Showing posts with label bagaimana menjadi pendakwah. Show all posts
Showing posts with label bagaimana menjadi pendakwah. Show all posts

18 May 2010

Pilihlah aku!


Firman Allah swt :-

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh”.[al-Saff : 4]


Apakah ini suatu anugerah pada ku?
Atau sekadar ujian untuk menguji iman ku?
Apakah ini satu destinasi akhir?
Atau satu perhentian sementara?
Semoga Kau tunjukkan aku jalan yang benar...

Tanpa kasih-sayangMu,
Tanpa belas dan rahmatMu,
Tak mungkin aku di sini
Tak mungkin aku masih di jalan ini...

Berilah aku kekuatan,
Ketabahan hati dan kesabaran yang luar biasa
Agar aku tidak tercicir diantara parajurit yang berbaris itu
Agar aku sebahagian dari cerucuk bangunan itu
Yang saling mengukuhkan antara satu sama lain
Semoga aku ada fungsinya
Walaupun sekadar pemijak kaki...

Ya Allah,
Pilihlah aku!
Moga Kau tempatkan aku dikalangan hamba-hambaMu terpilih
Moga aku akan berada di sana
Di tempat dimana tiada lagi penat dan lelah
Tiada lagi bising dan hiruk pikuk
Yang ada hanyalah ketenangan dan kenikmatan...ameen

26 February 2010

Perbayakkan Selawat Sempena Hari Kelahiran Nabi


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Assalamualaikum w.b.t warga laman hidayah yang disayangi..
di sini saya ingin berkongsi kiriman dari seorang sahabat sempena maulidur Rasul junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Salam warahMatullah..

Saja nak kongsi pengalaman mengikuti kuliah maghrib oleh Fadhilatul as-Sheikh Dr. Yusri Rushdi Al-Jabr Al-Hussainy dimasjid Bakar Arang,Sg. Petani pada mid sem break yg lalu, beliau adalah ulamak kturunan Nabi Muhammad S.A.W yg mrupakan seorang yg pakar Hadis dan pada msa yg sma juga mrupakan seorang pakar bedah(Masya-Allah hebatt).Beberapa kesimpulan penting yg ana dpt dri Kuliah beliau adlh:

Kita kena tanamkan rasa kecintaan kita pada Nabi Muhammad S.A.W dgn sungguh2 rasa kecintaan, melebihi segalanya selepas Allah Ta'ala. Ini kerana Nabi kita adalah khatimul anbiya' atau khulasoh bagi sekalian nabi. Muhammad S.A.W juga merupakan manusia yang paling agung dimana kemuliannya melebihi kemulian para malaikat. Ini dapat dibuktikan dalam peristiwa Isra' Mi'raj dimana Nabi Muhammad sahaja di izinkan Allah naik ke Sidratul Muntaha, sedangkan malaikat Jibril yang menemani Nabi Muhammad pada masa tersebut tidak di izinkan Allah.

Kemudian Fadhilatus syeikh jgk menekankan supaya kita mengikuti contoh peribadi mulia nabi terutama dari segi amalan atau kelakuan Baginda. Ada 3 perbuatan Baginda yang ana kira susah bg kita utk ikuti tnpa ksedaran dan kefahaman yang baik, 3 perkara tersebut adalah memaafkan orang lain, memberi kepada orang yang tidak pernah memberi kepada kita, dan memaafkan orang yang pernah menzalimi kita.Klu kita fikir2kan mampu atau tidak kita menerapkan 3 sifat ni dalam diri kita? Wlupun nampak mudah tetapi ia amat memerlukan mujahadah yang tinggi dalam diri kita,,sama2lah kita muhasabah diri kita masing2 sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W dimana pada saat Baginda sedang bertarung dengan maut pun Baginda tidak melupakan umatnya. Jadi sempena Maulud Nabi ni,marilah sama2 kta hayati,renungi dan cuba teladani sifat2 Nabi Muhammad S.A.W HabibULLAh..

Fizikal Nabi Muhammad SAW

Telah dikeluarkan oleh Ya’kub bin Sufyan Al-Faswi dari Al-Hasan bin Ali ra. katanya: Pernah aku menanyai bapa saudaraku (dari sebelah ibu) Hind bin Abu Halah, dan aku tahu dia memang sangat pandai mensifatkan perilaku Rasulullah SAW, padahal aku ingin sekali untuk disifatkan kepadaku sesuatu dari sifat beliau yang dapat aku mencontohinya, maka dia berkata: Adalah Rasulullah SAW itu seorang yang agung yang senantiasa diagungkan, wajahnya berseri-seri layak bulan di malam purnamanya, tingginya cukup tidak terlalu ketara, juga tidak terlalu pendek, dadanya bidang, rambutnya selalu rapi antara lurus dan bergelombang, dan memanjang hingga ke tepi telinganya, lebat, warnanya hitam, dahinya luas, alisnya lentik halus terpisah di antara keduanya, yang bila beliau marah kelihatannya seperti bercantum, hidungnya mancung, kelihatan memancar cahaya ke atasnya, janggutnya lebat, kedua belah matanya hitam, kedua pipinya lembut dan halus, mulutnya tebal, giginya putih bersih dan jarang-jarang.


Di dadanya tumbuh bulu-bulu yang halus, tengkuknya memanjang, berbentuk sederhana, berbadan besar lagi tegap, rata antara perutnya dan dadanya, luas dadanya, lebar antara kedua bahunya, tulang belakangnya besar, kulitnya bersih, antara dadanya dan pusatnya dipenuhi oleh bulu-bulu yang halus, pada kedua teteknya dan perutnya bersih dari bulu, sedang pada kedua lengannya dan bahunya dan di atas dadanya berbulu pula, lengannya panjang, telapak tangannya lebar, halus tulangnya, jari telapak kedua tangan dan kakinya tebal berisi daging, panjang ujung jarinya, rongga telapak kakinya tidak menyentuh tanah apabila beliau berjalan, dan telapak kakinya lembut serta licin tidak ada lipatan, tinggi seolah-olah air sedang memancar daripadanya, bila diangkat kakinya diangkatnya dengan lembut (tidak seperti jalannya orang menyombongkan diri), melangkah satu-satu dan perlahan-lahan, langkahnya panjang-panjang seperti orang yang melangkah atas jurang, bila menoleh dengan semua badannya, pandangannya sering ke bumi, kelihatan dia lebih banyak melihat ke arah bumi daripada melihat ke atas langit, jarang dia memerhatikan sesuatu dengan terlalu lama, selalu berjalan beriringan dengan sahabat-sahabatnya, selalu memulakan salam kepada siapa yang ditemuinya.


Kebiasaannya


Kataku pula: Sifatkanlah kepadaku mengenai kebiasaannya!
Jawab bapa saudaraku: Adalah Rasulullah SAW itu kelihatannya seperti orang yang selalu bersedih, senantiasa banyak berfikir, tidak pernah beristirehat panjang, tidak berbicara bila tidak ada keperluan, banyak diamnya, memulakan bicara dan menghabiskannya dengan sepenuh mulutnva, kata-katanya penuh mutiara mauti manikam, satu-satu kalimatnya, tidak berlebih-lebihan atau berkurang-kurangan, lemah lembut tidak terlalu kasar atau menghina diri, senantiasa membesarkan nikmat walaupun kecil, tidak pernah mencela nikmat apa pun atau terlalu memujinya, tiada seorang dapat meredakan marahnya, apabila sesuatu dari kebenaran dihinakan sehingga dia dapat membelanya.


Dalam riwayat lain, dikatakan bahawa dia tidak menjadi marah kerana sesuatu urusan dunia atau apa-apa yang bertalian dengannya, tetapi apabila dia melihat kebenaran itu dihinakan, tiada seorang yang dapat melebihi marahnya, sehingga dia dapat membela kerananya. Dia tidak pernah marah untuk dirinya, atau membela sesuatu untuk kepentingan dirinya, bila mengisyarat diisyaratkan dengan semua telapak tangannya, dan bila dia merasa takjub dibalikkan telapak tangannya, dan bila berbicara dikumpulkan tangannya dengan menumpukan telapak tangannya yang kanan pada ibu jari tangan kirinya, dan bila dia marah dia terus berpaling dari arah yang menyebabkan ia marah, dan bila dia gembira dipejamkan matanya, kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum, dan bila dia ketawa, dia ketawa seperti embun yang dingin.


Berkata Al-Hasan lagi: Semua sifat-sifat ini aku simpan dalam diriku lama juga. Kemudian aku berbicara mengenainya kepada Al-Husain bin Ali, dan aku dapati ianya sudah terlebih dahulu menanyakan bapa saudaraku tentang apa yang aku tanyakan itu. Dan dia juga telah menanyakan ayahku (Ali bin Abu Thalib ra.) tentang cara keluar beliau dan masuk beliau, tentang cara duduknya, malah tentang segala sesuatu mengenai Rasulullah SAW itu.


Keadaannya di rumah


Berkata Al-Hasan ra. lagi: Aku juga pernah menanyakan ayahku tentang masuknya Rasulullah SAW lalu dia menjawab: Masuknya ke dalam rumahnya bila sudah diizinkan khusus baginya, dan apabila dia berada di dalam rumahnya dibahagikan masanya tiga bahagian. Satu bahagian khusus untuk Allah ta’ala, satu bahagian untuk isteri-isterinya, dan satu bahagian lagi untuk dirinya sendiri. Kemudian dijadikan bahagian untuk dirinya itu terpenuh dengan urusan di antaranya dengan manusia, dihabiskan waktunya itu untuk melayani semua orang yang awam mahupun yang khusus, tiada seorang pun dibezakan dari yang lain. Di antara tabiatnya ketika melayani ummat, dia selalu memberikan perhatiannya kepada orang-orang yang terutama untuk dididiknya, dilayani mereka menurut kelebihan diri masing-masing dalam agama.


Ada yang keperluannya satu ada yang dua, dan ada yang lebih dari itu, maka dia akan duduk dengan mereka dan melayani semua urusan mereka yang berkaitan dengan diri mereka sendiri dan kepentingan ummat secara umum, cuba menunjuki mereka apa yang perlu dan memberitahu mereka apa yang patut dilakukan untuk kepentingan semua orang dengan mengingatkan pula: “Hendaklah siapa yang hadir menyampaikan kepada siapa yang tidak hadir. Jangan lupa menyampaikan kepadaku keperluan orang yang tidak dapat menyampaikannya sendiri, sebab sesiapa yang menyampaikan keperluan orang yang tidak dapat menyampaikan keperluannya sendiri kepada seorang penguasa, nescaya Allah SWT akan menetapkan kedua tumitnya di hari kiamat”, tiada disebutkan di situ hanya hal-hal yang seumpama itu saja. Dia tidak menerima dari bicara yang lain kecuali sesuatu untuk maslahat ummatnya. Mereka datang kepadanya sebagai orang-orang yang berziarah, namun mereka tiada meninggalkan tempat melainkan dengan berisi. Dalam riwayat lain mereka tiada berpisah melainkan sesudah mengumpul banyak faedah, dan mereka keluar dari majlisnya sebagai orang yang ahli dalam hal-ehwal agamanya.


Keadaannya di luar rumah


Berkata Al-Hasan r.a. lagi: Kemudian saya bertanya tentang keadaannya di luar, dan apa yang dibuatnya? Jawabnya: Adalah Rasulullah SAW ketika di luar, senantiasa mengunci lidahnya, kecuali jika memang ada kepentingan untuk ummatnya. Dia selalu beramah-tamah kepada mereka, dan tidak kasar dalam bicaranya. Dia senantiasa memuliakan ketua setiap suku dan kaum dan meletakkan masing-masing di tempatnya yang layak. Kadang-kadang dia mengingatkan orang ramai, tetapi dia senantiasa menjaga hati mereka agar tidak dinampakkan pada mereka selain mukanya yang manis dan akhlaknya yang mulia.

Dia selalu menanyakan sahabat-sahabatnya bila mereka tidak datang, dan selalu bertanyakan berita orang ramai dan apa yang ditanggunginya. Mana yang baik dipuji dan dianjurkan, dan mana yang buruk dicela dan dicegahkan. Dia senantiasa bersikap pertengahan dalam segala perkara, tidak banyak membantah, tidak pernah lalai supaya mereka juga tidak suka lalai atau menyeleweng, semua perkaranya baik dan terjaga, tidak pernah meremehkan atau menyeleweng dari kebenaran, orang-orang yang senantiasa mendampinginya ialah orang-orang paling baik kelakuannya, yang dipandang utama di sampingnya, yang paling banyak dapat memberi nasihat, yang paling tinggi kedudukannya, yang paling bersedia untuk berkorban dan membantu dalam apa keadaan sekalipun.


Majlisnya


Berkata Al-Hasan ra. lagi: Saya lalu bertanya pula tentang majlis Nabi SAW dan bagaimana caranya ? Jawabnya: Bahawa Rasulullah SAW tidak duduk dalam sesuatu majlis, atau bangun daripadanya, melainkan dia berzikir kepada Allah SWT Dia tidak pernah memilih tempat yang tertentu, dan melarang orang meminta ditempatkan di suatu tempat yang tertentu. Apabila dia sampai kepada sesuatu tempat, di situlah dia duduk sehingga selesai majlis itu dan dia menyuruh membuat seperti itu. Bila berhadapan dengan orang ramai diberikan pandangannya kepada semua orang dengan sama rata, sehingga orang-orang yang berada di majlisnya itu merasa tiada seorang pun yang diberikan penghormatan lebih darinya.


Bila ada orang yang datang kepadanya kerana sesuatu keperluan, atau sesuatu maslahat, dia terus melayaninya dengan penuh kesabaran hinggalah orang itu bangun dan kembali. Dia tidak pemah menghampakan orang yang meminta daripadanya sesuatu keperluan, jika ada diberikan kepadanya, dan jika tidak ada dijawabnya dengan kata-kata yang tidak mengecewakan hatinya. Budi pekertinya sangat baik, dan perilakunya sungguh bijak. Dia dianggap semua orang seperti ayah, dan mereka dipandang di sisinya semuanya sama dalam hal kebenaran , tidak berat sebelah. Majlisnya semuanya ramah-tamah, segan-silu, sabar menunggu, amanah, tidak pemah terdengar suara yang tinggi, tidak dibuat padanya segala yang dilarangi, tidak disebut yang jijik dan buruk, semua orang sama kecuali dengan kelebihan taqwa, semuanya merendah diri, yang tua dihormati yang muda, dan yang muda dirahmati yang tua, yang perlu selalu diutamakan, yang asing selalu didahulukan.


Ketika bersama sahabat-sahabatnya


Berkata Al-Hasan ra. lagi: Saya pun lalu menanyakan tentang kelakuan Rasulullah SAW pada orang-orang yang selalu duduk-duduk bersama-sama dengannya? Jawabnya: Adalah Rasulullah SAW selalu periang orangnya, pekertinya mudah dilayan, seialu berlemah-lembut, tidak keras atau bengis, tidak kasar atau suka berteriak-teriak, kata-katanya tidak kotor, tidak banyak bergurau atau beromong kosong segera melupakan apa yang tiada disukainya, tidak pernah mengecewakan orang yang berharap kepadanya, tidak suka menjadikan orang berputus asa. Sangat jelas dalam perilakunya tiga perkara yang berikut. Dia tidak suka mencela orang dan memburukkannya. Dia tidak suka mencari-cari keaiban orang dan tidak berbicara mengenai seseorang kecuali yang mendatangkan faedah dan menghasilkan pahala.


Apabila dia berbicara, semua orang yang berada dalam majlisnya memerhatikannya dengan tekun seolah-olah burung sedang tertengger di atas kepala mereka. Bila dia berhenti berbicara, mereka baru mula berbicara, dan bila dia berbicara pula, semua mereka berdiam seribu bahasa. Mereka tidak pernah bertengkar di hadapannya. Dia tertawa bila dilihatnya mereka tertawa, dan dia merasa takjub bila mereka merasa takjub. Dia selalu bersabar bila didatangi orang badwi yang seringkali bersifat kasar dan suka mendesak ketika meminta sesuatu daripadanya tanpa mahu mengalah atau menunggu, sehingga terkadang para sahabatnya merasa jengkel dan kurang senang, tetapi dia tetap menyabarkan mereka dengan berkata: “Jika kamu dapati seseorang yang perlu datang, hendaklah kamu menolongnya dan jangan mengherdiknya!”. Dia juga tidak mengharapkan pujian daripada siapa yang ditolongnya, dan kalau mereka mahu memujinya pun, dia tidak menggalakkan untuk berbuat begitu. Dia tidak pernah memotong bicara sesiapa pun sehingga orang itu habis berbicara, lalu barulah dia berbicara, atau dia menjauh dari tempat itu.


Ketika diamnya


Berkata Al-Hasan r.a. lagi: Saya pun menanyakan pula tentang diamnya, bagaimana pula keadaannya? Jawabnya: Diam Rasulullah SAW bergantung kepada mempertimbangkan empat hal, iaitu: Kerana adab sopan santun, kerana berhati-hati, kerana mempertimbangkan sesuatu di antara manusia, dan kerana bertafakkur. Adapun sebab pertimbangannya ialah kerana persamaannya dalam pandangan dan pendengaran di antara manusia. Adapun tentang tafakkurnya ialah pada apa yang kekal dan yang binasa. Dan terkumpul pula dalam peribadinya sifat-sifat kesantunan dan kesabaran.


Tidak ada sesuatu yang boleh menyebabkan dia menjadi marah, ataupun menjadikannya membenci. Dan terkumpul dalam peribadinya sifat berhati-hati dalam empat perkara, iaitu: Suka membuat yang baik-baik dan melaksanakannya untuk kepentingan ummat dalam hal-ehwal mereka yang berkaitan dengan dunia mahupun akhirat, agar dapat dicontohi oleh yang lain. Dia meninggalkan yang buruk, agar dijauhi dan tidak dibuat oleh yang lain. Bersungguh-sungguh mencari jalan yang baik untuk maslahat ummatnya, dan melakukan apa yang dapat mendatangkan manfaat buat ummatnya, baik buat dunia ataupun buat akhirat.


(Nukilan Thabarani- Majma'uz-Zawa'id 8:275)


ALLAHUMMA SOLLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD.Wallahu'alam.


p/s- entry lama yang berkaitan
sila klik
1) selamat-menyambut-maulidur-rasul
2) buah-tangan-lagi

08 September 2009

fasa pertengahan ramadhan..fasa pengampunan dosa..

Assalamualaikum wbt.
apa kabar pembaca LKH? harap semua dalam keadaan sihat hendaknya insyaAllah..

bagaimana sambutan merdeka di kawasan anda?
adakah suasananya penuh rasa kesyukuran atau sebaliknya?
sama2 kita telitikan..adakah jiwa kita merdeka? merdeka dari anasir penjajah..?
atau kita masih lagi terikut-ikut dengan budaya penjajah...masih lagi mengagung-agungkan budaya penjajah dari budaya islam..atau kita sudah mempunyai jati diri seorang melayu yg muslim..

apa yg pasti..saya telah melihat sambutan merdeka di suatu kawasan di atas muka bumi Allah ni. di suatu kawasan yg suasananya.. masyaAllah.. budaya couple berdating di malam merdeka.. (pastu kondom bersepah2..ni kt kwsn yg plg famous..sume tahu kn..tp yg sy gi ni kwsn yg x famous mn..) .. lagu "shuffle" bergema bagai nak pecah telinga.. (hiburan melampau2) bunyi mercun tak payah nak cakap la kan.. jika terbom 1 kawasan hah .. sume jadi mayat tak pasal2.. bala ..bala.. (hindarkan kami dari bala ya Allah..yg x insaf lagi tak payah doa byk2 andai diri pengundang bala..cek balik diri kita..kita ni pengundang bala ke.. jika bala menimpa tiada sapayg terkecuali walaupun tok imam sebelah rumah.. )

inikah kesyukuran merdeka kita...? mereka tu bukan non-muslim..ramai MELAYU muslim..
sedih .. kesian melihat mereka yg jahil... takut pada Allah.. perasaan yg bercampur baur..
apakah peranan kita..melihat sahajakah.. membiarkan sahajakah.. di sinilah kepentingan amar makruf nahi mungkar... tanggungjawab bersama dlm menyedarkan ummah.. paling mudah adalah nasihatkan adik2 kita...ada je yg 14 tahun dah berdua2an pada mlm merdeka..

mdpt pluang turun padang bsama2 dgn shbt2 yg lain tidak kupersiakan..
alhamdulillah Allah berikan kesempatan merasai suasana yg x pernah di alami sebelum ni..
sbelum ni hanya menegur dalam hati..tetapi dlm keramaian aku dpt semangat tuk berdepan bercakap menegur dengan perbuatan.. itulah sekuat2 iman.. (ada hadith yg lebih kurang begini maksudnya : hendaklah kamu mencegah kemungkaran dgn perbuatan, jika tidak dgn lisan, jika tidak dgn hati, itulah selemah2 iman)

pergi menghampiri adik..

sambil menyapa dgn penuh kasih syg..

salam,,tgn dihulur... bahu di pegang..senyuman plg manis diberikan..

adik nama sapa?

asal mn..?

umur bp?..

btpe kt sni?..

tentu mak ayah
risau adik kt rumah..dh lewat mlm ni.. tak elok adik2 berdua dlm gelap2 begini..(sambil tangan usap2 belakang adik tu..ikut la lau kita perempuan kita pegangla bahu adik perempuan...jgn tsilap pegg bahu adik lelaki sudah..)

kita doakan moga Allah buka pintu hati adik tu..supaya dengan sapaan kita menyedarkan dia..
anggap adik tu adik kita..saudara kita... kesian kt mreka.. jd marilah kita sama2 mjlnkn tggujwb kita.. bygkn jika diri kita melakukan kesalahan,.. tiada siapa yg sudi menegur kita Allahuakhbar.. leka kita dlm keseorangan.. jahil kita tanpa sapa yg sudi memberi ilmu.. (ilmu byk2 simpan sorang2 tiadaguna.Allah beri ilmu untuk kita manfaatkan.. kebaikkan yg Allah berikan pd kita untuk kita gunakan kpd kebaikkan.. kebaikan di atas kebaikkan..)

sedikit renungan sy coretkn buat diri
dan buat tatapan
insan yg punyai naluri hati..
mari bersama kita jlnkan tguggjwb dakwah
belum cuba belum tahu
dah cuba insyaAllah keimanan semakin naik
mata semakin celik..
baru kini mataku pedih melihat muslimah yg tidak menutup aurat
apatah lagi yg menjolok mata..
makin besar rasa tggungjwb pd ummah..

bila ulamak diketepi-ketepikan..
artis disanjung-sanjungkan..
hiburan melampau semakin menjadi-jadikan..
hari kiamat dijemput-jemputkan..
tanda kiamat semakin hampir..

ramadhan bulan pembaikan diri..
perginya
yg semakin meninggalkan kita
tanpa mengambil peluangnya
rugilah kita..

moga istiqamah ke bulan seterusnya..

p/s: merdeka dlm ramadhan..ada lagi yg x mhormati kemuliaan ramadhan..sama2 la kita beringat.. ada pula di siang hari berdating,..bersentuhan pula.. habis pahala puasa.. bila orang ramai pandang buat tak tahu je.. bila orang ramai pandang tandanya x senang atau teguran melalui mata....tolong la faham wahai abang2 akak2 adik2 yg sedang masyuk dibuai nafsu..syaitan dh kne ikat..yg ada nafsu je.. bulan puasa,bulan nak melihat nafsu kita yg sebenar..


Al-Hadith : Bukan Roadtax Sahaja Yang Kena Renew.

Daripada Abu Hurairah r.a., berkata Rasulullah s.a.w. bersabda, "Perbaharui iman kamu semua." Beliau ditanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana kami memperbaharui iman kami?" Beliau bersabda, "Perbanyakkan kamu semua mengucap "Laa ilaaha illallaah" (tiada tuhan melainkan Allah)"(Riwayat Ahmad dan Thabrani di dalam At Targhib, isnad Ahmad adalah hassan)


Al-Hadith : Zikir Terbaik

Jabir Bin Abdullah r.a. berkata, bahwa dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersanda, "Zikir yang terbaik adalah "Laa ilaaha illallaah" dan doa yang terbaik adalah "Alhamdulillah" .
(Riwayat Tirmizi, katanya hadith ini hassan gharib)

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidaklah seorang hamba Allah mengucapkan kalimat "Laa ilaaha illallaah" dengan ikhlas melainkan dibukakan baginya pintu-pintu langit sehingga kalimat itu sampai ke Arsy Illahi, selama ia meninggalkan dosa-dosa besar."(Riwayat Tirmizi, katanya hadith ini hassan gharib)



Al-Hadith : Diantara Amalan Yang Terbaik

Dari Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash r.a. bahawasanya ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: "Manakah amalan Islam yang terbaik?" Beliau menjawab: "Iaitu engkau memberikan makanan dan engkau mengucapkan salam kepada orang yang sudah engkau kenal dan orang yang belum engkau kenal." (Muttafaq 'alaih)



Al-Hadith : Jika Terlupa Membaca Doa Makan

Daripada Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:"Apabila seseorang daripada kamu makan, maka hendaklah menyebutkan nama Allah Ta'ala (yakni mengucapkan Bismillah). Jikalau ia terlupa menyebutkan nama Allah Ta'ala pada permulaan makannya itu, maka hendaklah mengucapkan: "Bismillahi awwalahu wa akhirahu," ertinya: Dengan nama Allah pada permulaan makan dan pada penghabisannya.Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dan Imam Tirmidzi dan Tirmidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.



Al-Hadith : 7 Perkara Yang Disuruh

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah." (Muttafaq 'alaih) Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.



Al-Hadith : Jika Saudara Beriman Kepada Allah Dan Hari Akhirat

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah memuliakan tetamunya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah mempereratkan hubungan kekeluargaannya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah mengucapkan yang baik ataupun berdiam diri saja." (Muttafaq 'alaih)