01 April 2009

Allah Maha Mengetahui, Maha Pengasih dan Maha Penyayang..siapa yg ilhamkan kasih sayang pada ibumu untuk membesarkan dirimu..tentulah Allah..

bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu,
yg menciptakan segalanya,
yg menimpakan ujian,
yg menjadikan sakit hatimu,
yg membuatkan keinginanmu terhalang
serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu
kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yg sia-sia..

Bukan Allah tidak tahu derita hidupmu,
retaknya hatimu
tapi mungkin itulah yg DIA mahukan,
kerana DIA tahu hati yg sebeginilah yg selalunya lebih lunak
dan mudah untuk akrab dan dekat dengan-NYA..

Allahuakbar..ya Rahman..ya Rohim..

No comments: