28 November 2008

koleksi SMS


sini ade koleksi mesej fon saye..inbox dah penuh jadi kene salin tempat lain.. dan teman pun penah cakap banyak mesej menarik tapi tak foward kat dia..jadi ni salah 1 cara saye foward kan mesej..anda boleh ambil untuk di foward kan pada teman dan sebarkan.. sudut koleksi SMS ni akan diedit dari semasa ke semasa jadi sila lihat halaman ni saje sekiranya ada penambahan mesej baru. pada yang nak bagi komen tentang mesej2 ni sila nyatakan mesej yang mana dan komen anda.




SAHABAT

Ya ALLAH, kiranya Engkau mempertemukan kami untuk mendidik diri kami agar lebih menyayangiMu, maka hanya Engkau yang mampu membawa hati2 ini bertaut menelusuri jalan mencari cintaMu, mengharap magfirahMu, janganlah Engkau pisahkan hati2 ini di kala rindu dan saying kami belum cukup untuk melamar redhaMu.. salam,ape kaba? Sihat x? watpe cuti2 ni? doakan saya kat sini tau :)

Jika indah 1 pertemuan, jangan diakhiri dengan perpisahan. Jika suci 1 perkenalan, jangan cemari dengan pendustaan. Jika bernilai sebuah persahabatan, hargailah ia dengan keikhlasan..
Dengan namaMu ya ALLAH titipkalah kemesraan antara kami, semoga perhubungan ini kekal di dunia dan akhirat. Aminn.. :)


WANITA
Wahai wanita solehah,jangan risau akan jodohnmu kerana muslimin yang bijaksana itu, tidak akan terpaut pada wanita hanya kepada kecantikkan , lirikan senyuman,pada bicara manja yg menggoda , pada pujuk rayu seorang wanita yg meruntuhkan imannya. Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita. Andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa lelaki yg kau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu. Kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya dan lelaki yg benar2 layak pasti akan hadir untuk melengkapkanmu.
Wanita acuan al-Quran ialah wanitayang tak mudah terpesona dengan buaian dunia kerana dia mengimpikan syurga. Di situlah rumah impiannya bersama lelaki acuan al-Quran ganjaran Allah..

DI KALA LEMAH SEMANGAT

Wahai saudaraku, ilmu itu pelita hidup. Niatlah study untuk Allah. Ilmu yang dipelajari diguna untuk bela agama Allah. Tetaplah istiqomah, dakwah itu bukan sekadar mengajak orang kepada kebaikkan, tapi juga urus diri untuk ketaatan kepada Allah. Semoga Allah menghadirkan semangat untukmu terus study.amin :)

DI KALA BERDUKA

Bila kau berduka, janganlah kau sangka itu adalah penghujung dunia, sesungguhnya Allah itu tidaklah buta, secangkir kesabaranmu akan menjadi selautan penebus dosa silammu, moga hidupmu yang penuh onak duri akan sentiasa dilindungi selangit iman yang menjadi pelerai kedukaanmu ..ukhwah fillah abadan abada..jangan putus asa ye,InsyaAllah pasni usaha lagi, Dia pasti akan bagi kejayaan pada kita.
Janganlah kamu bersifat lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman. (al-Imran: 139)
InsyaAllah. Sesungguhnya adat orang Islam, ianya tak kan terjun ke lubang yang sama melainkan Allah nak uji dia. Itupun berdasarkan tahap keimanan dan kelayakkan hambanyauntuk di dunia dan yang paling utama di akhirat kelak. Negeri yang kekal abadi. Kalau ada jodoh insyaAllah kita jumpa :)


FINAL EXAM

Salam saudaraku sayang, selamat membuat yang terbaik dalam exam. Semoga Allah memberkahi segala usaha kita untuk memuliakan Islam. Ia’allaki tuflihin, selamat berjihad!
Seorang pahlawan boleh salah, boleh gagal, boleh tertimpa musibah. Tapi dia tak boleh kalah, tak boleh menyerah kepada tentangannya. Dia harus tetap melawan menembus gelap supaya dia bisa menjemput fajar sebab kepahlawanan adalah piala yang direbut, bukan kado yang dihadiahkan..gudluck nex paper :)
Sama2 bermujahadah, exam untuk redha Allah..doakan saya ye, petang ni ada exam..jkk. (jazakillahu khairan katsira@jkk..maksud smoga Allah membalasmu dengan kebaikkan yang banyak)
Janganlah kamu bersifat lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman. (al-Imran: 139) SELAMAT MENGHADAPI IMTIHAN NIHA’IE.
Kita tak boleh putus asa. Kene sentiasa berdoa, insyaAllah kamu semua boleh. Jaga hubungan kita dengan Allah, sesama manusia dan sesama makhluk.
KECEMERLANGAN itu bermula daripada kebahgiaan dan KEBAHAGIAAN itu bermula daripada keredhaan Allah, manakala KEREDHAAN ALLAH itu datangnya daripada SEMUA PERBUATAN BAIK YANG KITA LAKUKAN. InsyaAllah kuatkan semangat ..All the best tuk final exam.. :) InsyaAllah moga dipermudahkan oleh Allah.
Iringi setiap langkah kakiMU dengan hati yang berani, tabah dalam mengharungi segala pahit getir dalam perjuangan mencapai kejayaan, ukirlah senyuman di bibirmu meskipun hatimu sakit dipanah ujian, sampaikanlah segala harapanmu dalam doa yang tulus dari hatimu, ketahuilah sayangku sesungguhnya Allah sentiasa menyayangimu walau berat mana cabaran yang dibekalkan padamu, tak pernah sedetik pun dari masa yang berlalu DIA meninggalkanmu kerana sayangku itulah tandanya merindui dan mencintaimu..ukhwah fillah..
Ketika saya mendapat mesej diatas ada persoalan terdetik dihati lantas saya mesej menanyakan pada seorang sahabat yang kuanggap seperti kakak kandungku

Saya ; salam, kak Allah tu rindu dan cintakan kita ke, rasa tak layak pula..

Akak; Allah tu kan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..kita aje yang tak sayang pada diri kita..buat apa yang Allah larang, tinggal apa yang Allah suruh.. sedangkan segala suruhan dan larangan Allah tu ada kebaikkan untuk kita.. Sememangnyalah Allah akan akan rindu pada kepada orang2 yang beriman, sebab itulah adakalanya doa kita tak dimakbulkan terus oleh Allah… kerana Allah S.W.T rindukan suara hambaNya merintih depanNya..Allah juga akan rindu kepada hamba2nya yang berjuang menegakkan agamaNya..sebab tu lah tak ramai yang saggup..

Saya ; apa maksud akak ramai yang tak sanggup?

Tapi..akak tak balas..mungkin belum ada kesempatan.. jadi pada siapa yang dapat menterjemahkan sila bagi komen ye..

LAIN-LAIN
Sungguh, (ayat2 ) ini adalah peringatan, maka barangsiapa menghendaki (kebaikkan bagi dirinya) tentu dia akan mengambil jalan menuju TuhanNYA.. (al-Insan: 29)
Untuk mengecapi kebahagiaan , bongkarlah kekotoran jiwa daripada dada, supaya iman masuk ke dalamnya, kerana reban yang ada musang tidak akan dimasuki ayam - Hukamak
Sesungguhnya engkau tidak akan memperolehi apa yang engkau sukai melainkan dengan kesabaran mu atas apa yang engkau tidak sukai – Nabi Isa A.S.
“Awasilah setiap detik dalam hidupmu. Jangan kamu lupakan Allah walaupun seketika kerana apabila itu berlaku kamu sebenarnya berada dalam keadaan yang amat berbahaya. Sesungguhnya semua manusia berada dalam kebinasaan kecuali mereka yang berilmu. Orang2 yang berilmu berada dalam kebinasaan kecuali mereka yang beramal. Mereka yang beramal juga berada dalam kebinasaan kecuali mereka yang ikhlas. Golongan yang ikhlas ini pun masih belum selamat sepenuhnya dari bahaya disisi Allah.. Semua ini akan membebani kamu kecuali jika kamu mengambil daripada dunia sekadar keperluan sahaja.” [Imam alGhazali-Ihya Ulumuddin]
“Hai anak Adam! Bersabarlah, rendahkanlah dirimu, nescaya aku akan mengangkat darjatmu. Bersyukurlah kepadaKu tentu Aku tambah (nikmatKu) untukmu, mohon ampunlah kepadaKu,nescaya (dosamu) Aku ampuni. Hubungilah tali persaudaraan kaum keluargamu, nescaya Aku tambah panjang masa hidupmu. Mintalah sihat wal’afiat kepadaKu dengan sentiasa berdiam. Ketahuilah! Bahawa keselamatan itu berada dalam kesendirian, dan ikhlas ada dalam sifat warak, zuhud ada dalam taubat, ibadah ada dalam ilmu, dan kaya ada dalam qana’ah.” [Hadis Qudsi]
ape ye maksud keselamatan itu berada dalam kesendirian?? Sapa ade jawapan sile beri komen ye. Trimas.jkk. (trimas maksudnya terima kasih dari buku komik utopia..dulu saya rajin bace utopia)
“Jika mencari madu asli, carilah yang asli, kerana madu yg asli itu mujarab dijadikan penawar”.. “Carilah petunjuk dalam kerinduanmu kepada Allah, kerana tiada yang lebih harum dikebun hayat melainkan rimbunan taqwa yang merendang ke akhirat..”(berpegang teguhlah pada tali Allah).
“Gersang bumi tanpa hujan, gersang minda tanpa ilmu, gersang jiwa tanpa amal, gersang hati tanpa iman..” [Imam al-Ghazali]
.. “Allah melapangkan bagimu supaya engkau tak selalu dalam kesempitan, dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan dirimu dari kedua-duanya supaya engkau tak bergantung selain kepada Allah S.W.T..” [Hamraa]
..Sesungguhnya syukur itu ada 3 cara, 1. Jika menerima nikmat, maka ingatlah ia kepada pemberi yang memberi untuk memuji padaNYa.. 2. Redha dan 3. Puas terhadap nikmat yang diterima.. Selama manfaat nikmat itu terasa padamu, maka janganlah kamu pergunakan untuk maksiat..
[ 7 KALIMAH ] Abu Lait berkata; “sesiapa yang dapat menjaga & mengingati 7 kalimah ini, maka ia mulai disisi Allah dan malaikat serta diampunkan dosanya walaupun dosanya sebanyak buih lautan..dan akan merasakan kemanisan taat hidup atau mati kedua-duanya baik baginya. 1. Apabila hendak membuat sesuatu maka mula dengan “Bismillah”. 2. Apabila selesai dari mengerjakan sesuatu yang baik hendaklah membaca “Alhamdulillah”. 3. Jika terlanjur mengatakan sesuatu yang tak baik maka hendaklah segera menyatakan “Astagfirullah”. 4. Jika hendak melakukan sesuatu pada esok hari hendaklah berkata “InsyaAllah”. 5. Jika menghadapi kesukaran hendaklah selalu membaca “Laahaulawalaquwwata illa billahil a’liyyil a’zim”. 6. Apabila kita ditimpa bala musibah hendaklah selalu membaca “Innalillahi wainna ilahi raajiuun’”. 7. Setiap siang dan malam hendaklah membaca “Laa ilaha illallah”.
“Kadang2 Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. Kita menangis dan tertanya2, kemana hilangnya sinar. Rupa2nya nak hadiahkan kita pelangi.”
Al-Nasai dan Ibnu Hibban melaporkan, Nabi berpesan “ sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku”.. ALLAHUMMA SOLLI A’LA SAYYIDINA MUHAMMAD..
Binasa lidah kerana perkataan, binasa hati kerana niat, binasa anggota badan kerana perbuatan.
Sahabat bertanya kepada rasulullah, apa akan berlaku padaumat Islam akhir zaman? Sabdanya, umat Islam ramai memenuhi dunia tapi mereka difitnah dan dicincang2. Sahabat tanya kenapa? kerana umat Islam takut mati cintakan dunia.
RAMADHAN DAN SYAWAL
Wahai tetamu Ramadhan, untukmu rahmat dan magfirah, air mata taubat , dendangan tadarus, selimut tarawih dan bantal tahajjud. Moga mewarisi jannah! Selamat menyambut RAMADHAN..
Salam Ramadhan, tiada kata seindah zikir, tiada bulan seindah Ramadhan, izinkankan kedua tangan bersimpuh maaf untuk lisan yang tak terjaga, janji yang terabai, hati ynag berprasangka dan sikap yang pernah menyakitkan, mohon maaf lahir&batin, selamat menunaikan ibadah puasa.
Ramadhan yang berlalu tak bermakna ketaatan kita selama ini akan berakhir. Semoga Syawal yang menyapa esok dihiasi dengan taat, syukur, rindu dan cinta kepada Allah. Selamat hari raya maaf zahir batin..(^_^)
Jika semua HARTA adalah RACUN maka ZAKAT-lah penawarnya, jika SELURUH UMUR adalah DOSA maka TAQWA dan TAUBAT-lah ubatnya, jika SELURUH BULAN adalah NODA maka RAMADHAN-lah pemutihnya, jika semua KAD RAYA & STEM dah habis maka SMS ajelah jawabnya.. “SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI” MAAF ZAHIR & BATIN.
Tiada yang lebih bahagia daripada mendapat kemanisan iman.. tiada yang lebih indah daripada mendapat cinta Ilahi.. tiada yang lebih beruntung daripada mendapat syafaat Rasulullah S.A.W dan tiada yang lebih bermakna daripada kemaafan sesama kita.. Salam Aidilfitri, MAAF ZAHIR&BATIN..sory 4 everything I’ve done wrong.
Moga Ramadhan yang hampir berlalu Berjaya mentarbiahkan(mendidik) kita menjadi hamba yang lebih bertaqwa. Salam lebaran, sambut syawal dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan.
ZINA
“JANGANLAH KAMU MENDEKATI ZINA , sesugguhnya zina itu lebih adalah sesuatu perbuatan yang keji dan sesuatu jalan yang buruk” (al-Isra’:32) selain tu an-nur:2 pun ada pasal zina.
TAHAJJUD (mesej dihantar ketika dinihari)
Dan sebahagian malam, lakukan solat tahajjud (sebagai 1 ibadah tambahan bagimu), mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat terpuji.. (QS17: 79)
"..cinta tak pernah terbugar dan terlebur, pada redup renung mata yang mengikut..tuntas ku mendaki, puncak cinta teragung.. .. percaya kata janjiMu, kerna ku yakin apa digenggamMu..keharuman setanggi syurga, bukan kilauan sebilah belati.." moga cinta kita semua pada Allah, semakin utuh dan teguh.. Salam tahajjud..

No comments: