Showing posts with label bala H1N1- mari kembali pada Allah. Show all posts
Showing posts with label bala H1N1- mari kembali pada Allah. Show all posts

29 April 2010

Kiamat besar & Kiamat Kecil Datang Tiba-tiba

Kiamat Besar & Kiamat Kecil Datang Tiba-Tiba
www.iluvislam.com
Ustaz Zaharuddin*
Editor: Lailatulema

Pesanan editor: Berikutan pelbagai bencana alam yang berlaku akhir-akhir ini membuatkan saya berfikir berkenaan tanda-tanda kiamat yang dikhabarkan oleh Rasululllah saw dan seperti yang termaktub dalam Al-Quran. Apakah kita masih berlengah dan leka dengan dunia? Marilah wahai sahabat, kita selami artikel tulisan Ustaz Zaharuddin ini.

Kiamat besar disebutkan oleh Allah akan datang secara tiba-tiba, tanpa dapat diramal secara tepat oleh manusia. Nabi Muhammad hanya diberikan oleh Allah ilmu berkenaan tanda-tanda hampirnya sahaja. Tiada siapa yang mampu meneka tarikh tepatnya, sama ada tahun atau bulannya.

Sesiapa yang cuba mengira-ngira sama ada berdasarkan jumlah dan ayat al-Quran dan sebagainya, ia sebenarnya sedang melakukan kekarutan dan menyeleweng dari jalan yang benar.

فَهَلْ يَنظُرُونَ إِلَّا السَّاعَةَ أَن تَأْتِيَهُم بَغْتَةً فَقَدْ جَاء أَشْرَاطُهَا فَأَنَّى لَهُمْ إِذَا جَاءتْهُمْ ذِكْرَاهُمْ

Ertinya : Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat (iaitu) kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, kerana sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila hari kiamat sudah datang? ( Surah Muhammad : 18)

Itu perihal kiamat besar, namun disampingnya ada kiamat kecil, iaitu kematian yang sentiasa basah di bibir Rasulullah mengingatkan umat dan sahabatnya. Kiamat kecil ini juga kerap datang secara tiba-tiba, sehingga kata orang ia datang "tanpa seorang itu mampu atau sempat bersedia".

Hakikatnya itu tidak benar, sebenarnya Allah mendatangkan kematian setelah kita semua diberikan masa dan infra secukupnya untuk bersedia. Cuma kita yang terlalu lalai dan terhijab dek kerana kecantikan dan kenikmatan sementara yang wujud di atas dunia ini.

Saya suka berkongsi tiga video melalui entry ini. Satu darinya telah saya kongsikan di facebook saya, namun bagi meluaskan lagi jangkauan kebaikan yang boleh diperolehi dari video ini, saya muatkan ia di web ini. Sebuah video yang saya tonton berkali-kali, dan sebuah video yang mampu mengalirkan air mata.

Video ini memperlihatkan seorang yang dijemput kematian ketika betul-betul sesudah solat. Betapa kita tidak dapat menjangka bila nyawa akan ditarik. Setiap organ yang berfungsi di dalam tubuh kita adalah dengan izin dan kuasa Allah, kita tidak mampu mengawalnya. Kita tidak tahu, bila tiba-tiba ia jammed. Terhentinya ia beberapa minit cukup untuk menamatkan umur kita di atas dunia. Ia bukan seperti enjin kereta yang boleh ditangguh-tangguh untuk memulihkannya.


Kekaguman saya kepada individu ini bertambah apabila keadaan kematian yang begitu baik ( pada hari Jumaat 1 Jan 2010 adalah hari Jumaat dan beliau datang awal ke masjid) di sebarluaskan oleh ramai, malah dengan izin Allah, mampu menyedarkan dan menginsafkan ramai yang menontonnya. Ketika itu, terfikir bahawa kematiannya juga adalah sebuah dakwah yang hebat.

Setiap aliran darah, denyutan jantung, fungsinya hati, usus dan sebagainya, semua dikawal oleh kuasa Allah ta'ala. Bukan hanya apa yang di dalam tubuh malah juga semua yang diluarnya, Lihat video ini bagaimana secara tiba-tiba tiang boleh jatuh dan menimpa pejalan kaki.


Mungkin ada yang terfikir, seorang ahli sukan yang ‘fit' cergas dan sihat, mungkin tidak akan menerima serangan jantung, namun cuba lihat apa yang terjadi kepada pemain bolasepak Hungary ini . Selepas memberikan senyuman kepada pengadil yang memberikannya kad kuning dan terus...


LUPA

Ramai yang terlupa di akhirat sana, nikmat yang maha besar sedang menunggu bagi sesiapa yang bersedia dan sentiasa menambah persediaan dan bekalannya. Nikmat Syurga tidak mampu sama sekali digambar, sebagaimana pereka cipta kereta Ford di awal rekaannya tidak akan mampu sama sekali terbayang kereta Ferrari di zaman ini. Jika diandaikan seorang dari kita tiba-tiba melayang ke masa silam dan cuba menerangkan perihal bentuk dan enjin Ferrari, bentuk dan fungsi i-phone dan i-pad ,tentunya tiada siapa yang berada di zaman itu boleh membayangkannya.

Begitulah kenikmatan akhirat yang disebut oleh Nabi dari Allah ta'ala :

أعددت لعبادي الصالحين ما لا عين رأت ، ولا أذن سمعت ، ولا خَطَرَ على قلب بشر

Ertinya : Aku menyediakan bagi hambaku yang soleh (syurga) yang tiada mata yang telah pernah melihatnya (tidak mampu tergambar), dan tidak pernah didengari (kenikmatannya) oleh telinga dan tidak mampu terlintas (tahap kenikmatannya) oleh hati manusia. ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Manakala dalam catatan Imam Ahmad

إنه من يدخل الجنة ينعم ولا يبأس، لا تبلى ثيابه، ولا يفنى شبابه، في الجنة ما لا عين رأت، ولا أذن سمعت، ولا خطر على قلب بشر

Ertinya: Sesungguhnya sesiapa yang memasuki Syurga Allah akan dikurniakan nikmat yang tidak akan jemu, tidak binasa pakaiannya, tidak hilang kepemudaan/pemudiannya, apa yang di dalam Syurga, sesuatu yang mata tidak mampu tergambarnya, dan tidak pernah didengari (kenikmatannya) oleh telinga dan tidak mampu terlintas (tahap kenikmatannya) oleh hati manusia. (Riwayat Ahmad)

Para ulama menghuraikan, perihal Nabi Adam yang pernah mendiami Syurga tidak sama sekali bertembung dengan hadis ini kerana syurga itu sentiasa berubah-ubah nikmatnya dan tidak akan sama sekali membosankan. Luasnya tidak tercapai oleh bayangan aqal manusia. Menurut hadis, individu yang menerima syurga paling terbawah pun besarnya adalah beberapa kali ganda dunia hari ini, apatah lagi yang lainnya. Justeru itu, apa yang dilihat oleh nabi Adam, dengan mudah sekali bagi Allah mengubahkan kepada apa yang dikehendakiNya.

Akhirnya sekali, ingatlah pesan dan teguran Imam Hasan Al-basri:

ما رأيت يقينًا لا شك فيه أشبه من شك لا يقين فيه من الموت

Ertinya : Tidaklah aku melihat satu perkara yang amat pasti (yakin) serta tiada keraguan padanya akan datang tetapi diperlakukan seperti suatu perkara yang tidak pasti hadirnya, (seolah tidak yakin kewujudannya) lebih dari perihal kematian.

Sama-samalah kita berdoa agar sewaktu nyawa kita ditarik kita berada di dalam keadaan yang baik di sisi manusia, amat baik di sisi Allah. Janganlah dimatikan kita sewaktu terlanjur melakukan maksiat.

*Ustaz Zaharuddin aktif menulis di blog beliau, http://www.zaharuddin.net/content/view/929/72/

13 March 2010

Teks Mufti Perak Menghadap Sultan Perak : Ambil perhatian dan sebarkan

Assalamualaikum. Untuk di munafaatkan bersama.

Teks Mufti Perak Menghadap Sultan Perak

Maksud Hadith Rasulullah S.A.W. : "Mereka yang tidak memikirkan masalah umatku BUKAN daripada kalangan umat".

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

HARI
Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui enam peguam dan beberapa
pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan
orang Islam di negara ini.

Taklimat berlangsung selama empat
jam setengah. Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak
untuk menyembah taklimat. Kemudian menyembahkan taklimat yang hampir
sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya memberi taklimat mengenai
bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini.

Bencana umat Islam

Waktu
ini ada kes Lina Joy (Azlina binti Jelani) yang sedang menunggu
keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India
beragama Kristian.. Dia memohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar
kepada Lina Joy dan agama dipadamkan daripada MyKad beliau tetapi
Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada
perintah daripada Mahkamah Syariah... Lan taran itu, beliau telah
mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan
Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia
berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess
and practice his religion).

Kes
ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu Ketua Hakim
Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian.
Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur. Ia
membawa implikasi:
i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.
ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai..
iii)
Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak lagi
kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya.
Itulah akibatnya.

Malangnya
orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan itu.
Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan Sokongan. Majlis
Agama pun dilihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati daripada
Islam tiada. Ini berbeza daripada kalangan bukan Islam. Hatta ,
peguam/pemerhati daripada Kedutaan Kanada , Australia dan Amerika
Syarikat pun sanggup datang.

Bahkan, peguam-peguam pemerhati
ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku.
Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersentak setelah saya melaporkan perkara
ini.

Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan
Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa. Tunggu keputusan saja.
Inilah keadaan yang telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk.

Gerakan Kristian dan Hinduisme

Orang
Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di
Singapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja orang
Melayu di Kuala Lumpur. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah
hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya
mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda
Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini.

Saya
telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya
dicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Orang Islam yang
memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. (Sumber :
jangkaan Persatuan India Muslim). Bahkan mengikut laporan pihak polis,
belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan
sudah ada 13,000 hingga 14,000.. Orang yang ikut Ayah Pin yang
mempercayai "Ayah Pin itu Tuhan" adalah 14,000 orang. Ini yang
menjadikan saya lantang.

Majlis Raja-Raja Bangkitkan:

1) Apa peranan masjid.
2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.
3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang. . .

Peguam
Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah
paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di
pintu gereja. Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional
sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis,
mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka
bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan.
Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional.

Di Uzbekistan dan China , walaupun 70 tahun ditekan, mereka
masih kuat. Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan
penyebaran salam dan kuatkan silaturrahim di samping membaca ayat-ayat
suci Al-Quran di dinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa
Arab. Itu ketika Komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat
bertahan.

Serangan aqidah di Malaysia

Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat.

Serangan pemikiran.

1)
Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun
mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam.
Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam.
Mereka juga wujudkan fakulti-fakulti Islam di universiti Mereka.

2)
Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran
Islam liberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang daripada
sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam
diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza
sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi.. Tegas mereka, kitab-kitab
suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan
semula. Dalam kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima
oleh para paderi Kristian. Ini yang menjadikan Kristian berpecah kepada
berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian daripada mazhab Roman
Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula
yang dibawa ke dalam dunia Islam.

Islam
liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia .. Mereka menguasai
universiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS
dengan berbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian
Islam di universiti-universi ti di Indonesia sudah tidak ada lagi
penuntut. Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki
sesama lelaki itu sah. Faraid dan Hudud sudah tidak relevan dan harus
dibuang. Ini pun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama
Indonesia .. Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori
oleh intelektual.

Sekarang, di Malaysia pun sudah
terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini
biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam akhbar-akhbar berbahasa
Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu. Kini,
Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform dengan ditukar
namanya kepada Hussin Ab. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi
tempat semula untuk menulis dalam Al Islam.

Keputusan
kes pakai serban Ini ada laporannya dalam semua akhbar. Bagaimana 3
murid Islam memakai serban di sekolah telah diberhentikan dan kes
mereka pula kalah di mahkamah. Sedang penganut agama lain kenapa bebas
memakai serban dan mengamal agama mereka ? Ini satu penghinaan yang
sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya.

Allah
jadikan sembahyang berjemaah lima waktu. Ini bertujuan untuk melahirkan
ukhwah. Hikmahnya cukup besar. Seorang orientalis buat kajian kenapa
ada rakaat-rakaat dalam sembahyang.. . Orientalis yang akhirnya masuk
Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu
dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani. Untuk itu, kita
perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat
buat tokong Hindu. Di Perak misalnya, ada 2,000 tokong Hindu sedangkan
masjid cuma 560 buah sahaja. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan
keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang diHindukan.. Kini,
Filem-filem Bollywood juga digunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di
seluruh dunia.

Harap kepada siapa?

Kita
tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa JAKIM, Jabatan Agama atau
pihak kerajaan untuk melindungi kita. Allah tidak amanahkan Islam,
al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada
setiap individu Muslim.

Allah S.W.T berfirman:
"Kami wariskan al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan)."

Peringatan-peringat an Daripada Allah S.W.T.
Tsunami,
gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan. Kenapa di
Acheh dan Bangladesh ? Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat,
tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain.. Bagaimanapun, pada
malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di
pantai yang berdekatan.

Demikian, sedikit ringkasan.. Wallahu a'lam

Dato' Harussani Bin Zakaria
Mufti DiRaja Negeri Perak

Jika
anda masih seorang Islam tolong sampaikan kepada seramai umat Islam
demi kepentingan Islam dan survival generasi akan datang..

19 August 2009

heboh H1N1 situ sana sini. dah pakai topeng belum???

langkah paling mudah dan paling bahaya sebenarnye lau amek remeh..

iaitu pakailah mask also known as topeng tutup hidung dan mulut ketika berada di luar.

semalam 64 kes kematian di malaysia.
harini? tak tahu lum bc news paper lg.
dan anggaran dlm masa 3 tahun akan mengalami 5 ribu kematian di malaysia.
jd sy sebagai penghuni bumi malaysia menyarankan anda pakai lah topeng.. (lau boleh 1 malaysia nk war2kan saranan ni,tlg sampaikan pada yg lain ye ahli kluarga kita khususnya dan sume la)
nak kne jangkit? ingat jgkitan paling mudah melalui udara..dlm bas,lif..batuk, bersin free2 je depan muke..
rimas? rimas tu memg la tp bl dh biase ok je
xde duit? rm1 tuk 1 topeng baloi kot tuk protect nyawa kita..
even 1 juta pon tetap baloi tuk nyawa..
malu? sume org dh mula pakai..
nak kena denda? news paper smalam mengistiharkan denda rm10 ribu akan dikenakan pd sape yg ade symptom ILI tp tak nak pakai topeng..memudaratkan org ln..saman2x.
pesanan penaja : elakkn berada ditempat rmi org (elak makan kt kedai, bli mknn bungkus bwk balik) .. dan basuh tgn selalu..
selain tu boleh kita amalkan ayat2 yg dikongsikan oleh saudara muslim yg ln..boleh cr kt blog2 atau intenet,mjlh2 dan apepun sumber.
moga kita selamat dr wbk. amiin.. jg kesihatan masing2 ye..

10 August 2009

FW : BALA H1N1 : Mesej dari seorang doktor untuk difikirkan bersama.

assalamualaikum wbt.
baik orang mukmin atau sesiapa..semua sekali akan merasai apabila Allah menurunkan bala.
sama-samalah kita muhasabah dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.
sama-samalah kita saling mengingati dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan mencegah kemungkaran.

sedikit perkongsian dari seorang teman nurse mengenai wabak h1n1 yg semakin meningkat sekarang,klik > http://tintasalsabila.blogspot.com/2009/08/h1n1-mesej-dari-seorang-doktor-untuk.html

related post : klik> http://hidayahlela.blogspot.com/2009/05/babi-mengganas.html

02 May 2009

"BAB-1 MENGGANAS"

Muktakhir ini,kita sering mendengar khabaran mengenai wabak selesema Babi (H1N1) yang semakin menular di seluruh pelusok dunia.Virus ini mula memperkenalkan dirinya di Mexico dan mula mengganas dengan meragut nyawa 149 orang.Tidak cukup dengan itu,wabak ini telah mula melebarkan empayarnya di negara-negara yang berdekatan.Antara negara yang terkena tempias ialah Amerika,Scotland,New Zealand dan beberapa negara lain.Berita melaporkan sebanyak 10 orang di dua Negara tersebut menjadi mangsa keganasan wabak babi.Selain itu,Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan itu berpotensi untuk menjadikan pusat ‘pandemik’ atau wabak yang akan merebak di seluruh dunia.


Apakah itu Selesema Babi (H1N1)?


Ia adalah penyakit sistem pernafasan akut yang biasanya menjangkiti babi.Ia tersebar menerusi partikel kecil dalam udara atau sentuhan langsung.Pakar bimbang,lebih banyak ia tersebar,ia akan menjadi lebih mudah berjangkit namun tiada cara untuk meramalkan bila ia berlaku.
Langkah percegahan ialah:


-membasuh tangan dengan kerap
-duduk pada jarak selamat daripada mereka yang dijangkiti.


Bagi penduduk Malaysia,orang ramai diminta segera berjumpa doktor jika ada symptom batuk,demam dan sakit badan. Selain itu,kementerian Kesihatan menguat kuasa serta-merta empat langkah pencegahan.

1.Pemantauan bersama dengan WHO.

2.Pengamal perubatan di sekor swasta di minta melaporkan pesakit yang menghidap selesema atau randang peparu yang teruk dan individu yang pernah melawat Mexico,California atau Texas selepas 17 April lalu kepada Pejabat Kesihatan Daerah terdekat.

3.Melakukan saringan disemua pintu masuk di Negara ini.

4.Membuat kenyataan akhbar dari semasa ke semasa.


Diharapkan segala usaha yang dibuat memberikan hasil dan dasar perluasan kuasa oleh babi berjaya disekat. Kalau hendak di ungkitkan sejarah beginilah cara orang Kufar menjatuhkan pimpinan Khulafah islamiyah yang terakhir di Turki. Ia dimulakan dengan penaklukan satu kawasan ke kawasan lain.Hal ini di sebabkan kelumpuhan orang islam memudahkan musuh melanyak kita.Begitu juga dengan sistem badan kita bila antibodi gagal berfungsi dah diserang virus semua jadi lumpuh.Setiap yang dijajah pasti ada kesan dan seksaanya kepada orang islam.Begitu juga dengan dasar perluasan kuasa oleh virus babi bezanya ia tidak mengenal sesiapa.Ia akan bertindak kejam pada musuhnya.Setiap yang diseksa pasti sehingga kehujung nyawanya,begitu juga perkara yang dilakukan oleh angkatan tentera babi. Namun demikian,adakah ini satu malapetaka yang tidak kunjung tiba atau satu amarah dari Allah s.w.t.


Seorang doktor pakar jantung dari Indonesia ada menyebut mungkin virus ini adalah ciptaan manusia atau lebih mudah ciptaan orang Amerika kerana unutk melariskan ubat mereka.Tapi ini semua adalah kemungkinan dan masih tidak sahih.
Selain itu,kita juga perlulah mengkaji dengan lebih terperinci penyakit yang boleh hadir melalui binatang.Hal ini kerana sejak kebelakangan ini terlalu banyak virus datang melalui binatang, mungkin sebelum ini kita tidak menyangka sejenis binatang boleh menyebabkan penyakit.Itulah zat Allah,disebabkan sifat Kudrat yang ada padaNya semua yang diingini pasti akan berlaku.


Firman Allah:

‘……bila aku kata jadi maka jadilah’


Dalam ayat ini Allah tidak berkata jadi tetapi Allah mengunakan kudratnya untuk menjadikan sesuatu.Walaupun pelbagai penyakit sudah banyak muncul tetapi kita perlulah meneruskan mengkaji supaya tahap keimanan kita semakin meningkat dan kita lebih dekat kepada Allah..

Wallahu’alam..

credit to:http://ydppmiusm.blogspot.com/2009/04/babi-mengganas.html