16 July 2009

FW: Serangan Jantung dan Minum Air Suam

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhtNOVupfHgI44wqdd3h75lDqX0pcATOQZkGqLhDGRvP6a5Z-jEbm0cgYFtTtRCjTpdQZBLn5A_WNarYCTWr8BL1rrE3XpDnrGW37Ykd9St1gLyDgnWT-d6dpyAgkPSBHljToKdkLmuH_a6/s320/gambar+jantung.jpg

dari editor LKH,

saya rasa fakta ni betul, berdasarkan pemerhatian saya tentang minyak lemak bila masak sup daging ke, masa sejuk banyak je lemak atas sup tu bila panas hilang dah lemak tu..takpun buatla experiment sendiri kan..tapi apapun silalah serahkan pada yg pakar huhu..so pakar-pakar sekalian atau yg tahu, komen anda sangat diharapkan. selamat membaca..


Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung ... Masyarakat Cina dan Jepun minum the panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEguHvcCrLzpH_k25ZDSbQkRYLkscYP4VgUmMg9cOPtN2SpsEiIzyfwzEt8vh4xTAvI9_pk2O3TXU2XSDMM4P6aZIXgj6GJzbp327Nm9txsOfS0o7tR1OAmPcG9JlZ9bXtJWK0TliRuxmAU/s320/gambar+jantung.jpg

Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan.

Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

Petanda Lazim Serangan Jantung Amaran berkenaan serangan jantung �

Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada.. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim.

60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa.. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjmfiEZ-uNChI7K7sS3059P1rI5o9pRnpIJSTC5a5fnJ9VcLHF-RFGgRq7KSgvT3lykjhOnf2EwrziJH-_Z-cHvF6TLbxU0bE0MJAd7G2d5ejOoehUjD_b5HXH29wIyHrEN4ENL3wzeBcYN/s320/jantung.jpg

Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada orang lain, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.

sumber: email dari rakan mymasjid yahoo groups

No comments: