17 April 2009

SYURGA

Bacalah Dengan Nama Tuhanmu

Assalamualaikum wbt..moga kalian dalam rahmatNYA..

Ini sedikit pegisian..ntah kenapa jiwa terpanggil-panggil untuk meng-update(bahasa rojak jangan ikut) blog ni walaupun sibuk dengan persiapan final exam.sebagai peringatan untuk diri sendiri juga.

Kalimah syahadah adalah kunci pintu syurga.. tanpanya tidaklah kita dapat memasuki syurga.

Di ESQ saya dapat sesuatu tentang kalimah syahadah ni (ESQ lagi! Memang aku rindu berada di ESQ,nak pegi untuk alumni -free of charge- di k.l tak pasti lagi)

Apepun yang saya ingin kongsikan di sini, tak sama sekiranya anda mengalami sendiri pengalaman berada di ESQ. (tak tahu boleh “touching” hati anda atau tak)

Balik pada topik,

Bacalah Dengan Nama Tuhanmu

jawab soalan saya dengan seikhlas-ikhlasnya..Allah Maha Mengetahui..

soalan ; pernahkah kamu mengucap kalimah syahadah seikhlas hatimu? Pernah?

Pernah atau tidak?


Jawab seikhlas hatimu..


Jawab…jawab..tanya dari dasar lubuk hatimu..

jawab seikhlas hatimu..pernah atau tidak mengucap syahadah dengan seikhlas-ikhlasnya..

jawab..pernah atau tidak..



Bohong!
Jika pernah kenapa masih bergelumang dengan dosa?
(pada yang pura-pura atau tak yakin)


Pada yang tak pernah,(dengan nada suara yang sayu dan tegas) istigfarlah sungguh-sungguh.. dan bayangkan minggu lepas kamu meninggal dunia..dimanakah tempatmu..?? Allahuakhbar..

saya mengajak kalian megucaplah sekarang seikhlas hati berserta maksudnya;

“aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan aku bersaksi nabi Muhammad itu utusan ALLAH”

Alhamdulillah dan tahniah bagi yang pernah mengucap dengan seikhlasnya.

(FAKTA- di ESQ haritu, tak ramai yang jawab pernah, hanya beberapa suara sahaja yang jawab pernah ketika susana lampu dipadamkan daripada satu dewan yang besar dipenuhi dengan mahasiswa yang akhirnya trainer ESQ sebagai ketua memulakan ucapan kalimah syahadah diikuti mahasiswa satu dewan mengucap bersama-sama[penuh syahdu] )

(Orang yang mengucap seikhlas hatinya akan sentiasa berusaha untuk tidak melakukan dosa kerana dia mahu benar-benar beriman terhadap Pencipta dirinya)

Jadi anggaplah kalian seperti baru dilahirkan,mulakan hidup baru kita dengan kalimah LA..ILAHAILLALLAH, bila kawan kita atau pakwe makwe(jika ada) atau sesiapa sahaja ajak buat maksiat(pada pakwe makwe baik korang nikah cepat!),bila mereka ajak buat sesuatu yang dosa (perkara yang ALLAH tak redha) katakanlah padanya LA..ILAHAILLALLAH sambil jari buat tidak dan menunjukkan jari telunjuk ke atas.

Jika terlintas nak buat dosa,istigfar cepat-cepat. Dan jika perlu mengucaplah syahadah untuk kembali bersemangat menahan godaan nafsu dunia,mudah-mudahan insyaALLAH.


P/s-amalanku sebelum tidur, mengucap kalimah syahadah, selawat 11x, baca 3 kul, ayatul kursi, doa tidur,dan memaafkan kesalahan orang terhadap diri ini,dan tidur mengiring ke kanan ikut sunnah,istigfar sampai terlelap..jika tak cukup 100x istigfar dalam sehari, jangan tidur lagi, teruskan istigfar.. (sekurang-kurangnya kita kena istigfar 100x dalam sehari,ini selalu disebut oleh ustaz,ustazah,ibu dan sahabat)

Petua dari ibu saya,sekiranya payah nak istigfar 100x dalam satu masa,buat sikit-sikit,setiap kali lepas solat istigfar 20x,dalam sehari ade 5 solat, 20x5=100..

Tapi saya skang ni,jarang membilang berapa banyak sebenarnya saya istigfar..main agak2 rasa dah banyak cukup-apela x elok huhu insyaAllah akan ditingkatkan keprihatinan bilangan- kene prihatin biar cukup 100x,jika x cukup camne? Jika lebih,baguslah terlebih bagus..tapi xpastikan? baik bilang.. dalam hukum feqah-xde istilah agak2,atau kot atau rasa2nya-jawapan mesti tepat dan yakin. Dah cukup 100x ni rasanya, ha dah 100x kot, ketuk sikit kepala tu,,adelak kot2..

Jom ajak kawan-kawan kalian atau sesiapa sahaje mengucap syahadah seikhlasnya.. dan kongsi la apa yang anda dapat dari blog ni atau dari mana2 je..ilmu tu kena sampaikan..jangan dok simpan sorang2,nanti masuk syurga sorang-sorang je,teringinkah melihat semua yang kita kenal,sume yang kita sayang masuk syurga sama-sama,duduk bahgia dalam syurga yang kekal abadi?

Harapan saya moga kita semua di sini dan di luar sana dan di ceruk mana pun muslimin muslimat dan orang kafir berada di atas muka bumi Allah ni yang kenal atau tak sama2 dapat masuk syurga,jadi sebarkan!! Lakukanlah dakwah ,amar makruf nahi mungkar secara bijaksana!

marilah kita berdoa,moga kita,keluarga,saudara mara,rakan taulan dan seluruhnya dapat bersama-sama di syurga nanti,al-fatihah..

END—jika ada salah silap dalam post ni sila betulkan saya,saya bukanlah mereka yang terdiri dari kalangan orang yang mengaji bidang agama.


__________________________________________________________________________

artikel pautan : diambil dari

http://abumuaz-allabuwi.blogspot.com

10 Tanda Hati Mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda hati mati ialah :-

Kamu mengaku kenal ALlah s.w.t., tetapi kamu tidak menunaikan hak-hakNya.

Kamu mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi kamu mengabaikan sunnah baginda.

Kamu membaca al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

Kamu memakan nikmat-nikmat ALlah s.w.t., tetapi kamu tidak mensyukuri atas pemberianNya.

Kamu mengaku syaitan itu musuh, tetapi kamu mengikutinya.

Kamu mengaku adanya nikmat syurga, tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkanya.

Kamu mengaku adanya seksa neraka, tetapi kamu tidak berusaha untuk menjauhinya.

Kamu mengaku kematian pasti datang bagi setiap jiwa, tetapi kamu masih tidak bersedia untunya.

Kamu menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi kamu lupa akan keaiban diri kamu sendiri.

Kamu menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudaramu seislam, tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.


10 pesanan Imam Syafie rah.

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya.Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

1: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3 : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa,bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9: HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10: HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Sudahkah anda menunaikan SOLAH ? Orang yang solah, telah tegakkan Agama, orang yang tidak bersolah, telah runtuhkan Agama.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

ps:/ pikir-pikirkan lah...




No comments: