11 June 2009

ketegori baru- Resepi masakan- Ayam Halia

saya sedang mencari resepi2 baru untuk di cuba, jemu pula resepi yang sama. tak salahkan letak di blog ni? name pun koleksi..hehe. apepun semuanya boleh dikongsi asalkan hal yg baik kan?

antara resepi popular ; ayam masak halia

(ada banyak versi, pilihlah ikut citarasa dan bergantung bahan yang sedia ada di dapur)



Resepi "AYAM MASAK HALIA "




Disebabkan saya ni amat2 malas nak masak... so saya suka masak sesuatu yang amat simple... just need 10 minit tuk sediakan bahan and sampai ayam masak =)

Bahan-Bahan:

1. ayam lah kan - 3-4 ketul
2. bawang besar potong memanjang 1 biji
3. bawang putih 4-5 ulas (yg kecil2)
4. halia (banyak) dalam 3-5 inchi
5. sos tiram sesudu
6. garam
7. air

Cara-cara memasak:
1. goreng ayam sampai masak ( boleh dilakukan kemudian jika malas)
2. tumis bawang besar dan kecil
3. masukkan halia.
4. selepas goreng sehingga naik bau, masukkan ayam
6. masukkan sos tiram dan sedikit air. tambah garam secukup rasa.
7. tunggu ayam masak....
8. dah siap =)

Sumber: teman serumah

selamat mencuba

http://resepi.iluvislam.com/v1/articles.php?article_id=180








Ingredients:

Bahan-bahan
500 gm ayam [potong kecil dan basuh bersih]
3 s/b sos tiram ]
1/2 cawan air ] bancuh
1 s/k tepung jagung ]
1 s/k serbuk lada hitam
1 pokok daun bawang [potong pendek]
1 biji buah tomato [belah 4]
minyak
garam

Bahan Hiris
5 cm halia
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah


Directions:
Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu.
2. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkna sikit air dan tutup
3. Masakkan ayam sehingga lembut.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan sos tiram. Biarkan sehingga pekat.
5. Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau rata.
6. Hidangkan

http://senoritah.multiply.com/recipes/item/3/AYAM_MASAK_HALIA_



Ayam Halia (Chicken Ginger) 9.00
Kiriman: Flora Louis Lang
Sumber: sendiri
Hits: 510 Rating: 9.00 Review: 0
Bahan-Bahan:
1 keping dada ayam.
5 cm halia muda.
2 batang daun bawang.
2 biji cili merah.
2 ulas bawang putih.
1 sudu makan sos tiram.
1 sudu makan kicap pekat.
1 sudu tepung jagung.
garam dan serbuk perasa.
Cara:
Potong isi ayam nipis-nipis memanjang.Halia dan cili merah dimayang halus memanjang juga.Tumis bawang putih yang telah dicincang sehingga kekuningan, masukkan halia muda, tumis lagi sampai halia kekuningan. Masukkan ayam,sos tiram,kicap,garam dan serbuk perasa dan sedikit air, masak sehingga ayam empuk. Untuk memekatkan kuahnya masuk tepung jagung dicampur dengan sedikit air. Akhir sekali masukkan cili merah dan daun bawang.

sumber:
 http://resepi.mesra.net/Detailed/5994.shtml
pesanan: jangan ketinggalan mengetahui produk-produk dibawah, hanya klik pada banner, anda akan terus ke website mereka :)

create your own banner at mybannermaker.com!

*BERMINAT BERIKLAN DI SINI SILA HUBUNGI SAYA:)

No comments: