"Jika diri tidak di isi dengan kebenaran,maka diri akan di isi dengan kebatilan". Moga barmanfaat.
07 October 2008
al-kisah hari pertame aku puase 6 semalam..
hari pertame aku puase sunat 6..aku skali kan dengan puase qada'.ade pendapat kate boleh skalikan puase,ade pendapat kate tak boleh jadi aku pun pilih skalikan senang. aku tak sahur..sedar tapi tutup alarm fon tido balik, ngantuk tido lambat. jadi berpuaselah aku..memang letih bile petang menjelme..lepas solat asar aku tido kepala aku memang dah pening dari dalam kelas tadi..mungkin skian lame x makan nasi sejak aku balik awal 1 hari kat kampus..makan maggi je..jarang dah aku makan maggi memang nak elakkan makan tapi tula makanan yg aku fikir blh tahan smigu simpan dalam bilik.biskut tak bape kenyang..skian lame tak makan maggi memang perut aku rase meragam..2 packet aku bedal 1 malam,1 petang esoknye..isnin terus puase.sebab tu aku pening kot..ntahla.
bangun je tido hari dah hampir senje alhamdulillah lege dah pening aku..aku leka..memang aku tak ingat yg dewan makan tutup kul 7-8malam al-maklum le sminggu cuti..bile teringat aduh ade lg 20 minit..aku siap2 nak turun dewan makan biase panggil dining je..alih2 sampai dining dah tutup hua hua hua..aku try jugak pulas pintu pagar tu tapi dah kunci kempunan aku tengok orang yg sempat masuk kat dalam sedang amik makanan..sedangkn jam lagi 5 minit sblum kul 7.awal gak dining tutup.hmm..ujian..hati kecilku berbicare..hai hidayah sabar banyak2..dugaan ni..perut memang dah lapar ni.nak pegi koperasi bli roti buat alas perut rase membazir pulak duit bajet makan pelajar dah ade baik aku gunekan dari aku kuarkan duit sendiri.1 jam je kot InsyaAllah boleh tahan..skang naik atas balik buke puase minum air je solat magrib dlu.atas meje study aku ade kismis..jadi aku makan kismis benda yg tak dimasak dulu,aku dengar itu sunnah.pastu baru minum air..itu lah kisah nye puase 6 aku yg pertame..heee.hari ni aku tak puase ade jamuan raye kelas.
aku jarang puase 6 .. zaman aku budak2 dlu memang aku tahu fadhilat puase 6 ni bagus. seingat aku penah skali kot aku complete 6 hari.ade tu 3 hari je aku buat.ade tahun tu langsung tak buat.huhu. moge tahun ni dapat la aku buat sampai cukup 6 hari BIIZNILLAH..stelah skian lame rase aku tak buat.korang tahu ke puase 6 itu ape? orang slalu cakap puase 6 selepas ramadhan..meh aku kongsi info.. info ni senang je aku dapat dari fakulti aku sbelum cuti raye aritu.
puasa 6???
bulan syawal ni bukan hanya disambut hari raya puasa (disebut juga hari raya fitrah atau eidul fitri), malah ada sambutan lain yang lebih besar iaitu sambutan berpuasa tambahan untuk mendapat keberkatan yang lebih. selepas tarikh 1 syawal , hanya 1 hari sahaja diharamkan puasa,umat islam amat digalakkan untuk berpuasa semula iaitu sekurang-kurangnya 6 hari daripada bulan syawal ini. ia adalah kesinambungan kepada puasa sebulan pada bulan ramadhan di mana nilai ibadatnya adalah bersamaan dengan puasa sepanjang tahun.
satu keistimewaan yang difahami dari sabda Nabi Muhammad itu ialah satu kebajikan dan peluang yang paling beharga disediakan kepada orang yang mengejar nikmat dan kemurahan Allah taala sepanjang hidup, terdapat pula di bulan syawal iaitu puasa 6 hari di dalamnya. ganjaran pahala diberikan oleh Allah taala kepada mereka yang berpuasa 6 di bulan syawal ini ialah seperti ganjaran pahala kepada yang berpuasa setahun.
kelebihan puasa 6
dari Abu Hurairah (r.a), Nabi S.A.W. bersabda : ''barangsiapa berpuasa Ramadhan lantas disambung 6 hari di bulan syawal, maka ia bagaikan telah berpuasa selama setahun''.
1. puasa 6 umpama sunat rawatib sesudah solat fardhu bagi menampung kekurangan puasa fardhu menjadi tanda diterima puasa Ramadhan yang kita kerjakan.
2. sebagai tanda bersyukur kepada nikmat yang diberikan di bulan Ramadhan seperti nikmat kesihatan tubuh badan yang baik.
3. mendapat kebaikan berlipat ganda serta diangkat darjatnya.
4. memudahkan malaikat al-maut mencabut nyawa.
sumber : Wasilah Ramadhan,buletin ramadhan,persatuan mahasiswa kejuruteraan elektrik dengan kerjasama CITU,I-MECHY,CHESS,P'CES,SOPHYS,HATSS UiTM PULAU PINANG. 22-28 ramadhan 1429/22-28 ogos 2008.
Labels:
ceritaku,
mari beramal,
ramadhan,
semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment