sini ade koleksi mesej fon saye..inbox dah penuh jadi kene salin tempat lain.. dan teman pun penah cakap banyak mesej menarik tapi tak foward kat dia..jadi ni salah 1 cara saye foward kan mesej..anda boleh ambil untuk di foward kan pada teman dan sebarkan.. sudut koleksi SMS ni akan diedit dari semasa ke semasa jadi sila lihat halaman ni saje sekiranya ada penambahan mesej baru. pada yang nak bagi komen tentang mesej2 ni sila nyatakan mesej yang mana dan komen anda.
SAHABAT
Ya ALLAH, kiranya Engkau mempertemukan kami untuk mendidik diri kami agar lebih menyayangiMu, maka hanya Engkau yang mampu membawa hati2 ini bertaut menelusuri jalan mencari cintaMu, mengharap magfirahMu, janganlah Engkau pisahkan hati2 ini di kala rindu dan saying kami belum cukup untuk melamar redhaMu.. salam,ape kaba? Sihat x? watpe cuti2 ni? doakan saya kat sini tau :)
Jika indah 1 pertemuan, jangan diakhiri dengan perpisahan. Jika suci 1 perkenalan, jangan cemari dengan pendustaan. Jika bernilai sebuah persahabatan, hargailah ia dengan keikhlasan..
Dengan namaMu ya ALLAH titipkalah kemesraan antara kami, semoga perhubungan ini kekal di dunia dan akhirat. Aminn.. :)
WANITA
Wahai wanita solehah,jangan risau akan jodohnmu kerana muslimin yang bijaksana itu, tidak akan terpaut pada wanita hanya kepada kecantikkan , lirikan senyuman,pada bicara manja yg menggoda , pada pujuk rayu seorang wanita yg meruntuhkan imannya. Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita. Andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa lelaki yg kau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu. Kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya dan lelaki yg benar2 layak pasti akan hadir untuk melengkapkanmu.
Wanita acuan al-Quran ialah wanitayang tak mudah terpesona dengan buaian dunia kerana dia mengimpikan syurga. Di situlah rumah impiannya bersama lelaki acuan al-Quran ganjaran Allah..
DI KALA LEMAH SEMANGAT
Wahai saudaraku, ilmu itu pelita hidup. Niatlah study untuk Allah. Ilmu yang dipelajari diguna untuk bela agama Allah. Tetaplah istiqomah, dakwah itu bukan sekadar mengajak orang kepada kebaikkan, tapi juga urus diri untuk ketaatan kepada Allah. Semoga Allah menghadirkan semangat untukmu terus study.amin :)
DI KALA BERDUKA
Bila kau berduka, janganlah kau sangka itu adalah penghujung dunia, sesungguhnya Allah itu tidaklah buta, secangkir kesabaranmu akan menjadi selautan penebus dosa silammu, moga hidupmu yang penuh onak duri akan sentiasa dilindungi selangit iman yang menjadi pelerai kedukaanmu ..ukhwah fillah abadan abada..jangan putus asa ye,InsyaAllah pasni usaha lagi, Dia pasti akan bagi kejayaan pada kita.
Janganlah kamu bersifat lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman. (al-Imran: 139)
InsyaAllah. Sesungguhnya adat orang Islam, ianya tak kan terjun ke lubang yang sama melainkan Allah nak uji dia. Itupun berdasarkan tahap keimanan dan kelayakkan hambanyauntuk di dunia dan yang paling utama di akhirat kelak. Negeri yang kekal abadi. Kalau ada jodoh insyaAllah kita jumpa :)
FINAL EXAM
Salam saudaraku sayang, selamat membuat yang terbaik dalam exam. Semoga Allah memberkahi segala usaha kita untuk memuliakan Islam. Ia’allaki tuflihin, selamat berjihad!
Seorang pahlawan boleh salah, boleh gagal, boleh tertimpa musibah. Tapi dia tak boleh kalah, tak boleh menyerah kepada tentangannya. Dia harus tetap melawan menembus gelap supaya dia bisa menjemput fajar sebab kepahlawanan adalah piala yang direbut, bukan kado yang dihadiahkan..gudluck nex paper :)
Sama2 bermujahadah, exam untuk redha Allah..doakan saya ye, petang ni ada exam..jkk. (jazakillahu khairan katsira@jkk..maksud smoga Allah membalasmu dengan kebaikkan yang banyak)
Janganlah kamu bersifat lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman. (al-Imran: 139) SELAMAT MENGHADAPI IMTIHAN NIHA’IE.
Kita tak boleh putus asa. Kene sentiasa berdoa, insyaAllah kamu semua boleh. Jaga hubungan kita dengan Allah, sesama manusia dan sesama makhluk.
KECEMERLANGAN itu bermula daripada kebahgiaan dan KEBAHAGIAAN itu bermula daripada keredhaan Allah, manakala KEREDHAAN ALLAH itu datangnya daripada SEMUA PERBUATAN BAIK YANG KITA LAKUKAN. InsyaAllah kuatkan semangat ..All the best tuk final exam.. :) InsyaAllah moga dipermudahkan oleh Allah.
Iringi setiap langkah kakiMU dengan hati yang berani, tabah dalam mengharungi segala pahit getir dalam perjuangan mencapai kejayaan, ukirlah senyuman di bibirmu meskipun hatimu sakit dipanah ujian, sampaikanlah segala harapanmu dalam doa yang tulus dari hatimu, ketahuilah sayangku sesungguhnya Allah sentiasa menyayangimu walau berat mana cabaran yang dibekalkan padamu, tak pernah sedetik pun dari masa yang berlalu DIA meninggalkanmu kerana sayangku itulah tandanya merindui dan mencintaimu..ukhwah fillah..
Ketika saya mendapat mesej diatas ada persoalan terdetik dihati lantas saya mesej menanyakan pada seorang sahabat yang kuanggap sepertikakak kandungku
Saya ; salam, kak Allah tu rindu dan cintakan kita ke, rasa tak layak pula..
Akak;Allah tu kan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..kita aje yang tak sayang pada diri kita..buat apa yang Allah larang, tinggal apa yang Allah suruh.. sedangkan segala suruhan dan larangan Allah tu ada kebaikkan untuk kita.. Sememangnyalah Allah akan akan rindu pada kepada orang2 yang beriman, sebab itulah adakalanya doa kita tak dimakbulkan terus oleh Allah… kerana Allah S.W.T rindukan suara hambaNya merintih depanNya..Allah juga akan rindu kepada hamba2nya yang berjuang menegakkan agamaNya..sebab tu lah tak ramai yang saggup..
Saya ; apa maksud akak ramai yang tak sanggup?
Tapi..akak tak balas..mungkin belum ada kesempatan.. jadi pada siapa yang dapat menterjemahkan sila bagi komen ye..
LAIN-LAIN
Sungguh, (ayat2 ) ini adalah peringatan, maka barangsiapa menghendaki (kebaikkan bagi dirinya) tentu dia akan mengambil jalan menuju TuhanNYA.. (al-Insan: 29)
Untuk mengecapi kebahagiaan , bongkarlah kekotoran jiwa daripada dada, supaya iman masuk ke dalamnya, kerana reban yang ada musang tidak akan dimasuki ayam - Hukamak
Sesungguhnya engkau tidak akan memperolehi apa yang engkau sukai melainkan dengan kesabaran mu atas apa yang engkau tidak sukai – Nabi Isa A.S.
“Awasilah setiap detik dalam hidupmu. Jangan kamu lupakan Allah walaupun seketika kerana apabila itu berlaku kamu sebenarnya berada dalam keadaan yang amat berbahaya. Sesungguhnya semua manusia berada dalam kebinasaan kecuali mereka yang berilmu. Orang2 yang berilmu berada dalam kebinasaan kecuali mereka yang beramal. Mereka yang beramal juga berada dalam kebinasaan kecuali mereka yang ikhlas. Golongan yang ikhlas ini pun masih belum selamat sepenuhnya dari bahaya disisi Allah.. Semua ini akan membebani kamu kecuali jika kamu mengambil daripada dunia sekadar keperluan sahaja.” [Imam alGhazali-Ihya Ulumuddin]
“Hai anak Adam! Bersabarlah, rendahkanlah dirimu, nescaya aku akan mengangkat darjatmu. Bersyukurlah kepadaKu tentu Aku tambah (nikmatKu) untukmu, mohon ampunlah kepadaKu,nescaya (dosamu) Aku ampuni. Hubungilah tali persaudaraan kaum keluargamu, nescaya Aku tambah panjang masa hidupmu. Mintalah sihat wal’afiat kepadaKu dengan sentiasa berdiam. Ketahuilah! Bahawa keselamatan itu berada dalam kesendirian, dan ikhlas ada dalam sifat warak, zuhud ada dalam taubat, ibadah ada dalam ilmu, dan kaya ada dalam qana’ah.” [Hadis Qudsi]
ape ye maksud keselamatan itu berada dalam kesendirian?? Sapa ade jawapan sile beri komen ye. Trimas.jkk. (trimas maksudnya terima kasih dari buku komik utopia..dulu saya rajin bace utopia)
“Jika mencari madu asli, carilah yang asli, kerana madu yg asli itu mujarab dijadikan penawar”.. “Carilah petunjuk dalam kerinduanmu kepada Allah, kerana tiada yang lebih harum dikebun hayat melainkan rimbunan taqwa yang merendang ke akhirat..”(berpegang teguhlah pada tali Allah).
“Gersang bumi tanpa hujan, gersang minda tanpa ilmu, gersang jiwa tanpa amal, gersang hati tanpa iman..” [Imam al-Ghazali]
.. “Allah melapangkan bagimu supaya engkau tak selalu dalam kesempitan, dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan dirimu dari kedua-duanya supaya engkau tak bergantung selain kepada Allah S.W.T..” [Hamraa]
..Sesungguhnya syukur itu ada 3 cara, 1. Jika menerima nikmat, maka ingatlah ia kepada pemberi yang memberi untuk memuji padaNYa.. 2. Redha dan 3. Puas terhadap nikmat yang diterima.. Selama manfaat nikmat itu terasa padamu, maka janganlah kamu pergunakan untuk maksiat..
[ 7 KALIMAH ] Abu Lait berkata; “sesiapa yang dapat menjaga & mengingati 7 kalimah ini, maka ia mulai disisi Allah dan malaikat serta diampunkan dosanya walaupun dosanya sebanyak buih lautan..dan akan merasakan kemanisan taat hidup atau mati kedua-duanya baik baginya. 1. Apabila hendak membuat sesuatu maka mula dengan “Bismillah”. 2. Apabila selesai dari mengerjakan sesuatu yang baik hendaklah membaca “Alhamdulillah”. 3. Jika terlanjur mengatakan sesuatu yang tak baik maka hendaklah segera menyatakan “Astagfirullah”. 4. Jika hendak melakukan sesuatu pada esok hari hendaklah berkata “InsyaAllah”. 5. Jika menghadapi kesukaran hendaklah selalu membaca “Laahaulawalaquwwata illa billahil a’liyyil a’zim”. 6. Apabila kita ditimpa bala musibah hendaklah selalu membaca “Innalillahi wainna ilahi raajiuun’”. 7. Setiap siang dan malam hendaklah membaca “Laa ilaha illallah”.
“Kadang2 Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. Kita menangis dan tertanya2, kemana hilangnya sinar. Rupa2nya nak hadiahkan kita pelangi.”
Al-Nasai dan Ibnu Hibban melaporkan, Nabi berpesan “ sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku”.. ALLAHUMMA SOLLI A’LA SAYYIDINA MUHAMMAD..
Binasa lidah kerana perkataan, binasa hati kerana niat, binasa anggota badan kerana perbuatan.
Sahabat bertanya kepada rasulullah, apa akan berlaku padaumat Islam akhir zaman? Sabdanya, umat Islam ramai memenuhi dunia tapi mereka difitnah dan dicincang2. Sahabat tanya kenapa? kerana umat Islam takut mati cintakan dunia.
RAMADHAN DAN SYAWAL
Wahai tetamu Ramadhan, untukmu rahmat dan magfirah, air mata taubat , dendangan tadarus, selimut tarawih dan bantal tahajjud. Moga mewarisi jannah! Selamat menyambut RAMADHAN..
Salam Ramadhan, tiada kata seindah zikir, tiada bulan seindah Ramadhan, izinkankan kedua tangan bersimpuh maaf untuk lisan yang tak terjaga, janji yang terabai, hati ynag berprasangka dan sikap yang pernah menyakitkan, mohon maaf lahir&batin, selamat menunaikan ibadah puasa.
Ramadhan yang berlalu tak bermakna ketaatan kita selama ini akan berakhir. Semoga Syawal yang menyapa esok dihiasi dengan taat, syukur, rindu dan cinta kepada Allah. Selamat hari raya maaf zahir batin..(^_^)
Jika semua HARTA adalah RACUN maka ZAKAT-lah penawarnya, jika SELURUH UMUR adalah DOSA maka TAQWA dan TAUBAT-lah ubatnya, jika SELURUH BULAN adalah NODA maka RAMADHAN-lah pemutihnya, jika semua KAD RAYA & STEM dah habis maka SMS ajelah jawabnya.. “SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI” MAAF ZAHIR & BATIN.
Tiada yang lebih bahagia daripada mendapat kemanisan iman.. tiada yang lebih indah daripada mendapat cinta Ilahi.. tiada yang lebih beruntung daripada mendapat syafaat Rasulullah S.A.W dan tiada yang lebih bermakna daripada kemaafan sesama kita.. Salam Aidilfitri, MAAF ZAHIR&BATIN..sory 4 everything I’ve done wrong.
Moga Ramadhan yang hampir berlalu Berjaya mentarbiahkan(mendidik) kita menjadi hamba yang lebih bertaqwa. Salam lebaran, sambut syawal dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan.
ZINA
“JANGANLAH KAMU MENDEKATI ZINA , sesugguhnya zina itu lebih adalah sesuatu perbuatan yang keji dan sesuatu jalan yang buruk” (al-Isra’:32) selain tu an-nur:2 pun ada pasal zina.
TAHAJJUD (mesej dihantar ketika dinihari)
Dan sebahagian malam, lakukan solat tahajjud (sebagai 1 ibadah tambahan bagimu), mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat terpuji.. (QS17: 79)
"..cinta tak pernah terbugar dan terlebur, pada redup renung mata yang mengikut..tuntas ku mendaki, puncak cinta teragung.. .. percaya kata janjiMu, kerna ku yakin apa digenggamMu..keharuman setanggi syurga, bukan kilauan sebilah belati.." moga cinta kita semua pada Allah, semakin utuh dan teguh.. Salam tahajjud..
jalan2 menjelajah blog..banyak betul blog tak terjalan saya. menarik sumenye...selama usia sbulan lebih berkecimpung dalam dunia blog sebenar,banyak memberikan faedah pada diri..selain perlu meningkatkan pembacaan bagi penulisan diselingkan penambahan pengetahuan..(faham ke? berbelit gak ayat saye ni)..apepun alhamdulillah diberi kesempatan berada di sini.
cuti ni sbenarnye pelbagai perancangan nak buat..semalam duk kemas barang..ternampaklah buku mastika..ayahku penggemar mastika. ada dua mastika..setember 2008 dan november 2008.
dah lama dah nampak buku ni tapi kutangguhkan untuk menyelaknya. 1 tajuk yg menarik phatianku adalah kisah gay bermaharajalela kat k.l..ramai artis turut terlibat..istigfar banyak2..mereka interview seorang gay dan dia kata dengan bangganya dan sukacitanya bahawa sekarang berlaku evolusi gay dimana peningkatan industri gay semakin meningkat dan salah sebuah tempat di k.l adalah tapak pencetusnya. (maklumat lanjut boleh baca di mastika edisi september 2008)
paling ramai adalah orang melayu..kaum cina dan india dikatakan tiada peningkatan sekadar 25% jumlahnya,selebihnya dimonopolikan orang melayu. kata dia RMK-9 DAN RMK-10 menjadi jalan pemudah bagi peningkatan ini.(saye kurang pasti RMK ini tentang rancangan apa,pengetahuan am saya masih suam2 kuku tapi insyaAllah akan dipertingkatkan).
sebenarnya di sini saya ingin meluahkan kekesalan..kenapa kerajaan berdiam diri sehingga dah merebak gejala ini..angah saya kata kerajaan kita ni sibuk fikirkan hal kemajuan negara,masalah sosial mereka tak pandang.. Wallahualam.
selingan..saya ni duk kolej,dah lama tak menonton t.v,sekali sekala ada peluang menonton rancangan t.v semasa makan kat cafe..masa tu saya tkejut melihat perubahan pakaian dan lakonan yang lebih berani..dulu artis still lagi tertutup jugaklah tapi sekarang terutamanya rancangan tentang kisah remaja (tak perlu cakap rancangan apa anda semua pasti perasan) berpakaian penuh trendy..pakai skirt dah normal kat layar t.v..berlakon peluk cium semakin menjadi..drama atau filem sama je..(filem,secara tak langsung menonton sebab roomate yg tengah menonton mase tu) dasyat betul cerita2 yg dibikinkan oleh rakyat malaysia melayu khususnya.
betul la cakap ustaz saya orang islam itu sendiri yg menghina islam dalam drama dan filem..perkara yg dilarang buat itu yg dibuat dalam lakonan..lakonan pun ada batasan. bile dah ade yg buat pembaharuan mesti yg lain akan mengikut..sudahnya bukala rancangan mana pun sume menampilkan personaliti yg sama..ini ke negara yg dikatakan negara islam..hanyut dalam kemodenan.. moga Allah melindungi kita semua.
Telah ditemukan beberapa website porno yang mengeksploitasi wajah-wajah muslimah, mulai dari isteri aa gym hingga saskia mecca, bahkan banyak foto akhwat yang di download entah via friendster, multiply atau sejenisnya yang di edit dengan gambar-gambar artis porno menjijikkan yang di ganti gambar kepalanya dengan foto-foto akhwat tersebut seakan akhwat-akhwat atau wanita berjilbab itu sedang melakukan seks bebas dengan sembarang orang.
Maaf alamat situs tidak bisa di tulis takut menjadi bahan promosi gratis.
PARA AKHWAT ATAU MUSLIMAH DIHARAPKAN BERHENTI MENAMPILKAN FOTO-FOTO MEREKA ATAU KERABAT MEREKA UNTUK MENCEGAH DARI PENYALAHGUNAAN TIDAK BERTANGGUNG JAWAB INI.
Anda Sedang Bercouple Ya..? www.iLuvislam.com Diforwardkan oleh: afdhal87
Kami tidak berzina ! Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.(surah al isra' ayat 32 ; janganlah kamu mendekati zina)
Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina? Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.
Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu. Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) . Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.
Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun! Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?
Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke? Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.
Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)* Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.
Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group.(bagi kes berdua-duaan SAHAJA) Study Group…? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau yea pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni… betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu… banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!
Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran. Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.
Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi. Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula .
Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.
Islam takde ke couple-cople ni? Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia. Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!
Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji. Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang. Jadi manusia itu tidak tahan diuji? Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu. Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim. (al-Araf:19) Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.
Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin. Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit. Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti. Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?
Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta…. Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina. Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri? Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.
Adakah orang yang bercinta hilang maruah? Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3)
Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan? Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga? Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.
Kami telah berjanji sehidup semati….. Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.
Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab. Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.
Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki? Tentu! Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya!
Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini? Ya! Masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)… Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 )
Bagaimana kami? Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.Taubat yang memenuhi tiga syarat: i) Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. ii) Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. iii) Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.
Moga Allah terima taubat mu. Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh , tidak ke mana! Ya, Allah! Bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka " smiley-cry
Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?" "Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya. "Aku tidak mengerti", kata anak itu. Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya. Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Allah berfirman:"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan " "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya " "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh " "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya " "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya " "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kau tahu:Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya." "Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada."
Kirimkan ini kepada setiap wanita yang Anda kenal hari ini untuk memperingati Bulan Sejarah Wanita.
Jika Anda lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi.Anda akan menambah harga diri wanita!
ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING RAMBUT DAN JANGGUTNYA. APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA.TAPI BILA MEREKA MULA BERBICARA MENGENAI ALLAH,BARBER ITU PUN BERKATA,'' SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD.''''KENAPA KAMU KATA BEGITU?'' TANYA SI LELAKI TADI.
'' CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD,KENAPA RAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR TU? KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD,DAH TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA X DPT BAYANGKAN ALLAH YG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU''.
SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI.SELEPAS BEBERAPA LANGKAH,SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI BERAMBUT PANJANG,SELEKEH,KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS.
SI LELAKI TADI PUN BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN BERKATA,'' KAMU TAHU TAK YG SEBENARNYE BARBER JGK TIDAK WUJUD?''''KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJE GUNTING RAMBUT KAMU TADI''.KATA BARBER.''TIDAK!'' KATA SI LELAKI TADI.''KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK ADA ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG PANJANG DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU''.''AH! BARBER MMG WUJUD! LELAKI TU JADI MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA SAYA UTK MENGGUNTING RAMBUTNYE!''.KATA BARBER.''TEPAT SEKALI!''. KATA SI LELAKI TADI.''THAT'S THE POINT!. ALLAH JGK WUJUD. ITULAH YG TERJADI (KEPERITAN&PENDERITAAN) JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN KEMBALI PADANYA UTK MEMOHON PERTOLONGAN.''
Jadi jika anda percaya Allah itu wujud, tlglah fwrdkan email ini. Jika tidak,delete saje.
Ada seorang pemuda arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan ia mampu mendalaminya. Selain belajar, ia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, ia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah SWT memberinya hidayah masuk Islam.
Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas di dekat sebuah gereja yang terdapat di kampong tersebut. Temannya itu meminta agar ia turut masuk ke dalam gereja. Mula-mula ia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika pendeta masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk.
Di saat itu, si pendeta agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang muslim. Aku harap ia keluar dari sini." Pemuda arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Pendeta tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun ia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya pendeta itu berkata, "Aku minta ia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah pemuda ini beranjak keluar.
Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang pendeta, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang muslim." Pendeta itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu." Kemudian ia beranjak hendak keluar. Namun, pendeta ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya. Pemuda muslim itupun menerima tentangan debat tersebut. Pendeta berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat."Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan! Sang pendeta pun mulai bertanya, "
1. Sebutkan satu yang tiada duanya,
2. dua yang tiada tiganya,
3. tiga yang tiada empatnya,
4. empat yang tiada limanya,
5. lima yang tiada enamnya,
6. enam yang tiada tujuhnya,
7. tujuh yang tiada delapannya,
8. delapan yang tiada sembilannya,
9. sembilan yang tiada sepuluhnya,
10. sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
11. sebelas yang tiada dua belasnya,
12. dua belas yang tiada tiga belasnya,
13. tiga belas yang tiada empat belasnya.
14. Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!
15. Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?
16. Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga?
17. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
18. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!
19. Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diadzab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?
20. Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diadzab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?
21. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!
22. Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"
Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca bismalah ia berkata,
1. Satu yang tiada duanya ialah Allah SWT.
2. Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah SWT berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra':12)
3. Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
4. Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.
5. Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
6. Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah SWT menciptakan makhluk.
7. Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah SWT berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk:3)
8. Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah SWT berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah:17)
9. Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*
10. Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah SWT berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am:160)
11. Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .
12. Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah:60)
13. Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
14. Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah SWT ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir:18 )
15. Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
16. Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98 )
17. Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keledai. Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai." (Luqman:19)
18. Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
19. Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diadzab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah SWT berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya':69)
20. Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diadzab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ash-habul Kahfi (penghuni gua).
21. Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah SWT? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28 ).
22. Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.
Pendeta dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda muslim tersebut. Kemudian ia pun mula hendak pergi. Namun ia mengurungkan niatnya dan meminta kepada pendeta agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh pendeta. Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?" Mendengar pertanyaan itu lidah pendeta menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Ia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun ia cuba mengelak.
Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya ia jawab, sementara ia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! " Pendeta tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapan nya, namun aku takut kalian marah." Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. " Pendeta pun berkata, "Jawabannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Aasyhadu Anna Muhammadar Rasulullah." Lantas pendeta dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda muslim yang bertakwa.**
* Penulis tidak menyebutkan yang kesembilan (pent.) ** Kisah nyata ini diambil dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah melalui internet
Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : "Sedangaku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarumdaripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklahRasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu keranacahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai Rasulullah alangkah bercahayanyawajahmu!
Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akan melihatmu pada harikiamat?"
Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."
Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"
Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidakmengucap selawat ke atasku."
BERDOA
Berkata Al-Barra' r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Segala doa ituterdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yangberdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad." KIJANG DAN ANAKNYA Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seoranglelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yangditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-bendabercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w. : "HaiPesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masihmenyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang kelaparan,oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapatmenyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari."
Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke marisemula?" Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Taalaakan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkanselawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya."
Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijang itu buatsementara waktu dan aku jadi penjaminnya."
Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula. Makaturunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata : "Hai Muhammad, Allah Taalamengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah) berfirman: " DemiKemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammaddaripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan merekakepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau."Alhamdulillah..marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana kitatergolong dalam umat Muhammad.
So ...Panjangkan kisah ini kepada sahabat-sahabat dan sudara-mara. Semoga kitasama-sama berusaha dalam menghidupkan rasa kasih sayang terhadap RasulullahSAW.
-- Hai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secarakeseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan,sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (surah Al-Baqarah ayat :208)