26 March 2010

FW: SHAKEN BABY SYNDROME (SBS) - AWAS.....


SHAKEN BABY SYNDROME (SBS) - AWAS......

General Info.....
Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan.
Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau
sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak
batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain.. Itulah kali pertama
beliau mendapat sawan.
Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan

kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah

ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan
beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl),
serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami
mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).
Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute
and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu
bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi
sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang
relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi
itu dikatakan sangat suka ditimang.

Health Info
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan
kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan
yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang
lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi
digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal.
Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian

serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh
menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan
selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar
berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum

matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.
Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila

bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk
menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga
bayi.....( occupational stress ).

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah
merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang
serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.
PENCEGAHAN
1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda
tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada
orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil
serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes
terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap
tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi
seperti buaian.
Kiriman email dari rakan untuk dikongsi
TOLONG PANJANGKAN EMAIL INI KERANA KITA ADALAH MAHLUK ALLAH YANG
PENYAYANG.....

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.

Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi

--
Regards
Mohammad Fairuz Junaidi
Centre for Instructional Design & Technology,
Open University
Malaysia
Jalan Tun Ismail
50480
Kuala Lumpur
Tel : 03-2773 2246

No comments: