04 March 2009

al-fatihah atas pemergian seorang kenalan almarhum Che Wan Mohd Fazrul B. Che Wan Kamaruddin pd 3/3/09

Sesungguhnya kematian adalah haq, pasti terjadi, tidak dapat disangkal lagi. Allah s.w.t berfirman, ertinya,

"Dan datanglah sakaratul maut yang sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari dari padanya." (QS. Qaaf:19)

Siapakah di antara kita yang meragui kematian dan sakaratul maut? Apakah ada orang yang meragui kubur dan azabnya? Siapakah yang mampu menunda kematiannya dari waktu yang telah ditentukan?

Mengapa manusia sombong padahal kelak akan dimakan ulat? Mengapa manusia melampaui batas padahal di dalam tanah kelak akan terbujur? Mengapa menunda-nunda , padahal anda mengetahui kematian akan datang secara tiba-tiba?

Sudah pastinya manusia bakal berhadapan dengan kematian, menurut surah al- Jum’ah (62) ertinya;
"Katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah SWT yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata , lalu dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan".

Dalam perspektif agama Islam, manusia tidak dapat lari daripada kematian. Sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan ajal sesorang hambanya termasuk tarikh, tempat, bagaimana berlaku dan lain-lain. Sesungguhnya Allah SWT Maha menegetahui. Kematian adalah satu jalan akhir hambanya menemui Allah SWT dan manusia akan beralih ke alam akhirat. Di alam akhirat (barzakh) manusia akan dihitung segala ibadat, perilaku baik dan buruk yang akhirnya akan ditetapkan di alam abadi iaitu syurga dan neraka sebagai tempat kebahagiaan dan pembalasan.

renungan bersama: pentingnya mengingati kematian..

al-fatihah atas pemergian almarhum Che Wan Mohd Fazrul B. Che Wan Kamaruddin pd 3/3/09. Smga rohnya akn sntiasa dicucuri rahmat,diampuni dosa & dtmptkn di sisiNya sbg org yg Soleh lg beriman.. amin..

No comments: