Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

20 October 2008

Fw: Fwd: Fw: Pengesahan jakim

npasteKawan2.. tolonglah alertkan rakan Muslim anda sbb ini urusan dia dgn Allah:

Reply from JAKIM :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM : 1)McDonald 2) A&W 3) Secret

Recipe Restoran/syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal : 1) Victoria Station 2)Kam Lun Tai 3) Lotus Family

Restoran Restoran/syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM : 1) San Francisco Steakhouse 2)Chicken Rice shop 3)Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat. KG Pastry atau Noraini's Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarikbalik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah S/B, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM ......

3. Assalamualaikum Terima Kasih Pada yang bertanya, Mewarnakan rambut dr segi hukum syarak terbagi kepada :
1.Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam.Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja.
2.Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
3.Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
4.Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
5.Harus mewarnakan rambut dengan izin Suami.

Dari segi ingredient pewarna rambut yg ada dipasaran terbahagi kepada 2 j eni s yang mana kedua-duanya dalah halal dari segi bahan kandun gan . Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut menyerap air atau tidak ??

Pewarna rambut yang dipasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian j eni s yang Semi-Pamenent Dye adalah j eni s yang tidak menyerap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang islam.Begitu juga sebaliknya.

JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ianya di kilangkan di luar negara. Utk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal utk produk yang diproses di malaysia sahaja Wassalam

4.... Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar den gan JAKIM adalah syarikat Upha , kebanyakan supplement food dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray,Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak..
Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan islam dinegara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM , maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan di restoran ini.

6.. Soalan : Saya ingin tahu samada semua stall di foodcourt Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yg membezakan gerai yg halal den gan yg tidak halal. saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan's, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri's Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne's Pretzels,Cinnabon, Al-Mar jan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean's Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.
Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker's Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King's Confectinery telah mendapat pengesahan halal JAKIM, Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka den gan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual..

10. pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan/produk di tempat tersebut.

waallahua'lam

15 October 2008

diet oh diet

mase nak balik kampus hr tu..saye tengah iron baju..buke radio..saye ingat itu radio ikim..tp last2 bukan.kat channel tu (x ingat channel radio ape) saye dengar tentang menjaga diet pemakanan..oleh pakar pemakanan yg ditemuramah oleh d.j radio. selama ini saye makan melantak je..badan ni pun naik 2kg dari bulan januari lalu.tapi lepas dengar pakar pemakanan tu cakap penuh terperinci macam udang bape banyak kalori dia,ikan bape banyak kalori dia..nasi bape banyak pule..penting seseorang tu tahu mengukur kalori yang diambilnya dalam sehari bagi menjage kesihatannya.saye pun tetanye2 ape tu kalori? same ke dengan lemak? walaupun saye pelajar sains..tapi keliru gak huhu..

Apa itu kalori

Posted by tiey on Feb-3-2008

Kalori merupakan satu unit tenaga dan kita boleh mengaitkan kalori dengan makanan tetapi ia juga berkait dengan apa saja yang mengandungi tenaga, misalnya 4 liter petrol mengandungi kira-kira 31,000,000 kalori.

Secara spesifik, kalori merupakan kandungan tenaga atau haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu satu gram air sebanyak satu darjah celcius(C).

Ramai orang berfikir kalori hanya berkaitan dengan makanan misalnya satu tin minuman berkarbonat mengandungi 200 kalori, sebenarnya kalori dalam makanan adalah kilokalori (1000 kalori = 1 kilokalori).

Satu kalori dalam makanan mengandungi 4184 J. Oleh itu satu tin minuman berkarbonat mengandungi 200 kalori makanan atau 200,000 kalori atau 200 kilokalori.

Ini juga sama semasa bersenam dimana jadual kecergasan mengatakan anda membakar 100 cal setiap kilometer berjalan bermakna 100 kcal.

Terdapat 3 kelas makanan utama dalam makanan kita. Mereka ialah karbohidrat, lemak dan protein. Ketiga-tiganya mempunyai “nilai kalori”(kandungan tenaga) tertentu seperti jadual berikut.

KELAS MAKANANNILAI KALORI
(kcal)
SUMBER
Karbohidrat4nasi
Lemak9minyak masak
protein4ikan dan daging

Setiap individu memerlukan kalori yang berbeza. Ini bergantung kepada jantina, saiz badan, umur, aktiviti dan iklim. Golongan lelaki memerlukan lebih kalori kerana mereka lebih aktif. Saiz badan yang besar juga memerlukan kalori yang tinggi kerana ia mengandungi sel yang lebih banyak. Golongan kanak-kanak dan remaja yang sedang tumbuh pesat juga memerlukan lebih kalori kerana metabolisme (keperluan tenaga asas) mereka tinggi. Pekerja atau ahli sukan memerlukan kalori tinggi untuk menampung aktiviti yang cergas. Jika kita tinggal di tempat yang sejuk, kita juga memerlukan kalori yang lebih. Ini perlu untuk menggantikan haba yang hilang.

Apabila seseorang mengambil kalori yang tinggi atau terlampau rendah, maka berlakulah masalah kesihatan. Jadual berikut menyenaraikan beberapa contoh masalah kesihatan itu.

MASALAH KESIHATANPUNCAGEJALACARA MENCEGAHCARA MERAWAT
MalnutrisiKekurangan kaloriSangat kurus dan tidak bertenagaMakan makanan seimbang dan mencukupiMemberi zat tambahan
AnoreksiaTabiat tidak mahu makan kerana ingin menguruskan badanTerlalu kurusPendidikanKaunseling
KegendutanPengambilan kalori berlebihanKelihatan terlalu gemuk, pengumpulan lemak di bawah kulitMengawal pengambilan makananBersenam atau mengambil ubat dari doktor
Penyakit Jantung dan Tekanan Darah TinggiMakan makanan berlemak berlebihanSerangan penyakit jantung dan cepat letih apabila melakukan aktiviti fizikalMengurangkan makanan berlemakPembedahan dan pengambilan ubat

Orang dewasa perlu menentukan pengambilan dan penggunaan tenaga yang seimbang untuk mengawal dan menetapkan berat badan. Sekiranya kita mengambil lebih kalori dari yang diperlukan, badan akan menyimpan lebihan kalori tersebut sebagai lemak di dalam hati dan di bawah kulit serta dalam bentuk glikogen di otot-otot.

Lemak simpanan ini akan digunakan jika lapar berlaku untuk memberi tenaga. Bagi setiap 3,500 kalori yang disimpan, berat badan akan naik lebih kurang 1 lb(450 gram). Oleh yang demikian, sekiranya seseorang itu mengguna lebih tenaga dari yang dibekal, berat badan boleh dikurangkan. Walau bagaimana pun, bilangan kalori yang perlu bagi mengekalkan berat badan bergantung kepada umur, saiz, cara hidup (terutama senaman dll), komposisi badan dan keturunan.


Imbangan Kalori dan Berat Badan

Posted by tiey on Feb-5-2008

Orang dewasa perlu menentukan pengambilan dan penggunaan tenaga seimbang untuk mengawal dan menetapkan berat badan. Sekiranya kita mengambil lebih tenaga dari yang diperlukan, badan akan menyimpan lebihan sebagai lemak di dalam hati dan otot-otot dalam bentuk glykogen dan di bawah kulit dalam bentuk lemak. (Jika kelaparan berlaku, kita boleh berfungsi dengan menggunakan simpanan lemak ini). Bagi setiap 3,500 kalori yang disimpan, berat badan akan naik lebih kurang 1 lb (450 gram). Bersamaan ini, jika mengguna lebih tenaga dari yang dibekal, berat badan boleh dikurangkan. Walaubagaimanapun, bilangan kalori yang perlu bagi mengekal berat badan bergantung kepada umur, saiz, cara hidup (terutama senaman dll), komposisi badan dan keturunan.

Jadual Keperluan Kalori Harian Mengikut Status Aktiviti dan Berat Badan
(Kalori bagi Setiap Kilogram Berat Badan)

Kategori Berat Badan

Aktiviti

Aktiviti Ringan

Sederhana Aktif

Sangat Aktif (Berat)

Berlebihan Berat Badan

20 - 25

30

35

Berat Normal

30

35

40

Kurang Berat Badan

35

40

45 - 50

Ringan : kerja pejabat/suri rumah kerjatangan
Sederhana : guru/jururawat
Sangat aktif (Berat) : buruh binaan/ahli sukan



Umur(tahun)

Berat(Kg)

Keperluan Tenaga/Kalori

Remaja lelaki
Remaja perempuan

10 - 19
10 - 19


2600 - 2580
2300 - 2100

Dewasa lelaki
(Sederhana aktif)

20 - 39
40 - 49
50 - 59
> 60

55
55
55
55

2530
2400
2280
2020

Dewasa Perempuan
(Sederhana aktif)

20 - 39
40 - 49
50 - 59
> 60

50
50
50
50

2000
1900
1800
1600

Perempuan Mengandung

1 trimester
2 - 3 trimester


+150
+350

Perempuan Menyusu



+550

sumber : http://jusdietmate5.com/blog/page/3/

07 October 2008

betul ke ni? mesej forward kat frenster ni.sape penah jumpe air tin ni? any comment??

FW: BAHAYA!!! anda mungkin telah minum CARLSBERG!!

Message: ----------------------------------

Original message from JEBAT:

Original message from KoNi:

Carlsberg baru sahaja mengeluarkan dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE. Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc. Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut. HARAP SEBARKAN MAKLUMAT INI UNTUK KEBAIKAN SEMUA UMAT ISLAM.....
JANGAN LUPA SEBARKAN X G2 ANDA AKAN DOSA SEUMUR HIDUP KERANA MENDAPAT INFO TAPI X SEBARKAN....