29 October 2009

sabar...

sabar memang tiada batasnya dan akan selalu diuji kesabaran kita bahkan ketika kita menulis kata "sabar" kita dituntut untuk faham.

12 October 2009

jom gi merantau!

pengalaman setiap insan berbeza..
pengalaman ditafsirkan suatu yang sukar dicari
melainkan telah melalui..menjadikan pengalaman sangat mahal buat sesetengah insan.
dari pengalaman kita belajar sesuatu..dari pengalaman kita memperkemaskan diri..

baik terus kepada menu kita hari ni, alhamdulillah atas kurnia rahmat Allah hari ini kita masih lagi hidup dalam nikmat Islam. saya nak memperkenalkan 1 blog seorang perantauan yang menuntut ilmu di China. saya pasti masih banyak blog-blog yang menceritakan pengalaman..
buat masa ni saya perkenalkan ni je la dulu, mungkin pengunjung LKH yang tahu mengenai blog pengalaman boleh la beri alamat blog tu di ruang komen ye.

blog bertuah tersebut ialah http://mohfaz88.blogspot.com/

11 October 2009

Merasai KEMANISAN IMAN

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: seseorang yang mencintai Allah dan rasulNya melebihi segala-galanya, mencintai seseorang kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” (Hadith riwayat Anas r.a)

Al-Hadith : Keutamaan Berjemaah

Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Shalat jamaah adalah lebih utama dari shalat fadz - yakni sendirian -dengan kelebihan dua puluh tujuh darjat."

(Muttafaq 'alaih)

Al-Hadith : Bakar Rumah Mereka Yang Tidak Ikut Berjemaah

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Demi Zat yang jiwaku ada di dalam genggaman kekuasaan-Nya, nescayalah aku bermaksud menyuruh supaya dicarikan kayu bakar, kemudian bersolat sesudah diazankannya. Lalu aku ingin menyuruh seseorang lelaki untuk menjadi imam untuk orang ramai. Lalu aku pergi ke tempat orang-orang lelaki - yang tidak ikut berjamaah - untuk membakar rumah-rumah mereka itu."

(Muttafaq 'alaih)

Al-Hadith : Kenapa Mereka Berjalan Kaki ?

Daripada Abu Hurairah r.a. pula bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa yang bersuci di rumahnya kemudian ia pergi ke salah satu dari beberapa rumah Allah - yakni masjid - untuk menyelesaikan salah satu shalat wajib dari beberapa shalat yang diwajibkan oleh Allah, maka langkah-langkahnya itu yang selangkah dapat menghapuskan satu kesalahan sedang selangkah lagi dapat menaikkan satu darjat."

(Riwayat Muslim)

Al-Hadith : Perjuangan Menentang Nafsu

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sukakah kamu semua kalau saya tunjukkan akan sesuatu amalan yang dapat melebur semua kesalahan dapat menaikkan beberapa darjat?"

Para sahabat menjawab: "Baiklah, ya Rasulullah."

Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Iaitu menyempurnakan wudhu' sekalipun menemui beberapa hal yang tidak disenangi (seperti terlampau dingin dan sebagainya), banyak-nya melangkahkan kaki untuk ke masjid dan menantikan solat sesudah melakukan shalat. Itulah yang dapat disebut ribath, itulah yang disebut ribath"

(Riwayat Muslim)

ribath - perjuangan menahan nafsu untuk memper-banyak ketaatan pada Tuhan."

Al-Hadith : Jangan Tinggalkan Asar

Daripada Buraidah r.a., katanya: "Nabi s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang meninggalkan shalat Asar, maka leburlah (yakni rosaklah) amal kelakuannya. "

(Riwayat Bukhari)

Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

08 October 2009

bencana alam melanda dunia

firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan peliharalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan saja akan menimpa orang yang zalim di kalangan kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Ketahulilah bahawa Allah Maha Berat azab-Nya." (Surah Al-Anfal: 25)

p/s: takziah dan bersabarlah buat penduduk bumi padang,indonesia..ribut taufan parma di manila, banjir di india dan seluruh dunia..
marilah kita bertaubatlah sebelum terlambat. saya mengajak semua yang tak tutup aurat..terutamanya perempuan yang tidak memakai tudung ataupun dah pakai tudung tapi masih lagi belum sempurna menutup aurat mengikut syariat..mari kita sempurna-sempurnakannya.

ada sebuah cerita, sewaktu bulan ramadhan yang baru sahaja meninggalkan kita, ada imam dari mekah..nama famous imam mekah lah telah datang ke malaysia kerana mendapat jemputan khas menjadi imam di sini.. imam mekah berdoa untuk kita rakyat malaysia ni.. bertuah kan kita? apa yang imam mekah tu doa..dia kata ya ALLAH selamatkan bumi malaysia dari bencana, berilah petunjuk kepada pemuda2 malaysia supaya tidak merempit,dan berilah petunjuk kepada wanita2 malaysia supaya menutup aurat.. imam mekah ni mesti terkejut tengok rakyat kita kan? mesti suasananya berbeza di mekah kan? betapa ramainya yang selamba buka aurat..selamba gadai nyawa.. dan imam mekah sempat berpesan, rakyat malaysia perlu jimat air ketika ambil wudhuk.. Rasulullah s.a.w pernah menegur sahabat yang membazir air ketika ambil wudhuk di sungai. sungai? ha sungai..sungai kan free..tak perlu bayar bil.. tapi kita yang bayar bil? bazir air dan bazir wang... begitulah.. jadi amalkan berjimat cermat dari segala aspek. peringatan untuk diri saya juga.

syukur yang tidak terhingga, alhamdulillah segala puji bagi Allah yang memberikan saya nikmat agama untuk bersama-sama menunaikan solat bersama imam mekah tersebut. suasana terasa seperti betul-betul berada di mekah. alhamdulillah. syahdu bila terkenang saat ketika dan pasti merindui suasana begitu. tanam niat dalam hati awal-awal kita nak ke mekah suatu hari nanti.

marilah kita sentiasa beringat, supaya hati kita tak mati..

06 October 2009

selamat berpuasa 6!

salam..alhamdulillah, setelah bergembira, murah rezeki pergi open house sana sini...makan yang best2.. saya percaya ramai yang dah mula berpuasa sunat bulan syawal 6 hari.. tahniah bagi yang dah habis. kelebihan puasa 6 hari di bulan syawal boleh di lihat dalam post yang lalu, apapun suka diingatkan segala amalan ibadah niatlah ikhlas kerana Allah, bukan kerana ganjaran..sila klik http://hidayahlela.blogspot.com/2008/10/al-kisah-hari-pertame-aku-puase-6.html

03 October 2009

Helah Menculik Kanak-Kanak Di Carrefour JB

Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja. Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu. Terima Kasih .

Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.


Siapa pun yang melakukannya – iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya – melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu.
Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.

SEBARKAN BERITA INI SELUAS-LUASNYA SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA !


Thank you