dengan generasi terdahulu, remaja yang melepak sekarang kelihatan lebih mewah kerana ramai daripada mereka kelihatan bergaya dengan telefon bimbit, selain berpakaian berjenama, malah ada yang berkenderaan sama ada motorsikal ataupun kereta. Senario ini mencerminkan kehidupan generasi hari ini lebih senang dan mewah berkat hasil kemajuan yang dicapai sejak merdeka. Dan sudah sewajarnyalah kemakmuran hidup yang dinikmati ini kita hargai dan syukuri bersama, dengan mengabdikan diri kepada Khalikul-alam, iaitu mengerjakan segala suruhan Allah dan menghindari diri dari segala tegahan-Nya. Insya Allah, dengan cara ini keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah akan lebih teguh dan mantap hatta membolehkan kita terus menikmati rezeki yang banyak yang melimpah ruah dari langit dan bumi.

Kaum muslimin yang dikasihi Allah,

Sejak akhir-akhir ini terlihat seolah-olah ada kecenderungan masyarakat untuk hidup mewah, bergaya dan berhibur secara berlebih-lebihan. Di rumah misalnya, segala kelengkapannya seperti perabot dan perlatan elektriknya mestilah yang serba moden dan canggih; kalau kenderaan pula, bukan sahaja dari jenama yang terkenal, tetapi juga ia harus dilengkapi dengan pelbagai aksesori mutakhir yang memperlihatkan kehebatan pemiliknya; begitu juga dengan pakaian, harus dari jenis yang berjenama dan bergaya; dan kalau bersantai ataupun berhibur, harus pula di tempat-tempat yang ada kelas. Dan pengaruh budaya hidup serupa inilah yang menyebabkan masyarakat terus dibebani hutang. Keinginan untuk hidup mewah dan bergaya inilah juga yang dipercayai menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah sejak kebelakangan ini.

Maka tidak menghairankan kita bilamana berita rompakan bank dan kedai emas, kehilangan kenderaan, rasuah, peras ugut, pengedaran dadah dan lain-lain lagi hampir setiap hari menghiasi dada-dada akhbar. Kesemua jenayah yang dilakukan itu lebih bermotifkan untuk mendapatkan wang, justeru wang adalah umpama kuasa yang dapat menjana segala keperluan manusia seperti harta, hiburan dan sebagainya. Pendekata, demi mendapatkan wang yang disifatkan sebagai sumber kesenangan dan kemewahan hidup di dunia, ada manusia yang sanggup melakukan apa saja pekerjaan meskipun barangkali terpaksa menjatuhkan orang lain dengan pelbagai tipu muslihat ataupun barangkali terpaksa menggadai nyawa dan maruah diri serta mengorbankan nyawa orang lain. Dan sesuatu hal yang amat membimbangkan kita ialah jenayah-jenayah ini turut membabitkan golongan remaja.

Kaum muslimin yang dikasihi

Allah,

Kecenderungan untuk bersuka-sukaan dan bermewah-mewahan diistilahkan sebagai budaya hedonisme. Budaya yang mengutamakan aspek keseronokan diri ini seperti memiliki barangan yang berjenama, minum arak, berjudi, bermain muzik, berhibur di kelab-kelab malam dan sebagainya itu sememangnya mempesonakan dan menggiurkan golongan remaja. Gejala sosial yang kian membimbangkan pelbagai pihak ini dikesan dirangsang oleh pengaruh iklan, rakan-rakan serta keadaan persekitaran.

Sungguhpun keinginan untuk hidup senang dan mewah adalah sebahagian daripada naluri semula jadi manusia, namun bersuka-sukaan dan bermewah-mewahan secara berlebih-lebihan itu tidak boleh dibiarkan terus menular dan membudaya dalam masyarakat kita. Ini kerana budaya hedonisme boleh mengakibatkan pelbagai gejala negatif. Di samping ia boleh menjerumuskan masyarakat ke dalam kancah jenayah, amalan berhutang dan fitnah menfitnah, budaya hedonisme juga berpotensi membuat manusia leka dan lalai daripada melaksanakan kewajipan hakikinya sebagai hamba Allah dan sebagai anggota keluarga ataupun anggota masyarakat.

Sejarah telah memperlihatkan kepada kita bahawa bangsa yang lena dibuai dengan pelbagai kesenangan dan kemewahan hidup serta didodoikan dengan pelbagai jenis hiburan akan menjadi lalai dan alpa terhadap kewajipannya hatta menyebabkan mereka menjadi lemah dan terjajah. Pengajaran ini terungkap pada sejarah keruntuhan kerajaan Abbasiah, kerajaan Uthmaniah, kesultanan Melaka dan lain-lain lagi, di mana pemerintah dan rakyat lena dibuai kemakmuran negara sehingga lalai mengantisipasi ancaman musuh. Demikianlah juga dengan budaya hedonisme yang sedang menular dalam masyarakat kita hari ini turut mengakibatkan penyakit lalai di ka-langan masyarakat. Sebagai contoh, seseorang yang asyik berhibur dengan berkaraoke dan bersuka ria bersama rakan-rakan di kelab-kelab malam tertentu akan dilalaikan oleh perbuatannya daripada melaksanakan kewajipannya terhadap Allah seperti bersembahyang, berpuasa dan sebagainya di samping lalai terhadap kewajipannnya terhadap sesama manusia seperti memberi perhatian yang sepenuhnya sama ada kepada ibu bapa mahupun kepada isteri dan anak-anak.

Kaum muslimin yang dikasihi

Allah,

Sesungguhnya syaitan telahpun berjanji akan melalaikan dan menyesatkan manusia daripada jalan Allah dengan apa cara sekalipun. Pelbagai kemewahan dan hiburan di dunia ini adalah di antara senjata syaitan dan konco-konconya untuk menjerumuskan manusia kepada kelalaian dan kesesatan. Justeru, Allah menganjurkan kita semua supaya memikirkan hal ini dan berusaha menghindari diri daripada terpedaya dengan tipu daya syaitan seperti keseronokan hidup di dunia yang bersifat sementara ini. Firman Allah:--

Maksudnya:

“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakah kamu mahu berfikir?”

(Q.s. Al-An’am: 32).

Melalui ayat yang baru dibacakan itu, Allah menjelaskan kepada kita bahawa kehidupan di dunia ini jika tidak dibajai dengan iman dan takwa akan bertukar menjadi permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan. Rasulullah s.a.w. menyifatkan yang kehidupan di dunia ini laksana penjara bagi orang-orang mukmin tetapi syurga bagi orang-orang kafir. Ini kerana orang-orang kafir yang tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian mengutamakan kehidupan dunia lantas berusaha sedaya upaya memperolehi harta kekayaan sebanyak mungkin dengan harapan untuk hidup senang dan mewah. Namun, kita sebagai muslim tidak seharusnya terikut-ikut budaya orang-orang yang kufur tersebut bagi menjamin diri tidak terjebak dengan kese-nangan dan kemewahan dunia yang memperdayakan dan merugikan itu.

Kaum muslimin yang dikasihi Allah,

Memang tidak dapat dinafikan bahawa budaya hedonisme atau budaya berhibur ini turut dikesan semakin menjadi kegemaran di kalangan kaum remaja di negara ini. Masalah ini sangat berat dan membimbangkan kerana ia membabitkan golongan muda yang bakal mewarisi dan memimpin negara ini pada masa depan. Justeru, pembabitan semua pihak perlu dalam mengatasi budaya ini tanpa diletakkan di atas bahu kerajaan semata-mata. Ia boleh dibendung jika semua pihak berganding bahu kerana kerajaan atau remaja tidak dapat mengatasi semua masalah berkenaan secara bersendirian.

Dalam hubungan ini, kita harus sedar bahawa masalah sosial remaja berkait rapat dengan pembentukan budaya yang tentunya bermula dari rumah. Sehubungan itu, para ibu bapa harus memainkan peranan utama dalam memastikan anak-anak tidak terpengaruh dengan budaya hidup yang tidak sihat seperti budaya bersuka-sukaan dan bermewah-mewahan secara berlebih-lebihan yang mengundang banyak risiko kepada anak-anak itu sendiri di samping menimbulkan banyak masalah kepada keluarga, masyarakat dan negara. Sungguhpun ada di kalangan saudara-saudara yang barangkali berkemampuan untuk memberikan apa saja kepada anak-anak, namun perbuatan menyogokkan mereka dengan wang Ringgit serta pelbagai kemewahan bukanlah cara yang terbaik untuk mendidik dan menyayangi mereka kerana ia boleh menjadikan mereka materialistik dan lalai. Sebaliknya, suburkanlah anak-anak ataupun golongan remaja kita dengan iman dan takwa melalui didikan yang sempurna serta pemberian kasih sayang yang secukupnya.

Selain tugas ibu bapa, pertubuhan atau badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan perlu digerakkan bagi membentuk generasi remaja yang bersifat terbuka dan berlandaskan ajaran agama, budaya dan jati diri yang kukuh. Pengetahuan serta pemahaman terhadap nilai budaya dan moral serta kupasan masalah sosial daripada kaca mata saintifik, tingkah laku dan sosial perlu diterapkan kepada remaja secara berterusan. Ini penting kerana tanda keruntuhan nilai budaya dan moral di kalangan remaja semakin terasa di negara ini sejak kebelakangan ini.

Justeru itu saudara-saudara kaum muslimin sekalian, cara terbaik dan mustajab bagi menangani gejala sosial yang melanda masyarakat ini ialah dengan mentarbiah diri sendiri, anggota keluarga dan masyarakat supaya kembali kepada ajaran Islam. Segala petunjuk serta peringatan Allah dan Rasul-Nya harus kita ambil perhatian dan hayati sungguh-sungguh ke arah membentuk diri lebih beriman dan bertakwa. firman Allah:

Maksudnya:

“Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya. Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).”

(Q.s. Al-Qiamah: 20-21).


link pautan mesti baca same penting : http://ydppmiusm.blogspot.com/2009/05/gelora-hedonisme.html