Bismillah
Salam,
2010 telah menutupkan tirai
muhasabah diri
menuju ke tahun baru
apa azam kita
tercapai atau tidak
terus mengorak langkah
23 tahun dah umurku
sekejap masa berlalu
moga terampun dosa
moga jalan dipermudahkan
dan diri dirahmatiNYA selalu
selamat tahun baru.
blog ni saya tinggalkan
mungkin sekali sekali akan dikemaskinikan
mungkin tidak, saya tak boleh nak cakap.
yang pasti kini saya melangkah ke blog baru
pastinya di sana saya capaikan hajat untuk ingin menulis
sebuah blog yang sepenuhnya tulisan saya
tidak ingin dikenali
hanya nama samaran digunakan.
laman hidayah akan terus kekal dihati saya.
minta maaf sekiranya penulisan dan perkongsian saya pernah mengguriskan hati sesiapa
saya manusia biasa, masih banyak kekurangan.
terima kasih pada semua yang mendoakan dan menyokong saya selama ini.
semoga kita semua terpelihara dalam kasih sayang Ilahi.
di rumah saya tepat pukul 12 pagi tadi
keadaan sungguh bingit dengan bunyi bunga api
rumah berdekatan bandar kuala lumpur
sana sini bunga api
konsert pun ada masyaAllah
dari pukul 9 dah dengar nyanyian
ingatkan apa, tidak teringat pula
rupanya sambutan tahun baru
bukankah lebih baik buat solat hajat dari konsert
sedih..inilah negaraku..tenggelam dalam hiburan yang melalaikan..
lepas pukul 12 pagi muda mudi buat apa
tahniah pada mereka yang menyertai kumpulan pencegah maksiat malam tahun baru.
moga usaha kalian dipermudahkan dan diberkati.
12.40am
1 januari 2011.
No comments:
Post a Comment