29 June 2009

kenapa mesti begini?

Allahu Akbar !
Saya tidak pernah menyangka-nyangka bahwa dengan meneruskan kalimat ini
ke rakan dan saudara sekalian, Allah memberikan saya rezeki yang tidak
disangka-sangka...

Memang tidak sampai 12 jam setelah saya kirimkan pesan itu... tapi limpahan
kurniaNya kepada saya sungguh diluar pemikiran saya...

Subhanallah ! Alhamdulillah....
kirim kalimat ini ke 12 orang yang kamu anggap baik di hidupmu dan
posisi kewanganmu akan bertambah dan buktinya dalam 12 jam kamu harus
percaya akan keajaiban bulan ini
AL-QAYYUM, AL-MAJID, AL-WAJID, AL-WAHID, AL-AHAD, AL-SAMAD, AL-KADIR,
AL-MALIK, AL-RAHMAN, AL-RAHIM
ALLAH SWT TIDAK PERNAH TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKAN PESANNYA, KALA KAMU
MENGHANTAR BERITA INI KEPADA 9 ORANG INSYAALLAH KAMU AKAN MENDAPATKAN
BERITA BAIK ESOK.
Buat sesuatu kerana inginkan keredhaan Allah atau apa? jika benar ingin keredhaan Allah perlu ke tetapkan berapa orang perlu kirim sekian sekian.. ??? tak faham saya kenapa perlu begini. ada tu pula, jika tak kirim dapat bencana, apekehal?? alhamdulillah, hidup bahagia je saya sekarang walaupun tak kirim kat sapa2 pun. Akidah kene jaga. Allah yang menentukan,bukan kiriman2 yang menentukan. buat baik,dapat pahala,dapat macam2 sebab Allah sayang kat kita,bila Allah sayang,Allah bagi rahmat,tu yang dapat rezeki limpah ruah, tak buat baik,tak dapat apa-apa. Tapi buat jahat,baru dapat dosa dan malapetaka, ye tak? takde kene mengena dengan kiriman2.. dan paling merisaukan jika sesebuah kiriman itu tidak benar dan dibuat2 oleh orang kafir untuk mengelirukan orang Islam,ha sudah lagi padah, seperti isu (maaf saya tak ingat tapi saya pernah baca artikel berkaitan kiriman2 yang dari dulu sampai skang masih lagi dihantar tetapi tiada apapun,kita bimbang bila mana selalu diperkatakan akhirnya sensitiviti ummat Islam sudah berkurang dek kerana cerita itu tidak benar,dan bila benar2 berlaku,tapi orang anggap itu tipu.lihat ini adalah kesannya,kita tak tahu siapa dalang disebalik penyebaran isu itu,jadi hati2lah,bukan semua kiriman itu palsu,tapi kita kenalah menilai dahulu. Jika saya jumpa tentang artikel tu,insyaAllah saya akan kongsikan di LKH)

26 June 2009

FW: INFO: Al-Quran buatan AMERIKA


1.png



UNTUK PERINAGATAN BERSAMA..
surah al-baqarah

[120] Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.

WASPADA !!!
Al-Qur'an Palsu buatan Amerika

Jangan abaikan ini, sebarkan ke semua muslim



Al-Quran baru buatan amerika, berbahaya dan sedang didistribusikan di kuwait , berjudul "The True Furqan" isinya bertentangan sekali. Dibuat oleh 2 perusahaan percetakan; 'Omega 2001' dan 'Wine Press'. Judul lain buku ini 'The 21st Century Quran'! berisi lebih dari 366 halaman baik bahasa Arab dan Inggris, sekarang kabarnya didistribusikan kepada anak2/generasi muda di Kuwait di sekolah2 berbahasa Inggris di sana . Bukunya sendiri memuat 77 surah, termasuk Alfatihah, Al-Jana and Al-Injil. Semuanya dimulai dengan sebuah versi panjang gabungan kepercayaan Kristen tentang tiga tuhan. Dan banyak sekali bertentangan dengan berbagai kepercayaan dalam Islam, seperti mempunyai lebih satu istri dianggap perbuatan Zina, penceraian itu dilarang, dikatakan juga bahwa Jihad adalah HARAM. Buku yang sangat menyesatkan.

Jadi tolong sampaikan kepada semua muslim sedapat kita tentang pemberitaan ini semoga Allah melindungi kita semua dari orang2 Kafir yang jahat, mendustakan Agama Allah SWT. Kalau mau lihat isinya silahkan kunjungi situs ini

http://www.islam-exposed.org/furqan/contents.html


Contoh:
Cover

1a.jpg


Contents

2.jpg


The Blessing - Al Basmalah

3.jpg


The Opening - Al Fateha

4.jpg


Mudah2an Allah s.w.t. melaknat orang/kelompok yang mencuba menghancurkan Islam. Amin.....

Tolong d fwrdkan pada saudara seiman seislam.. Wallahualam..


link pautan ;http://hidayahlela.blogspot.com/2008/12/tolong-sebarkan-email-ni-pada-semua.html

21 June 2009

Paku yang lekat di hati


ibusolehah

“Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya.

“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga, bu?” Kilas si anak.

“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.

“Saya rasa tidak, saya tidak kejam. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai, bu.”

Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?

“Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.”

Tanpa membantah anak itu setuju.

“Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!”

“Baik, ibu.”

Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut.

“Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga. “Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.”

“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu…?”

“Maksud ibu?”

“Cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah tebuk, calar dan ‘berkematu’. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Wala

upun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…”

Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?

Pengajaran: Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf (maksudnya menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji. Ya, luka di hati itu lebih sukar diubati daripada luka di tangan.

- Dari “Angguk Geleng”
Majalah Solusi, Isu 8

http://nurjeehan.hadithuna.com/


20 June 2009

Amal Soleh - Derma Masjid

19 June 2009

Majalah ni best sangat tau


maklumat lanjut boleh baca di blog saya yang lagi 1 , klik [sini]


Alhamdulillah diberi kesempatan merasai nikmat rezeki...Allah Maha Pemurah Maha Penyanyang..

Daripada Anas r.a. pula, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Sesungguhnya Allah itu nescayalah redha pada seseorang hambaNya, jikalau ia makan sesuatu makanan lalu memuji kepada Allah kerana adanya makanan itu, atau minum suatu minuman lalu memuji padanya kerana adanya minuman itu."

(Riwayat Muslim)

boleh langgan hadis di Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

nak bace ceritaku tentang makanan? klik [sini]

17 June 2009

bersihkan diri

Daripada Jabir r.a., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Perumpamaan solat-solat lima waktu itu adalah seperti sungai yang mengalir secara melimpah-ruah pada pintu rumah seseorang dari engkau semua. Ia mandi di situ setiap hari lima kali."

(Riwayat Muslim)

16 June 2009

3 eBuku Percuma buat pembaca blog ni :) teruskan bersama blog ni :)

Sambil online sambil jana duit, bagi saya ini ialah bonus sampingan dalam berblog.

Jika anda tiada masa nak baca celoteh saya, boleh terus download di [sini].

Ebook ini ada yang PERCUMA, ada yang berbayar. Yang berbayar ada yang kualitinya tak seberapa. Yang percuma, ada yang kualitinya mengalahkan yang berbayar.

Kini, khusus buat pembaca blog ini, saya ingin kongsikan 3 (ya, TIGA!) buah ebook berbahasa Melayu. Adakah saya katakan ianya PERCUMA ?

Ya, ianya PERCUMA. ebook-ebook ini ditulis oleh IM tempatan yang tak berapa terkenal, RK.

Raja Kamil atau nickname online beliau RK, ada berkongsikan 3 buah ebook mengenai PENGALAMAN SEBENAR beliau menghasilkan duit secara online.



3 Ebook beliau ialah :

1. Ikan Kecil Ikan Besar - ebook berkaitan motivasi
2. Langkah mudah tukar sampah jadi duit - cara buat duit dengan barang2 rosak
3. 3 Cara Buat Duit Dengan Blog - dengan blog pun boleh buat duit? Tak pecaya?, Bacalah !!!

Download di [sini].

Jangan lepaskan peluang mempelajarinya.
Saya rasa itu je kot. Tak nak ulas panjang-panjang, anda nilai lah sendiri :)

atau anda ingin membeli e-book "Formula Duit10Minit" dapatkan potongan harga dari RM150 ke RM50 dari hari ini ke 19 Jun 2009.
klik sini> Image Hosted by ImageShack.us

12 June 2009

Pernahkah ke mana-mana sahaja pergi, ada sahaja yang menyayangi?

Al-Hadith : Apabila Allah Mencintai HambaNya

Daripada Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Jikalau Allah Ta'ala itu mencintai seseorang hamba, maka Dia memanggil Jibril dan memberitahu bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah si Fulan itu (wahai Jibril). Jibril lalu mencintainya, kemudian ia mengundang seluruh penghuni langit dan memberitahu bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah si Fulan itu. Para penghuni langit pun lalu mencintainya. Setelah itu diletakkanlah kecintaan padanya di kalangan penghuni bumi."

(Muttafaq 'alaih)

11 June 2009

Acar ikan

mencari resepi yang tak pernah saya masak adalah pilihan resepi untuk dicuba. tambahan pula, resepinya mudah dan cepat. sedap ke tak, tak tahu lagi sebab belum cuba. insyaAllah saya akan cuba kongsikan resepi yang kebanyakkannya bertemakan ikan kerana masakan ikan menu kebiasaan keluarga saya.


Acar Ikan 1.00
Kiriman: Zaza
Sumber: Buku Resipi Keluarga
Hits: 2981 Rating: 1.00 Review: 0
Bahan-Bahan:
1 ekor ikan bawal (digoreng)
1 biji timun
1 batang lobak merah
1 biji tomato (dibelah 4)
5 biji cili merah (dibelah 2)
5 ulas bawang putih
2 labu bawang besar (ditumbuk)
1 cawan pati santan
1.2 cm halia (dihiris)
Sedikit garam
Cara:
1. Timun dan lobak merah dipotong halus-halus.
2. Panaskan minyak tumis bawang, kemudian masukkan cili,halia,timun serta lobak merah.
3. Apabila telah emput masukkan pati santan dan tomato.
4. Bila sudah mendidih dan agak pekat tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi.


ttp://resepi.mesra.net/Detailed/2174.shtml


ketegori baru- Resepi masakan- Ayam Halia

saya sedang mencari resepi2 baru untuk di cuba, jemu pula resepi yang sama. tak salahkan letak di blog ni? name pun koleksi..hehe. apepun semuanya boleh dikongsi asalkan hal yg baik kan?

antara resepi popular ; ayam masak halia

(ada banyak versi, pilihlah ikut citarasa dan bergantung bahan yang sedia ada di dapur)



Resepi "AYAM MASAK HALIA "




Disebabkan saya ni amat2 malas nak masak... so saya suka masak sesuatu yang amat simple... just need 10 minit tuk sediakan bahan and sampai ayam masak =)

Bahan-Bahan:

1. ayam lah kan - 3-4 ketul
2. bawang besar potong memanjang 1 biji
3. bawang putih 4-5 ulas (yg kecil2)
4. halia (banyak) dalam 3-5 inchi
5. sos tiram sesudu
6. garam
7. air

Cara-cara memasak:
1. goreng ayam sampai masak ( boleh dilakukan kemudian jika malas)
2. tumis bawang besar dan kecil
3. masukkan halia.
4. selepas goreng sehingga naik bau, masukkan ayam
6. masukkan sos tiram dan sedikit air. tambah garam secukup rasa.
7. tunggu ayam masak....
8. dah siap =)

Sumber: teman serumah

selamat mencuba

http://resepi.iluvislam.com/v1/articles.php?article_id=180








Ingredients:

Bahan-bahan
500 gm ayam [potong kecil dan basuh bersih]
3 s/b sos tiram ]
1/2 cawan air ] bancuh
1 s/k tepung jagung ]
1 s/k serbuk lada hitam
1 pokok daun bawang [potong pendek]
1 biji buah tomato [belah 4]
minyak
garam

Bahan Hiris
5 cm halia
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah


Directions:
Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu.
2. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkna sikit air dan tutup
3. Masakkan ayam sehingga lembut.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan sos tiram. Biarkan sehingga pekat.
5. Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau rata.
6. Hidangkan

http://senoritah.multiply.com/recipes/item/3/AYAM_MASAK_HALIA_



Ayam Halia (Chicken Ginger) 9.00
Kiriman: Flora Louis Lang
Sumber: sendiri
Hits: 510 Rating: 9.00 Review: 0
Bahan-Bahan:
1 keping dada ayam.
5 cm halia muda.
2 batang daun bawang.
2 biji cili merah.
2 ulas bawang putih.
1 sudu makan sos tiram.
1 sudu makan kicap pekat.
1 sudu tepung jagung.
garam dan serbuk perasa.
Cara:
Potong isi ayam nipis-nipis memanjang.Halia dan cili merah dimayang halus memanjang juga.Tumis bawang putih yang telah dicincang sehingga kekuningan, masukkan halia muda, tumis lagi sampai halia kekuningan. Masukkan ayam,sos tiram,kicap,garam dan serbuk perasa dan sedikit air, masak sehingga ayam empuk. Untuk memekatkan kuahnya masuk tepung jagung dicampur dengan sedikit air. Akhir sekali masukkan cili merah dan daun bawang.

sumber:
 http://resepi.mesra.net/Detailed/5994.shtml
pesanan: jangan ketinggalan mengetahui produk-produk dibawah, hanya klik pada banner, anda akan terus ke website mereka :)

create your own banner at mybannermaker.com!

*BERMINAT BERIKLAN DI SINI SILA HUBUNGI SAYA:)

10 June 2009

komik


surah al-Isra' ayat 32 ; Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)


surah al- Dzaariyaat ayat 55 ; Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.

klik pada gambar untuk besarkan




gambar dari : http://profiles.friendster.com/24508841

tafsir al-Quran dari : http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/

ingatkan dosa sikit.. tiba2... bila jumpa ALLAH S.W.T nanti... DOSA2 BERTIMBUN... na'uzubilllah...

Tika berada di padang pasir bersama para sahabat..

Sabda Rasulullah:"Wahai sahabat-sahabatku, berkumpullah kemari. Carilah wahai sahabatku, ranting-ranting kayu, dan kumpulkan ia."

Kemudian para sahabat pun mencari ranting-ranting kayu seperti yang diarahkan Rasullullah.

Seketika kemudian, Rasullullah memanggil semula para sahabat berkumpul lalu bersabda:
Sabda Rasulullah:"Wahai sahabat-sahabatku, berkumpullah kemari. Carilah, ranting-ranting kayu, dan kumpulkan ia."

Akhirnya, Rasullullah memanggil kembali setelah dilihatnya para sahabat keletihan mencari ranting-ranting kayu,lalu bersabda:
"Seperti inilah dosamu setiap hari. Sepertinya tidak ada, tetapi kelak dihadapan Allah terkumpul banyak."


TAUBAT... TAUBAT... TAUBAT... JANGAN PUTUS ASA DALAM MENCARI REDHANYA...
MUJAHADAH.. MUJAHADAH... MELAWAN NAFSU... DUNIA INI PENJARA ORANG MU'MIN... DUNIA INI MEMANG TEMPAT DIUJI...

dari : http://profiles.friendster.com/24508841

07 June 2009

Melihat keindahan ciptaan Allah




mari tengok video sesumpah ni pula


Maha suci Allah SWT yang menciptakan segala sesuatu. Astaghfirullahal a'zim.
Uniknya, Ini baru keunikan di dunia.. Belum lagi disana. Allahua'lam

ambil dari : http://sahabatmusleem.blogspot.com/search/label/Ciptaan%20Allah%20SWT

06 June 2009

for those who love to save

just 1 click, DiGi will donate RM5 to them.
there were many organizations involved, u choose one.
please distribute this good news.
for more details please visit : http://www.lovetosave.com.my


Money isn’t the only thing we can save.

The amazing thing we’ve discovered is that even in difficult times, people still find energy to care about something beyond themselves.
For some people it’s children. For others it’s the planet.


That inspired us at DiGi to try and raise RM150,000 in 30 days. And you have the power to help with a single click. And it does NOT matter which mobile network you are on – just as long you are among those who LovetoSave.

Just click once on the charity you’d like to support, and DiGi will donate RM5 to it.

We all have a cause close to our hearts.

This is our chance – all of us – to contribute.
To see the other thing that DiGi cares about, please click here.

05 June 2009

UKHWAH AWARD 2009 :)


baru je join follower site http://sahabatmusleem.blogspot.com dah dapat award dari blog tu..terima kasih kak.hehe. first award ni :) award ni akan saya kongsikan juga bersama dengan kenalan2 blogger dalam merapatkan ukhwah sesame kite iaitu followers blog laman koleksi hidayah ni, kenalan bloggers yang mengenali saya, dan buat semua pembaca yang bertandang di blog ni (jika anda punyai blog).
terimalah award ni dari saya untuk anda semua.
ukhwah fillah abadan abada, insyaAllah :)

04 June 2009

Kartun Ashabul Ukhdud/ Ghulam ad-Dhawah/ The Boy and The King

best cite ni. bahasa arab tapi ade translation bahasa melayu. lau nak download click kat button google kat sbelah bawah video.



ambil dari : http://lobaitampin.blogspot.com/2009/05/kartun-ashabul-ukhdud-ghulam-ad-dawah.html

Gangguan Syaiton

Gangguan terbesar yang sering menimpa manusia adalah gangguan jin dan syaitan.Allah SWT dan RasulNya telah memperingatkan kita akan gangguan jin dan syaitan ini.Allah SWT berfirman yg bermaksud:

"Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh nyata bagimu,maka anggaplah ia musuh(mu),kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala" (Fathir:6)

Rasulullah SAW bersabda:

"Syaitan adalah serigala bagi manusia"

Meskipun gangguan syaitan dan jin itu lemah namun itu adalah gangguan yang menghancurkan manusia,jika sekiranya ia berada dalam keadaan terbuka tanpa pelindung.

Pelindung manusia yang dengannya Allah SWT mencegah dari gangguan syaitan adalah menggunakan pelindung yang disyar'i,iaitu sesuai tuntutan agama yang tertera dalam Al-Quran dan sunnah Nabi SAW.

Contohnya ialah:-

1-Merealisasikan Tauhid peng Esaan kpd Allah dlm rububiyah,uluhiyah,nama dan sifat2Nya.

2-Menghindari bersendirian.

Rasulullah SAW bersabda:"Tetaplah kamu dalam berjemaah.Jangan sesekali kamu berpecah-belah!Sesungguhnya syaitan bersama orang yang bersendirian.Syaitan akan berada lebih jauh daripada orang yang berdua.Barangsiapa yang ingin menghirup aroma syurga,maka tetaplah berada dalam jemaah."

3-Menjaga Solat Jemaah

Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak ada tiga orang yang berada dalam perkampungan atau perjalanan,kemudian mereka tidak mendirikan soalt jemaah,kecuali syaitan telah menguasai mereka.Oleh kerana itu,tetaplah berada dalam jemaah,sesungguhnya syaitan akan memangsa kambing yang terpisah dari kelompoknya."

4-Selalu Memperbanyak Mengingati Allah SWT
Allah SWT berfirman:
"Syaitan itu menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingati Allah.Mereka itulah golongan syaitan.Ketahuilah bahawa sesungguhnya golongan syaitan itulah gologan yang rugi."

5-Berhenti Mendengar Muzik dan Lagu

6&7-Menghilangkan Gambar2 dan Tidak Memelihara Anjing diRumah.
Nabi SAW bersabda:
"Malaikat tidak akan menemani seseorang yang dirumahnya ada anjing dan loceng".
Baginda juga bersabda:
"Rumah yang didalamnya ada gambar2 tidak akan dimasuki malaikat".

8-Menghindari Bergaul Dengan Teman2 Yang Jahat
Nabi SAW bersabda:
"Kamu jangan berteman kecuali dengan orang2 yang beriman dan jangan biarkan orang lain memakan makananmu kecuali orang yang bertakwa".

9-Sering Mengeluarkan Sedekah Walaupun Sedikit

Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya sedekah benar2 memadamkan kemarahan Tuhan dan mencegah mati dalam keadaan buruk".

10-Memperbanyakkan Membaca Al-Quran

Dan sebenarnya banyak lagi yang boleh dilakukan untuk menghindar dari gangguan syaitan laknatullah ini....Semoga kita semua terhindar dari bisikan dan gangguannya.ya Allah jauhilah kami dari malapetaka ini ya Allah...sesungguhnya hanya pada Engkaulah kami meminta pertolongan...-AMIN ya Rabbal a'lamin.

sumber:http://warkahseharumcinta.blogspot.com/

Thankfull to Allah You are lucky!!

(jika anda tidak dapat melihat gambar, sila buka menggunakan browser internet explorer)


Thankfull to Allah You are lucky!!



If you think you are unhappy, look at them.


Taman2Syurga E-group
If you think your salary is low, how about her?
[]
If you think you don't have many friends...
[]

















[]




[]




[]





[]
[]
[]
[]
[]
[]




SERTAI KAMI
Taman2Syurga E-group