31 March 2009

Be careful how you list names on your cell phone!

Be careful how you list names on your cell phone! Be Safe! This lady has changed her habit of how she lists her names on her mobile phone after her handbag was stolen. Her handbag which contained her mobile phone, Credit card, purse...etc. ... was stolen. 20 minutes later when she called her Hubby, from a pay phone telling him what had happened. Hubby says 'I've just received your sms text asking about our Pin number. I replied a little while ago.' They rushed down to the bank, the bank staff told them all the money was already withdrawn. The pickpocket had actually used the stolen hand phone to text 'hubby' in the contact list and got hold of the pin number. Within 20 minutes he had withdrawn all the money from the bank account. The lesson: Do not disclose the relationship between you and the people in your contact list. Avoid using names like Home, Honey, Hubby, sweetheart, Sayang...... Dad, Mum etc....... And very importantly, when sensitive info is being asked thru texts, CONFIRM by calling back. Also, when you're being texted by friends or family to meet them somewhere, be sure to call back to confirm that the message came from them. If you don't reach them, be very careful about going places to meet 'family and friends' who text you. PASS IT ON to people you love!!!!!!!! !

30 March 2009

ESQ - Feel The Experience

alhamdulillah..
saya dapat turut serta dalam ESQ, moga anda pun tidak melepaskan peluang,insyaAllah jika ade kesempatan joinlah ESQ ni..rasailah sendiri.suatu pengalaman yg berbeza dengan visual yg dipaparkan amat menyentuh hati dan trainer yg berpengalaman memberi input pada peserta.tak bosan malah seronok dan bahagia berada di kursus ni, 2 hari tempoh kursus, 2 hari saya berendam air mata. blog saya yg kedua telah di public kan..jadi boleh la membaca sedikit luahan sambungan disana.. moga anda merasai pengalaman seperti saya,lagi skali saya ingin katakan,jangan lepaskan peluang,join lah ESQ training ini,sesuatu pengalaman yg berbeza.

link pautan ; http://bloghidayah.blogspot.com/2009/04/ya-allah.html

27 March 2009

Cek balik hati kita camne? adakah hidup atau mati?

tanda hati mati..

1. Mengaku kenal Allah s.w.t tetapi tetapi tidak menunaikan hak- haknya.

2. Mengaku cinta pada Rasulullah s.a.w tetapi tidak menunaikan Sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengan hukum- hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat- nikmat Allah s.w.t tetapi tidak mensyukuri atas pemberiannya.

5. Mengaku syaitan itu musuh tetapi tidak berjuang menentangnya

6. Mengaku adanya nikmat syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka tetapi tidak berusaha untuk menjahinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain tetepi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantarkan dan menguburkan jenazah/ mayat saudara seIslam tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya

6 teka-teki imam al-Ghazali..

Imam Ghazali berteka-teki dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :” Orang tua, guru, kawan dan sahabat”. Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah ‘mati’. Firman Allah dalam surah Ali ‘Imran ayat 185 :

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ

Maksudnya : Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari qiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sesungguhnya dia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan



KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :” negara China, bulan, matahari dan bintang”. Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah ‘masa lalu’. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke amasa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.



KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: ” Gunung, bumi, matahari”. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah ‘nafsu’. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam. Ayat 179 surah al-A’araf :
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالأِِنْسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَ يَسْمَعُونَ بِهَا ۚ أُولَٰئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ

Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka jahannam kebanyakan daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak digunakan untuk memamahami ayat Allah. Mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakan untuk melihat tanda kekuasaan Allah, Mereka mempunyai telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengar ayat Allah. Mereka itu seperti binatang bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai



KEEMPAT beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :” Besi, gajah”. Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah ‘menanggung amanah’. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak. Ayat 72 Ahzab
إِنَّا عَرَضْنَا الأَ مَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الأِنْسَانُ ۖ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولاً

Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka bimbang akan mengkhianatinya dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat jahil



KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :” Kapas, angin, debu dan awan”. Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah ‘meninggalkan sembahyang’ kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.



KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab :’ Pedang”. Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah ‘lidah manusia’ di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

قال الرسول e : مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ أَوْ لِيَسْكُتْ
Maksudnya : Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka dia hendaklah hanya berkata perkara yang baik atau pun dia diam

Expo karnival jualan- UiTM Pulau Pinang

Expo karnival jualan- UiTM Pulau Pinang

Jemput semua datang

Tarikh : 26/3/2009 – 29/3/2009 (khamis-ahad)

Tempat : berhampiran depan pintu utama UiTM pulau pinang,permatang pauh.

Masa : 10pagi – 11.30malam

Selingan : malam tadi Hijjaz datang..seperti biasa bila tengok “konsert live” menambah lagi kecintaan terhadap nasyid..tambah-tambah kepada kumpulan nasyid yang datang tu..selama ni nyanyi,dan mendengar lagu diorang,tak sangka pula dapat melihat depan mata mereka menyanyi. Alhamdulillah. Haritu, UNIC.. semalam Hijjaz dan Qatrunnada(qatrunnada ni nyanyi dan main muzik live,kreatif diorg,sbenarnye x kenal pun mereka,baru kenal malam tadi..nak search internet la) hmm pasni…? Harap ade lagi.. :)

23 March 2009

ESQ Training

ESQ ni semakin dikenali,uitm pun tak lepas peluang menghantar lecturer dan pelajar2 join ESQ ni...mereka kata best,motivasi pembangun jiwa rohani,ramai balik jadi insaf, tafsir quran dilagukan dengan video yg menarik.. minggu depan insayaAllah saya gi..dibuat di politeknik seberang prai selama 2 hari.. boleh tgk laman web dia,

link ; http://esq.com.my/v1/

video yg related to ESQ boleh bace komen-komen bawah video tu ; http://www.youtube.com/watch?v=ULD2MhckXY0&feature=related

dan video-video yg lain, pakat download jom! link; http://www.youtube.com/results?search_type=&search_query=ESQ

selingan;
alhamdulillah test o.k. walaupun ade yg tak dapat jawab, over all ok.thanks mdoakan.moga Allah membalasmu dgn kebaikkan yg byk :)

22 March 2009

Buang masa je-wake up!

Ape nak jadi dgn aku ni?

asik buang masa je.

study r sok test-

ya Allah hadirkan semangat tuk aku belajar,gerakkan kaki, tangan dan mindaku tuk belajar.

Aku mahu,aku nak,aku mesti belajar lillahi taa’la.

Sape2 yg bace post ni doakan saye ye sok kul 10pg ade test.

Moga dipermudahkan dan dpt jwb dgn baik.-insyaAllah.

Moga dpt bjaga dgn baik mlm ni.

(jgn contohiku study last minute-bahaye-warning !! )

moga ini yg terakhir study last minet ku.letih o study last minet ni nak perah otaknye.memang study tak relex.

p/s : -doa itu senjata kuat kita-


-click kat gambar untuk besarkannya.


21 March 2009

peringatan tuk diri sendiri

semalam hari yg sedih sangat
lepas balik dari mendengar tazkirah
tazkirah semalam tentang ikhlas dalam beramal...
tak kira apa pun perkara yg kita buat
ikhlas kerana Allah
setiap perkara yang kita buat
mesti atau nak atau mahu
paling lengkap ketiga2 perkara tu harus ada
aku mesti buat,aku nak buat,aku mahu buat
terasa diri ni banyaknya dosa
tak henti ku beristigfar
setiap istigfar setiap tu berjujuran air mata
masa makan nasi pun aku masih terasa sedih
ingatkan dapat kurangkan kesedihan,perut memang lapar
tetapi..
setiap suapan aku terasa rahmat Allah
mengalir air mata lagi..
aku banyak dosa, Allah tetap memberi nikmat makanan kepadaku
aku tak layak makan,makanan dari pemberian dari-MU Allah
manisnya betik..
sedapnya daging..
aku banyak dosa
alhamdulillah terima kasih Allah
isk..isk..ku tak dapat menahan air mata
makan ku kali ini tak selancar seperti biasa
perlahan-lahan aku makan dan berhenti seketika
tangan menyapu air mata
hingus dah mengalir
aku bangun aku ambil sapu tangan
menghilangkan hingusku
sambung makan..kesedihan tetap membelenggu
habis makan baca doa
basuh tangan..basuh muka
pandang cermin, mataku bengkak
sungguh aku suka diriku menangis mengenang kesilapanku
aku nak nikmat menangis setiap hari
dah lama aku tak rasa nikmat menangis
dengan menangis aku dapat semangat baru dalam menjalani kehidupan
dengan bimbingan Allah,itu yang aku harapkan
penah kucuba menangis dulu ketika berdoa setelah ku membaca tentang kekuatan air mata yang takut pada Allah dapat menghalang diri dari masuk api neraka,amat susah nak nangis ketika itu
aku susah nangis,apa dah jadi pada diriku,ku cuba kenang saat ku dapat menangis dulu untuk buat diriku mengangis,tapi tak dapat juga,hati ku dah keras kah? banyak dosa kah aku?
memang banyak dosa tapi napa tak boleh nangis?
aku sedih tak dapat nangis disaat aku nak air mata ku mengalir,
tapi hanya bergenang je tak mengalir seperti yang kuinginkan
sehingga bila doa menyebut ibu ayah, barulah air mata berjujuran mengalir
aku tak berpuas hati, kerana nangis ku itu tak dimulakan berkaitan aku dengan Allah
ya Allah, ampunilah aku. bimbingilah aku dengan rahmat dan petunjuk-Mu.
selamatkan aku didunia dan diakhirat dengan rahmat-MU. amiin..

p/s ; tazkirah yg lalu bertajuk hiburan sejati,
penceramh berpesan
jangan tak dengar tazkirah selama 3 hari
kerana hati kita perlu pengisian, roh kita nak pengisian
lau fizikal tubuh badan kita nak makan dan minum untuk menjamin kesihatan
tapi roh kita nak tazkirah
tazkirah itu banyak, sama ada membaca al-quran dan tafsir,nasyid, dengar ceramah di radio ke,berzikir, atau membaca buku ilmiah agama
itulah hiburan orang yg beriman..
kalau hati kita tak suka dengan hiburan sejati ini
cuba cek balik diri kita, ada masalah yg kena betulkan
muhasabah bersama.

buku terbaru yang saya beli- Riwayat Bidadari Syurga







3 minggu lepas lau tak silap, kumpulan nasyid tanah air UNIC datang menghiburkan kami di kampus..anjuran persatuan kesenian islam kampus.. konsert blansung selama 2 jam lebih amat memuskan hati pelajar2,semua terhibur dengan persembahan UNIC,tak kering gusi kami..hehe.

kenangan yg tak boleh dilupakan oleh kedua2 belah pihak memandangkan UNIC first time turun ke kampus kami dan jarang turun pulau pinang, terharu berjumpa peminat mereka di kampus (UNIC menjemput 2 orang pelajar lelaki naik ke pentas dan menyayikan lagu mereka,dan 2 orang pelajar ni dapat menyanyikan dengan baik lagu mereka-ada bakat nyanyi-sehingga UNIC terharu dan memeluk pelajar tu)


habis persembahan, sesi bergambar dan signature.. dan jualan product UNIC dan HIJJAZ RECORD.. dari situ saya ternampak buku ni... dan membelek-belek nya.. setelah diyakinkan oleh seorang teman buku ni best,saya pun membeli (asal x nak beli nak jimat duit la kan..lastly bila buku ni mereka kata best jadi saya pun beli,soal jimat tolak tepi)

kesimpulannya, buku ni memuatkan tokoh wanita islam yang ternama dan ada juga yang kita tak kenal, kenal nama tapi tak tahu kisah mereka yang sebenarnya..dan saya lebih faham tentang tafsir quran tentang kisah maryam kerana huraian dalam buku ni.saya baru baca kisah 3 orang tokoh wanita islam (baru bace sikit tak habis lagi) bergenang air mata
..amat bagus untuk mencontohi tokoh2 ni.. moga dapat menjadi seperti mereka insyaAllah.




