05 November 2008

Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW

CAHAYA MUKA NABI S.A.W.

Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : "Sedangaku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarumdaripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklahRasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu keranacahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai Rasulullah alangkah bercahayanyawajahmu!

Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akan melihatmu pada harikiamat?"

Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."

Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"

Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidakmengucap selawat ke atasku."


BERDOA

Berkata Al-Barra' r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Segala doa ituterdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yangberdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad."
KIJANG DAN ANAKNYA
Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seoranglelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yangditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-bendabercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w. : "HaiPesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masihmenyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang kelaparan,oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapatmenyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari."

Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke marisemula?" Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Taalaakan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkanselawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya."

Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijang itu buatsementara waktu dan aku jadi penjaminnya."

Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula. Makaturunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata : "Hai Muhammad, Allah Taalamengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah) berfirman: " DemiKemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammaddaripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan merekakepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau."Alhamdulillah..marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana kitatergolong dalam umat Muhammad.


So ...Panjangkan kisah ini kepada sahabat-sahabat dan sudara-mara. Semoga kitasama-sama berusaha dalam menghidupkan rasa kasih sayang terhadap RasulullahSAW.

-- Hai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secarakeseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan,sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (surah Al-Baqarah ayat :208)

No comments: