(ayat pengenalan bawah ni copy paste je, soalan pun same,jawapan je yg saye tulis)
Tag… Ada apa dengan tag? Kenapa orang yang memiliki blog amat suka tag orang lain? Untuk pengetahuan anda semua, tag ini merupakan satu medium untuk blogger lain mengenali pemilik blog yang mereka telah tag. Kenapa saya berkata demikian? Yelah…melalui soalan-soalan tag, mereka yang telah ditag akan menjawab soalan yang diberikan. Secara tidak langsung, melalui soalan-soalan itu kita dapat mengenali diri pemilik blog.
ANDA DAN BLOG
1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
Awal penubuhan blog ni saya memilih nama hidayahlela.blogspot.com kerana itu adalah nama gabungan nama saya dan ibu saya. nur hidayah ialah nama saya dan lela ialah nama ibu saya, dan blogspot.com adalah alamat web blog saya.bape banyak dan la.. senang cerita ikut bulat2 nama alamat web blog! :)
Kemudian saya menukarkan kepada ..bisikan nurani... Kerana saya rasakan blog saya bukan mengenai hal peribadi saya tetapi lebih kepada umum
tetapi setelah melihat ada blogger yang memakai nama blog bisikan nurani jadi saya tukar pula kepada .....Secebis Coretan.... yang membawa maksud catatan yang sedikit kerana saya tak pandai tulis banyak2, post yang saya tulis boleh baca di label "ceritaku" atau klik >[link], itu sume memang original tulisan saya. dalam blog ni banyak diambil dari sumber lain, kisah2 atau artikel2 yang di copy paste dan dikumpulkan dalam blog saya ni untuk dikongsi bersama. Nape ade titik-titik .... sebelum dan selepas nama blog .. kerana saye suke pada kekreatifan, ops ade ke bahase kekreatifan,huhu kreativiti, jadi ada kelainan sikit dari kebanyakkan blog lain.lagi unik lagi saya suke. Kalau boleh nak hasilkan sesuatu lain dari yang lain.
Oh ye,sebut bab kumpul mengumpul ni,terlintas pula nama lain,hoho :).. mungkin nama koleksi hidayah ke..tengok la camne nanti.
Blog lama saya yang masih boleh dilayari,klik>[link],blog tu tiada nama,tapi berdasarkan alamat blog, petum adalah nama kenangan saya sewaktu sekolah menengah,nama yang diberi oleh akak senior semasa orentasi dan nama tu melekat sampai sekarang di kalangan kawan baik semasa sekolah dulu.
dan yang terbaru pula adalah blog peribadi saya,klik> [link] , mencerita hal2 peribadi saya dan suka duka kot? ape2 je la kisah yang saya segan nak dikongsi pada umum, atau macam tak sesuai je dimuatkan dalam blog ni..
2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
hidayahlela.blogspot.com. timbulnya kerana ..dah diberitahu seperti yang dinyatakan di atas.
Penah gak terlintas nak tukar alamat blog lain, tapi tak jadi sebab dah ramai tahu,nanti tak boleh nak dilayari pule.
3) Apakah metod penulisan dalam blog anda?
Ikut suka hati jadila rojak yang sedap hehe.. apapun tengok la pada tajuk post nye..lau santai,santai la bahase nye, lau tentang tak puas hati tegas la gayenye. Niat asal adalah nak berkongsi artikel2 keagamaan,nak berdakwah,nak dekatkan diri saya dan pembaca blog ni pada islam dan bercerita sikit la tentang saye. Maka terhasil la blog ni seperti yang anda lihat sekarang,pada pandangan anda tercapaikah objektif penubuhan blog ni? Saya yang uruskan blog ni,pandangan orang lain saya tak tahu,jadi boleh bagi pandangan kat ruang ulasan ye.
4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
Tak pernah..napa mesti nak dihapuskan,xde sebab. InsyaAllah walaupun satu hari nanti saya dah tak aktif dalam blog, saya tak kan delete blog-blog saya,benda yang boleh dikongsi biarlah dikongsi sampai bila2.moga tidak sia-sia.
5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
Blog yang tag saya adalah http://hurulain1404.blog.friendster.com/. Blog seorang kenalan dari friendster,blog yang banyak menceritakan kehidupan hariannya dan banyak mengaitkan kisah kehidupannya dengan islam, olahan menulis yang menarik yang boleh meninggalkan kesan positif pada saya.rumusannya,sebuah blog yang membangun jiwa,mendekatkan diri kita kepada Allah.
6) Senaraikan 5 orang yang akan anda tag.
Abg Hamka- http://keretamayat.blogspot.com/
Syaima-http://pripsa.blogspot.com/
Fathiyyah-http://fathiyyah.blogspot.com/
Kak Farizah-http://pedangislam.blogspot.com/
Liyana-http://liyanakmal.blogspot.com/
dan
5 comments:
salam kak.
Mencabar sungguh soalan2 akak ni.Tapi cm menarik. sy akan buat,tp lepas exam nnt kot..
hihi
o yke mcbr. takpe bila2 je free,gudlauk,ops hehe gudluck ye, moge bjaya.
saya kenal 2 orang di sini.. kak fathiyyah (senior SAKTI) dan syaima (coursemate food tech USM)... abang hamka atau pak cik hamka? hahaha...
hmm... saya kenal awak ke?
salaam...
wslm..sape ye bazla' ni? laki2 ke prempuan2 ni? sy pun x kenal,name betul sp? nape gelak abg hamka atau pakcik hamka? teringat kat blog dia yg kelakar,pedas dan bmakne ke.. :)
Assalamualaikum Hidayah,
Pada usia yang muda ini selaku pelajar dari warga belia,berblog antara kaedah yang upaya membina perhubungan yang baik di kecepatan masa yang beredar, dan berupaya juga membetulkan sikap dan pandangan-pandangan yang begitu banyak perbezaannya. Mulanya wujud ketidak setujuan (lantaran persepsi dan fahaman yang diukur oleh persekitaran-kehendak- keperluan-sejarah-suhu yakni stuasi yang memungkinkan lahir kekeliruan) namun sebagai muslimah alasan-alasan yang umum ini perlu dikawal dengann maksud pesanan,'bahawa di dunia ini kehidupan adalah lingkaran penipuan yang memperdayakan.'
Dengan pencatatan harian/mingguan ini kita membina satu pola kepekaan dan kemahiran menjurubicarakan amanah kepercayaan yang memerlukan diterjemahkan proses-proses niat mengapa kita berblog.
Kita akan sampai kepada niat itu dan terserah samada mahu menjadikan niat itu sekadar lafaz lisan-yang hanya tersimpan di hati atau dibenarkan di dalam perbuatan atau diredhai ia sebagai pilihan.
Wanita tidak berblog untuk niat yang hina atau cela.
Bersama kita buktikannya.
Kini bahasa diusahawankan.
Lantas kita wajar berusaha mengukuh dan menyebarluaskan penggunaan bahasa melayu untuk dibangunkan insan kerana keinsanan bukan lagi menuntut menjadi sifat tetapi menjadi antara bentuk pelaburan.Insan sahaja yang melahirkan ehsan.Insan juga mengakhlakkan dunia.
Saya sedang 'duduk di atas bara sekam.'Ia tidak panas malah mengionkan pineal untuk lebih ceria.
Post a Comment