19 March 2009

untuk orang perempuan yang MALU je

artikel ni diambil dari post buletin friendster saya,penulis asal tidak diketahui siapa, yang pasti penulis ialah seorang muslimah yang meluahkan perasaannya..

artikel yang berkaitan dengan artikel ni sila klick link,baca dulu then baru baca post ni,jika tak nanti anda tak bape faham pule asal usul cerita ni. link : http://hidayah-petum.blog.friendster.com/2008/06/muslimah-gambar-ada-apa-dengannya/

Diceritakan seorang gadis, baik paras rupa, bagus akalnya, manis budinya namun imannya tak mencukupi kalau nak tampung itu semua. Hanya tudung yang labuh semata-mata. Jadi dimana jahilnya?

"Dulu masa zaman jahiliyyah, akak tak tahu gambar kita tak boleh letak suka-suka kat friendster, myspace atau mana-mana pun. Jadi akak pun letak muka akak yang lawa-lawa, akak letak kat Friendster. Yang tak lawa buat apa nak letak. [sambil ketawa] gambar dengan kawan-kawan tak banyak, jadi akak letak gambar akak yang agak-agak penuh satu skrin tu, boleh kata banyak la jugak. Pastu ramai la lelaki-lelaki ajnabi dan perempuan-perempuan puji gambar akak lawa la, manis la, comel la. Mula-mula bangga bukan main lagi. Siap letak jadi primary photo lagi, tapi ada rasa bersalah SIKIT. Entahlah, rasa lain macam.

Ditakdirkan Allah, suatu hari akak buka blog seorang akhi(lelaki) ni, maaflah tak ingat alamat. Ada satu entri yang berjaya mencuri pandangan akak. Ada satu perkataan ni, pedas la juga. Kalau akak tak tahu yang akak salah, memang rasa macam nak marah orang tu. Tapi bila fikir secara Islam dan menggunakan akal, bukan melalui hati yang entah bagaimana keadaan kesihatannya, memang ada betulnya.

Katanya: "Tak terfikirkah wanita-wanita muslimah kini, sayangnya bertudung tetapi mendedahkan wajah sewenang-wenangnya di dalam internet. Memanglah wajah itu bukanlah satu daripada aurat, namun hal ini untuk diri muslimah itu juga. Andaikan orang yang melihat itu bukan sebaik yang kita fikirkan, entah tiba-tiba disihirkan kita? Cukup kuatkan kekebalan iman kita nak tahan itu semua?

Sesetengah muslimah di luar adakalanya marah kalau ditenung lama-lama. Ada lah yang digelar gatal, miang dan sebagainya. Tapi kalau mereka meletakkan gambar mereka di internet, apalah jaminannya untuk kaum-kaum adam ini merenung muka muslimah-muslimah ini lama-lama?
Lain pula ceritanya kalau muslimah tersebut marah apabila ditenung kerana khuatir akan terlihat oleh lelaki tersebut akan jerawat yang tiba- tiba muncul. Alahai..
Penjelasan ini tak seberapa sebenarnya. Cuma kalau dilontarkan permasalahan ini kepada wanita yang masih ada imannya, jika dikatakan kepada mereka

"Peliharalah dirimu"

maka secara automatiknya, wanita itu akan cuba untuk berubah sedikit demi sedikit kerana betama dalamnya maksud pelihara itu. Tak sia-sialah andainya wanita itu diibaratkan seperti permata. Makin diusik, makin kurang lah harganya.huhuhu![?]"
--- --------------------------------------------
"Dan perintahkanlah wanita-wanita beriman supaya merendahkan pandangannya dan menjaga kehormatandirinya..."[24:31]An-Nurayat31
------------------------ ----------- ------ ------- ----
Lepas akak baca betul-betul, ayat pelihara tu memang dalam. Wanita Islam sangat berbeza. Tambahan pula seandainya wanita itu sangat pandai memelihara dirinya maka alangkah bertuahnya bakal suaminya kelak..
UNTUK PERINGATAN...
SEMOGA KITA SENTIASA DBAWAH RAHMATNYA...



ni artikel lain pule..copy paste


-* Semalu & Perempuan *-


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan
tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.



ni sedikit penambahan dari saya, lagu puteriku sayang.best lagu ni

Puteriku Sayang
Album : Keizinan Mu
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya


komen tentang lagu di liriknasyid.com

17/11/2008 14:17:34 hamraa dari malaysia-terngganu:
duhai dinda puteriku...hayati lirik lagu ni dengan mata hati
25/03/2008 06:38:04 YeN dari TeRGgaNU:
uNTuk Drku
09/12/2007 12:54:50 Adnan dari Ciputat:
Kan ku hadiahkan kepada anak perempuanku nanti...
30/11/2007 04:05:08 YAYAN dari BANDUM:
UNTUK PUTRIKU TABINA AULIA AL AHZA 1 SEPT 2007 SMOGA MENJADI ANAK YG SHOLEH
26/10/2007 02:45:14 ifti dari putrajaya:
nasihat berguna utk muslimah...........
20/07/2007 03:12:10 ??? dari Yogyakarta:
Ajib nieh laGunYA he 3x
03/01/2007 09:46:16 ima dari selangor:
lagu ini patut diambil diiktibar terutamanya oleh gadis2 pada masa kini
18/12/2006 20:00:53 TiNtIn dari bangsar:
Tunaikanlah impian mereka yang mengidamkan "Puteriku Sayang"...
05/11/2006 23:32:32 nurul dari k berang:
jadilah seperti 'puteriku sayang'
17/07/2006 15:24:45 secilia dari jakarta:
sangat mengingatkan hati ini tuk seperti putri dilirik lagu itu..
10/06/2006 06:30:24 baniazslmaic dari kL:
nk jadi puteriku sayang utk mak pak,bangse n negare...
17/05/2006 15:47:00 zally dari kuantan,pahang:
lagu yang terbaik,,,,PERFECT SONG


No comments: