cuti ni sbenarnye pelbagai perancangan nak buat..semalam duk kemas barang..ternampaklah buku mastika..ayahku penggemar mastika. ada dua mastika..setember 2008 dan november 2008.
dah lama dah nampak buku ni tapi kutangguhkan untuk menyelaknya. 1 tajuk yg menarik phatianku adalah kisah gay bermaharajalela kat k.l..ramai artis turut terlibat..istigfar banyak2..mereka interview seorang gay dan dia kata dengan bangganya dan sukacitanya bahawa sekarang berlaku evolusi gay dimana peningkatan industri gay semakin meningkat dan salah sebuah tempat di k.l adalah tapak pencetusnya. (maklumat lanjut boleh baca di mastika edisi september 2008)
paling ramai adalah orang melayu..kaum cina dan india dikatakan tiada peningkatan sekadar 25% jumlahnya,selebihnya dimonopolikan orang melayu. kata dia RMK-9 DAN RMK-10 menjadi jalan pemudah bagi peningkatan ini.(saye kurang pasti RMK ini tentang rancangan apa,pengetahuan am saya masih suam2 kuku tapi insyaAllah akan dipertingkatkan).
sebenarnya di sini saya ingin meluahkan kekesalan..kenapa kerajaan berdiam diri sehingga dah merebak gejala ini..angah saya kata kerajaan kita ni sibuk fikirkan hal kemajuan negara,masalah sosial mereka tak pandang.. Wallahualam.
selingan..saya ni duk kolej,dah lama tak menonton t.v,sekali sekala ada peluang menonton rancangan t.v semasa makan kat cafe..masa tu saya tkejut melihat perubahan pakaian dan lakonan yang lebih berani..dulu artis still lagi tertutup jugaklah tapi sekarang terutamanya rancangan tentang kisah remaja (tak perlu cakap rancangan apa anda semua pasti perasan) berpakaian penuh trendy..pakai skirt dah normal kat layar t.v..berlakon peluk cium semakin menjadi..drama atau filem sama je..(filem,secara tak langsung menonton sebab roomate yg tengah menonton mase tu) dasyat betul cerita2 yg dibikinkan oleh rakyat malaysia melayu khususnya.
betul la cakap ustaz saya orang islam itu sendiri yg menghina islam dalam drama dan filem..perkara yg dilarang buat itu yg dibuat dalam lakonan..lakonan pun ada batasan. bile dah ade yg buat pembaharuan mesti yg lain akan mengikut..sudahnya bukala rancangan mana pun sume menampilkan personaliti yg sama..ini ke negara yg dikatakan negara islam..hanyut dalam kemodenan.. moga Allah melindungi kita semua.
No comments:
Post a Comment