3 minggu lepas lau tak silap, kumpulan nasyid tanah air UNIC datang menghiburkan kami di kampus..anjuran persatuan kesenian islam kampus.. konsert blansung selama 2 jam lebih amat memuskan hati pelajar2,semua terhibur dengan persembahan UNIC,tak kering gusi kami..hehe.
kenangan yg tak boleh dilupakan oleh kedua2 belah pihak memandangkan UNIC first time turun ke kampus kami dan jarang turun pulau pinang, terharu berjumpa peminat mereka di kampus (UNIC menjemput 2 orang pelajar lelaki naik ke pentas dan menyayikan lagu mereka,dan 2 orang pelajar ni dapat menyanyikan dengan baik lagu mereka-ada bakat nyanyi-sehingga UNIC terharu dan memeluk pelajar tu)
habis persembahan, sesi bergambar dan signature.. dan jualan product UNIC dan HIJJAZ RECORD.. dari situ saya ternampak buku ni... dan membelek-belek nya.. setelah diyakinkan oleh seorang teman buku ni best,saya pun membeli (asal x nak beli nak jimat duit la kan..lastly bila buku ni mereka kata best jadi saya pun beli,soal jimat tolak tepi)
kesimpulannya, buku ni memuatkan tokoh wanita islam yang ternama dan ada juga yang kita tak kenal, kenal nama tapi tak tahu kisah mereka yang sebenarnya..dan saya lebih faham tentang tafsir quran tentang kisah maryam kerana huraian dalam buku ni.saya baru baca kisah 3 orang tokoh wanita islam (baru bace sikit tak habis lagi) bergenang air mata ..amat bagus untuk mencontohi tokoh2 ni.. moga dapat menjadi seperti mereka insyaAllah.
Munif Ahmad
RM25.90
Januari 2009
Hijjaz Records Publishing
Alu-aluan Penulis
بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Dialah yang Wujud, Kekal, Maha Besar, Maha Berkehendak, Maha Mengetahui, Maha Pengampun dan Penyayang, Maha Pemurah dan Maha Berkuasa ke atas setiap hambaNya. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad saw. Nabi yang telah membawa seluruh umatnya ke jalan keredhaan dan keselamatan. Dia juga merupakan sebaik-baik manusia yang diutuskan Allah di muka bumi ini sebagai ikutan seluruh umat, yang membawa rahmat dan cahaya keberkatan kepada seluruh manusia.
Melalui penulisan pertama saya ini, saya ingin mengajak anda semua menghayati dan menelurusi liku-liku kehidupan dan pengorbanan wanita-wanita serikandi dahulu yang sanggup berkorban dan mempertahankan keimanan mereka terhadap Allah swt sehingga tanpa ragu-ragu sanggup mempertaruhkan nyawa mereka sendiri. Itu semua dilakukan demi meninggikan syiar Islam di muka bumi ini dan mengagungkan agama Allah ini.
Idea penulisan buku ini tercetus dari tugas dan tanggungjawab sebagai composer lagu-lagu nasyid. Bagi yang sering mengikuti perkembangan saya, pasti anda sedar saya banyak menghasilkan lagu-lagu yang bertemakan penceritaan sejarah srikandi Islam, kehebatan wanita-wanita terdahulu memperjuangkan Islam dan kesanggupan mereka untuk mati kerana Islam. Dari inspirasi sebuah lagu, saya terjemahkannya melalui buku ini supaya sedikit sebanyak akan memberi kekuatan dan inspirasi kepada pejuang-pejuang agama dan dorongan untuk kita sentiasa menjadikan wanita-wanita yang hebat ini sebagai ilham dan sumber kekuatan untuk melayari liku-liku kehidupan yang mencabar lewat ini. Betapa tidak? Mereka yang dikatakan kaum yang lemah, mampu berdiri sebaris dengan pahlawan-pahlawan Islam yang jauh lebih gagah tanpa ada rasa gentar walau sedikit pun. Biarpun perjuangan itu menurut kemampuan mereka masing-masing, namun ganjaran yang dijanjikan Allah swt untuk mereka tetap standing dengan apa yang telah dijanjikanNya untuk para syuhada’.
Di samping itu saya sertakan juga lirik-lirik lagu sering berkumandang di radio-radio. Mungkin ada yang tertanya-tanya siapakah Sumayyah? Siapakah Ratu Syahadah? Siapakah Zinirrah? Jadi melalui buku ini, Insyaallah anda akan lebih mengenali para wanita penghuni syurga ini.
Hasil dari bacaan dan rujukan buku-buku, kitab-kitab sejarah lama dan kisah-kisah dari Al-Quran maka mana yang dirasakan sesuai dan menepati kehendak penceritaan maka saya himpunkan. Mudah-mudahan ada kebaikan untuk umat Islam seluruhnya dan untuk diri saya serta keluarga.
Untuk mendapatkan keberkatan di atas usaha-usaha ini sama-samalah kita mengirimkan Surah Al-Fatihah buat srikandi-srikandi ini. Moga-moga kita akan mendapat kekuatan dan kehebatan seperti mereka... Al-Fatihah.
Akhir kalam, apa yang benar datangnya dari Allah swt dan yang tidak benar datangnya dari kelemahan diri saya sendiri. Wassalam.
Munif ahmad @ Putra Aiman
Munifhijjaz@yahoo.com
Beli di:
http://lamanpenerbithrp.blogspot.com
sumber ; thanks n credit to ; http://lamanpenerbithrp.blogspot.com
pesanan: jangan ketinggalan mengetahui produk-produk dibawah, hanya klik pada banner, anda akan terus ke website mereka :)
*BERMINAT BERIKLAN DI SINI SILA HUBUNGI SAYA:)
No comments:
Post a Comment