30 April 2009

Bangunlah duhai para LELAKI

LELAKI,
Dahulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira
Kini
Bila disebut LELAKI
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya boneka Yahudi

Dulu
Bila disebut LELAKI
Wanitanya tenang dihati,
Lelaki kami menjaga,Melindungi
Kini
Bila disebut LELAKI
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki pengkhianat, perogol besiri

Dulu
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,
Kini
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga

Dulu
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani mengoda
Kini
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanita dibiarnya bebas, binasa

Dulu
Lelaki mengadai harta dan nyawa Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya

Dulu
Lelaki bermatian mencipta sejarah,kentalberjihat tekun berdakwah
Kini
Lelaki hanya menyanjung sejarah,
Diri bermalasan tenaga tak dikerah

Dulu
Lelaki memperjuangkan deen dan Ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati dibunuh,
Kini
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh

Dulu
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh
Kini
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah,
Kembalilah lelaki ku pada kelakian mu,
Kami rindukan lelaki dahulu,
ACUAN MADRASAH RASULLUAH

"SRIKANDI ISLAM 2008"

No comments: