22 March 2010

Senarai pelbagai program majlis ilmu.Jika diri tidak di isi dengan kebenaran,maka diri akan di isi dengan kebatilan.

ini ialah email saya dapat dari [myMasjid.net.my], pelbagai program majlis ilmu diadakan.
yang berkelapangan dan apatah lagi yang berhampiran dengan kawasan program bolehlah datang. Isilah masa kita dengan berfaedah: Jom sertai mereka!!!!!! (sebarkan)

Assalamualaikum wbt..

Program atau aktiviti yang boleh dimanfaatkan oleh semua.

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ****

FORUM DAKWAH HARMONI

Anjuran : Hidayah Centre


Tarikh :

25 Mac 2010
(Khamis malam Jumaat)
Masa : 8.00pm (Solah Maghrib di masjid tersebut)

Bertempat:
A) MASJID AL MARDHIYAH, TAMAN MELAWATI, KL.


Tajuk : Forum Dakwah Harmoni Pada Masyarakat
Tamil di Malaysia

Antara para penceramah yang hadir:
a) Panel 1 : Saudara Muhd Rafiqravi Abdullah (AJK PERKIM)
b) Panel 2 : Saudara Kamarul Zaman Noor Mohamed (Penal MAIS)
c) Moderator : Saudara Ahmad Azim Danial Gupreet (Berniaga)

B) MASJID AL NAJIHIN, BDR SRI PERMAISURI, CHERAS, KL.


Tajuk : Forum Dakwah Harmoni Pada Masyarakat
Tionghua di Malaysia

Antara para penceramah yang hadir:
a) Panel 1 : Saudara Lim Jooi Soon (Penceramah bebas)
b) Panel 2 : Tuan Haji Sharin Low Abdullah (Berniaga)
c) Moderator : Tuan Haji Shafie Patt (Pegawai PAID)

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* *****

HARI KESIHATAN , KESELAMATAN & USAHAWAN
SEMPENA KEMPEN CEGAH DENGGI SENAWANG


Tarikh : 27 Mac 2010 – SABTU
Masa : 8 pagi – 10 malam
Tempat : Perkarangan Surau dan KAFA Taman Alamanda , Senawang

SEMUA DIJEMPUT HADIR

ACARA MENARIK
* PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK
* KHIDMAT KESIHATAN PERCUMA
* Pameran Kesihatan
* Ceramah Kesihatan dan Ceramah Agama
* JUALAN HARI KANTIN KAFA ALAMANDA
* Jualan Amal dan Gerai Usahawan
* PERMAINAN RAKYAT
* Gotong Royong

- ATURCARA -
8 pagi – 1 tgh : Jualan Hari Kantin KAFA Alamanda, Jualan Amal, Jualan Gerai
8 pagi – 9:30 pagi : Gotong royong pemeriksaan jentik-jentik rumah ke rumah bersama COMBI Taman Alamanda dan PPKP PLK
9 pagi – 11 pagi : PERADUAN MEWARNA KANAK-KANAK
9 pagi – 12 tgh : PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA dan Pameran Kesihatan
9:30 pagi : Ceramah Kesihatan
10 pagi : Pelancaran COMBI Taman Alamanda
11 pagi : Ceramah Kesihatan
12 tgh : Penyampaian Hadiah Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak
5 ptg – 7 mlm : Permainan Rakyat
8 mlm – 10 mlm : Ceramah Cegah Jenayah

Anjuran Bersama:
Jawatankuasa Surau , KAFA Alamanda dan COMBI Taman Alamanda
KPJ SSH, Jabatan Kesihatan N.Sembilan, PPKP PLK Seremban, Majlis Perbandaran Seremban

Maklumat lanjut hubungi 012-2267406 ,
rozmal@yahoo. com

PPKP PLK – Penolong Pegawai Kesihatan & Persekitaran , Pusat Latihan Klinikal
COMBI - Communication for Behavioural Impact atau Komunikasi untuk Perubahan Tingkah Laku

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ******

PROGRAM ASAS PENYUSUAN UNTUK IBU DAN BAKAL IBU : PENYUSUAN ADALAH FITRAH, PENYUSUAN ADALAH SUNNAH

yang akan diadakan di Hilyah Retail Outlet, dengan kerjasama Nurturing Concepts Sdn. Bhd. (www.thenurturing. com)

Maklumat program :

Tarikh : 27 Mac 2010 (SABTU)

Masa : 9.00 - 12.00 tengah hari

Tempat : TINGKAT 1, HILYAH RETAIL OUTLET , 39 JALAN WARUNA AR U5/AR, TAMAN DESA SUBANG, SEKSYEN U5, SHAH ALAM
(berdekatan Subang 2, Airport Lama Terminal 3 (sekarang Skypark), Subang Bestari, Kota Damansara).

Bayaran : RM 40 individu / RM 70 berpasangan

Suasana : Santai (tiada kerusi, throw-pillows di sediakan)

Peserta : max 35

Topik perbincangan :

1. Keistimewaan susu ibu

2. Penyusuan Ibu – Fitrah & Sunnah : bagaimana menjayakannya

3. Penyimpanan dan Pengendalian susu ibu - Penting buat ibu berkerjaya

(Sarapan ringan disediakan.)

Itinerari Program :

9.00-9.20 : Pendaftaran Peserta & Sarapan Ringan

9.20-9.30 : Kata-kata Aluan – Hilyah Islamic Designs

9.30-10:15 : Taklimat “Asas Penyusuan- Kembali kepada Fitrah” - Puan Nor Kamariah Mohamad Alwi, Perunding Laktasi, Nurturing Concepts S.B.

10:15-11.00 : Taklimat “Penyusuan Ibu dan Kerjaya : Bagaimana Mencapai Keseimbangan?” - Puan Rita Rahayu Omar, Perunding Laktasi, Nurturing Concepts S.B.

11.00-11.15 : Sessi soal-jawab

11.15-11.30 : Showcase Koleksi Hilyah Ummi – Kemeja-T dan Jubah Menyusu

11.30-12.00 : Jamuan Ringan /Ramah-mesra

Sasaran :

Bakal ibu mengandung 7 bulan ke atas. Amat sesuai untuk ibu yang pertama kali akan menyambut kelahiran bayi dan merancang untuk menyusukan bayi.

Suami juga digalakkan untuk turut serta dalam program ini kerana suami adalah penyokong terkuat dalam menjayakan penyusuan susu ibu.

Tawaran Istimewa untuk Peserta Program :

1) Baucer pembelian dari Hilyah Islamic Designs - potongan 10% untuk baju tshirt menyusu dan produk Hilyah lain.

3) Rebet RM 5 untuk setiap kenalan yang anda bawa bersama (tertakluk pada terma & syarat).

Daftarlah SEKARANG kerana tempat adalah TERHAD kepada 35 peserta terawal!

Pembayaran mestilah diterima selewat-lewatnya pada 26/3/2010.

Jika anda tidak dapat menghadiri kelas selepas pembayaran dibuat, wang TIDAK akan dikembalikan.

Sila maklumkan kepada kami dengan segera sekiranya anda tidak dapat hadir untuk memudahkan persediaan jamuan.

Untuk pendaftaran dan pembayaran, emailkan butiran anda (nama, no. k/pengenalan, no tel serta bukti pembayaran kepada izlina@hilyah. com ).

Pembayaran boleh dibuat melalui bayaran terus di Hilyah Retail Outlet atau Tel : 03-78473937 ; 016-2630817

Hilyah Islamic Designs

39A Jalan Waruna AR U5/AR Taman Desa Subang, Seksyen U5, Shah Alam

Tel : 03-78473937 ; Fax : 03-78473256

Online shop : Muslimah tshirt @ www.hilyah.com

Facebook : Hilyah Gifts ; Hilyah Muslimah Tshirt

Get your Hilyah Muslimah Tshirts from our network of resellers – reseller list @ www.hilyah.com .

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ***

[myMasjid.net.my]
Fw: AKIBAT ZINA.....
CUKUPKAH SEKADAR MENGETAHUINYA?
JOM BERUSAHA DGN BERAMAL...

Assalamualaikum wbt..
Marilah kita bersama-sama menyokong usaha yang telah dijalankan.
Semoga Allah memudahkan segala urusan kita.
Sekretariat MARS 2010

----- Forwarded Message ----
From: Rosmawati Zainal
Sent: Mon, March 22, 2010 12:13:09 PM
Subject: [NaqibNet-Operasi] AKIBAT ZINA.....CUKUPKAH SEKADAR MENGETAHUINYA? JOM BERUSAHA DGN BERAMAL...

17,303 anak luar nikah didaftar 2009

Posted on Mac 21, 2010 by ekhutbah
(Berita Harian Online)


KUALA LUMPUR: Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang

Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu.

berita lanjut di

http://ekhutbah. wordpress. com/2010/ 03/21/17303- anak-luar- nikah-didaftar- 2009/


Sahabat-sahabat sekalian.... ....

Kami punya visi untuk mensifarkan gejala sosial menjelang tahun 2020. Tetapi kami amat memerlukan bantuan kalian.

Raudhatus Sakinah (RS) yang merupakan sebuah Pusat Perlindungan Remaja Puteri yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat ditubuhkan sejak 1998 telah membimbing seramai 447 orang remaja.tersasar kembali menghayati Islam sebagai cara hidup. Sehingga kini, sebanyak empat buah pusat perlindungan remaja RS yang sedang beroperasi iaitu di Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan Johor.

Kami sedang berusaha keras mendidik dan menyedarkan anak-anak remaja di seluruh pelusuk negara tentang bahaya dan akibat zina serta mengajak setiap ahli masyarakat untuk berperanan bersama memenuhi tanggungjawab amar ma'ruf nahi mungkar.Anak- anak remaja ini adalah pewaris kita dan mereka bakal menjadi pemimpin negara. Bantulah kami untuk membangunkan mereka dan ummah seluruhnya.

Untuk itu, kami sangat memerlukan bantuan dan sokongan kalian di........

MALAM AMAL RAUDHATUS SAKINAH
(MARS) 2010


OBJEKTIF MARS 2010:

  1. Menjana dana bagi pengurusan & pembangunan Raudhatus Sakinah seluruh Malaysia
  2. Menjalinkan networking dengan pihak-pihak yang disasarkan
  3. Menekankan keperluan amr ma'ruf nahi mungkar dipertingkatkan dalam masyarakat
  4. Menyedarkan tanggungjawab serta menghargai peranan lelaki yang menjadi pelindung kepada maruah wanita

    TEMA:


(Lelaki Pelindung Wanita)
-diambil daripada Surah An-Nisa':34-



TARIKH:
2 Mei 2010
MASA:
8.00 malam-11.00 malam

TEMPAT:
Shah Alam Convention Center (SACC Convec)
KEHADIRAN KHAS:

YTM Tengku Besar Terengganu, Shariffah Nong Assegaff

Penaung Raudhatus Sakinah

(Bonda kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin)


PENAMPILAN ISTIMEWA:

  • Kumpulan Demascus
  • Xifu & Algebra
  • Persembahan anak-anak remaja

JUALAN MEJA:

Platinum - RM5000/meja (10 kerusi)

Gold - RM3000/meja( 10 kerusi)

Silver - RM2000/meja( 10 kerusi)

Bronze - RM1000/meja( 10 kerusi)


Untuk tempahan, sila hubungi:

Sekretariat Malam Amal Raudhatus Sakinah (MARS) 2010

Sekretariat Pejabat: 03-41073379 atau 03-41089669 atau 03-41053159

Puan Rosmawati Zainal: 019-2386333

Puan Yusnani Abd Hamid: 013-3893379

Puan Siti Aini Jamil: 019-6553136

Nazirah Idris:019-5053008

En Mohd Amirul Mohd Letfee: 019-3836859

En Abdullah Omar:013-2466190

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* *****

*****************************************************
Waktu Solat Malaysia => http://www.waktusolat.net
Forum => http://www.mymasjid.net.my/forum/
Majlis Ilmu => http://www.mymasjid.net.my/majlis-ilmu/

Percuma Untuk Orang Bujang http://webblog.myjodoh.net/
Mencari Jodoh Yang Soleh? => http://www.myjodoh.net

*****************************************************

1) Keluar : mymasjid-unsubscribe@yahoogroups.com
2) Sertai : mymasjid-subscribe@yahoogroups.com
3) Hantar Topik : mymasjid@yahoogroups.com
4) Laman web : www.mymasjid.com.my

Yahoo! Groups

No comments: