24 February 2009

HATI-HATI DALAM MENYEBARKAN

Jika anda ingin tahu dari siapakah bermulanya surat berantai yang
kononnya dari Sheikh Ahmad yang bermimpi bertemu Rasulullah
didalam mimpinya, bacalah keterangan dibawah ini:-
Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 1978
SURAT SHEIK AHMED PALSU, KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD
Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis
oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio , Texas , USA
pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan uma t Islam.
Penulis asal surat
ini
ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik
dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama
asalnya Mohamed Elias Skanbeg).
Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso
di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun
1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli.
Father de Villa
meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.
Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi
Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun
1967-hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad
antara tahun 1881 hingga 1979.
Penjaga makam di Madinah ialah: Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul
Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932),
anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy
(1932-meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi
Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya
Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque
Al-Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).
Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali
Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di
hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku
pernah
menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang
kawannya.
Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal
dunia.
Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana
bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).
Allahyarham D atuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi
pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja
menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil
jatuh
murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu
terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini".
( Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil. 7/78/I).
Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam
mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh
Almarhum Sultan Idris Shah, Perak.
Menurut Majlis Fatwa
Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam menyekutukan
Allah S. W. T.
dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta
mempermainkan Rasulullah S. A. W.
serta menyebar dengan niat tidak baik
kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.".
Lagipun," surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar
terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S. A. W.
serta ajaran
baginda kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith
sesudah kewafatan baginda".
Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat
Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil
dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik
yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat
dengan sesungguhnya.
Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini
kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan
perkara
syirik dan khurafat.
Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar
syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar
si-pengirim".
HENTIKAN MENGHANTAR EMAIL YANG BOLEH MENJADIKAN KITA SESAT TANPA
KITA SEDARI.. INSAFLAH .. SEMOGA ALLAH MENGAMPUNKAN DOSA KITA...

No comments: