Alhamdulillah.. teruskan usaha membasmi laman web lucah. saya tidak pasti sama ada tindakan ini diambil setelah diusahakan oleh kenalan saya atau tidak, kerana kenalan saya telah pun menghantar email kepada ustaz2 yg tidak asing lagi bagi membawa perkara ni ke pihak atasan. apa yg pasti saya di ajak berbincang mengenai perkara ini tidak lama dahulu, dalam sebulan lebih yang lalu. berbincang agar boleh dibawa ke pihak berkenaan bagi menutup laman web lucah seperti yg dibuat di negara China. Jika China boleh mengapa Malaysia tidak.
Dalam perbincangan kami, kenalan saya melontarkan kebimbangannya lantaran sewaktu sedang melayari internet tiba2 keluar laman web lucah "MELAYU" dengan sendirinya. dan perkataan "MELAYU" bila di search .. amatlah memalukan.. saya tidak terkejut dengan perkara ini kerana telah sedia maklum.. tapi apa yang membimbangkan jumlah laman web yg semakin meningkat.mudah dilayari dan di download. kemajuan teknologi sekarang membawa perubahan, inilah zaman IT, kanak2 kecil pun sudah pandai main komputer,laptop,handset,mp3,mp4 dan sebagainya. kita bimbang bila nikmat IT ini disalah gunakan. bagaimanakah proses pembesaran kanak2 dan remaja kita? lebih2 lagi yg beragama Islam? jelas runtuh akhlak dan menyumbang kepada masalah sosial. jika kita tak bimbang pada mereka, bimbanglah pada generasi anak2 kita bagaimanakah mereka nanti? tidak dapat dibayangkan...
p/s : minta kita berganding bahu, ibu bapa sila awasi anak2, pada yang boleh ambil tindakan membasmi sila email,call kenalan yg kerja di bidang berkaitan dan buatlah apapun, biar kerajaan kita "alert" dan terus "mengambil tindakan" menutupi kesuluruhan laman web berkenaan, abang2 dan akak2 awasi adik2, rakan2 saling awasi rakan2, dan paling utama diri kita,mulakan dengan mengawasi diri kita. mudah-mudahan kita tidak terjebak dengan perkara2 zina mata dan zina hati ni. sama2lah kita saling mengingatkan.
KUALA LUMPUR 8 Julai - Sebanyak 33 laman web lucah atau melanggar undang-undang negara ditutup oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).
Pada masa yang sama, 15 lagi laman web berunsur sama sudah dikenal pasti untuk diambil tindakan yang sama.
Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof berkata, pihaknya terpaksa bertindak demikian memandangkan peningkatan laman web berunsur lucah dan melanggar undang-undang negara.
Menurutnya, jumlah laman web lucah atau melanggar undang-undang yang dikesan tahun ini jauh lebih banyak berbanding hanya 20 laman web yang ditutup tahun lalu.
"Penutupan tersebut bertujuan mengekang lambakan laman web terbabit yang berpusat di luar negara yang mana ia sebelum ini boleh diakses di negara ini.
"Bagi mengatasi gejala ini, kita akan pantau laman web seumpamanya dan terus ambil tindakan yang sama," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kesedaran Nilai-nilai Kekeluargaan dan Keselamatan Penggunaan Internet di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.
Seminar itu disertai 400 peserta yang terdiri daripada ibu bapa, guru dan pelajar sekolah.
Dalam pada itu, Fadillah menggesa orang ramai yang menjadi mangsa jenayah atau gangguan siber melaporkan kepada Cyber Security untuk tindakan selanjutnya.
Tambahnya, pada masa yang sama, aduan itu juga bagi membolehkan mereka mendapat pembelaan yang sepatutnya.
Jelas beliau, laporan boleh dibuat melalui laman web http://www.esecurity.org.my atau menghubungi talian bebas tol 1300882999.
sumber : UTUSAN MALAYSIA, 09/07/2009
last but not least, anda bijak jauhi zina.. no pronography, no couple, no pergaulan bebas...
2 comments:
asslam wr.wb
Pertamanya ni sob
mantap blognya !!
keren !!
wslm wbt.
sob?
makasih.
keren apa ye?
Post a Comment