Munif Ahmad

RM25.90
Januari 2009
Hijjaz Records Publishing


Alu-aluan Penulis
بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Dialah yang Wujud, Kekal, Maha Besar, Maha Berkehendak, Maha Mengetahui, Maha Pengampun dan Penyayang, Maha Pemurah dan Maha Berkuasa ke atas setiap hambaNya. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad saw. Nabi yang telah membawa seluruh umatnya ke jalan keredhaan dan keselamatan. Dia juga merupakan sebaik-baik manusia yang diutuskan Allah di muka bumi ini sebagai ikutan seluruh umat, yang membawa rahmat dan cahaya keberkatan kepada seluruh manusia.
Melalui penulisan pertama saya ini, saya ingin mengajak anda semua menghayati dan menelurusi liku-liku kehidupan dan pengorbanan wanita-wanita serikandi dahulu yang sanggup berkorban dan mempertahankan keimanan mereka terhadap Allah swt sehingga tanpa ragu-ragu sanggup mempertaruhkan nyawa mereka sendiri. Itu semua dilakukan demi meninggikan syiar Islam di muka bumi ini dan mengagungkan agama Allah ini.
Idea penulisan buku ini tercetus dari tugas dan tanggungjawab sebagai composer lagu-lagu nasyid. Bagi yang sering mengikuti perkembangan saya, pasti anda sedar saya banyak menghasilkan lagu-lagu yang bertemakan penceritaan sejarah srikandi Islam, kehebatan wanita-wanita terdahulu memperjuangkan Islam dan kesanggupan mereka untuk mati kerana Islam. Dari inspirasi sebuah lagu, saya terjemahkannya melalui buku ini supaya sedikit sebanyak akan memberi kekuatan dan inspirasi kepada pejuang-pejuang agama dan dorongan untuk kita sentiasa menjadikan wanita-wanita yang hebat ini sebagai ilham dan sumber kekuatan untuk melayari liku-liku kehidupan yang mencabar lewat ini. Betapa tidak? Mereka yang dikatakan kaum yang lemah, mampu berdiri sebaris dengan pahlawan-pahlawan Islam yang jauh lebih gagah tanpa ada rasa gentar walau sedikit pun. Biarpun perjuangan itu menurut kemampuan mereka masing-masing, namun ganjaran yang dijanjikan Allah swt untuk mereka tetap standing dengan apa yang telah dijanjikanNya untuk para syuhada’.
Di samping itu saya sertakan juga lirik-lirik lagu sering berkumandang di radio-radio. Mungkin ada yang tertanya-tanya siapakah Sumayyah? Siapakah Ratu Syahadah? Siapakah Zinirrah? Jadi melalui buku ini, Insyaallah anda akan lebih mengenali para wanita penghuni syurga ini.
Hasil dari bacaan dan rujukan buku-buku, kitab-kitab sejarah lama dan kisah-kisah dari Al-Quran maka mana yang dirasakan sesuai dan menepati kehendak penceritaan maka saya himpunkan. Mudah-mudahan ada kebaikan untuk umat Islam seluruhnya dan untuk diri saya serta keluarga.
Untuk mendapatkan keberkatan di atas usaha-usaha ini sama-samalah kita mengirimkan Surah Al-Fatihah buat srikandi-srikandi ini. Moga-moga kita akan mendapat kekuatan dan kehebatan seperti mereka... Al-Fatihah.
Akhir kalam, apa yang benar datangnya dari Allah swt dan yang tidak benar datangnya dari kelemahan diri saya sendiri. Wassalam.
Hamba yang daif
Munif ahmad @ Putra Aiman
Munifhijjaz@yahoo.com

Beli di:
http://lamanpenerbithrp.blogspot.com
sumber ; thanks n credit to ; http://lamanpenerbithrp.blogspot.com

pesanan: jangan ketinggalan mengetahui produk-produk dibawah, hanya klik pada banner, anda akan terus ke website mereka :)

create your own banner at mybannermaker.com!

*BERMINAT BERIKLAN DI SINI SILA HUBUNGI SAYA:)

Hadis

Hadis keenam dalam himpunan Hadis 40 susunan Imam al-Nawawi ada menyatakan daripada Abi Abdullah al-Nu'man bin Basyir, beliau mendengar Rasulullah bersabda maksudnya "Ingatlah dan bahawasanya dalam jasad manusia itu ada seketul daging yang apabila baik daging itu, maka baiklah jasad keseluruhannya, dan jika rosak daging itu akan rosaklah jasad keseluruhannya, ingatlah, itulah dia hati" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

20 March 2009

aku jutawan??? boleh cayer ke email-email ni??

tahniah no siri account email anda terpilih memenangi US berdolar-dolar!! korang penah dpt tak email suruh claim money,menang itu menang ini atau jadi partnership bisnes dapt duit sekian2..seperti contoh di bwh ni ??.. bagi alamat la no fon apa la.. boleh caya ke? apepun hidayah x nak caya, skang macam2 kes songlap duit, tak pun kita yg papa kedana kene bayar atas nama kita padahal tak buat apa2 jual beli atau urus niaga apa pun..

sapa yang tahu camne nak halang email2 ni masuk ke mail box saya?? inbox penuh dengan email2 ni..ni sebahagian sikit je saya bagi contoh..dalam inbox saya dah mencecah seratus rasanya dan akan jadi beratus2 nanti sebab dah 3 bulan non-stop email ni masuk.. :( ...

">
The Monday Lottery
FILE FOR CLAIMS
Wed, 3/18/09
3KB
Read

">
UK NATIONAL LOTERY BOARD
****CONGRATULATION


">
Hyundai Motor Company
Hyundai Funds Grant
Thu, 3/19/09
3KB
Read


">
Saka Bello
CONFIDENPLEASE RSV P CLICK ..TO VIEW MY MESSAGETIAL
Thu, 3/19/09
9KB
Unread


">
Saka Bello
CONFIDENPLEASE RSV P CLICK ..TO VIEW MY MESSAGETIAL
Thu, 3/19/09
9KB
Read


">
Saka Bello
CONFIDENPLEASE RSV P CLICK ..TO VIEW MY MESSAGETIAL
Thu, 3/19/09
9KB
Read

">
kuma joseph
from kuma joseph
Thu, 3/19/09
5KB
Read

">
Maria Williams
Winning NO: XB3/701/LNRC
Thu, 3/19/09
5KB
Read

">
Mrs.Mariam Degeh
PLEASE CONTACT ME FOR DETAILS IMMEDIATELY.
Thu, 3/19/09



">
Ngolo Michel
I NEEDED YOUR PARTNERSHIP.
Wed, 3/18/09
9KB
Read


">
Mr Dan Emmanuel
DEAR MY GOOD FRIEND

Interest in promoting this blog? copy the pictures and put at your site


dari gambar kecil hingga besar. pilih2.. :)









19 March 2009

-* Bersyukur Atas Semua Nikmat-Nya *-

Hari ini dalam sebuah bus
Aku melihat seorang gadis dengan rambut keemasan
Aku berpikir andaikan aku secantik dirinya,
Ketika hendak turun dari bus
Aku melihat dia tersaruk-saruk di antara tempat duduk
Dia hanya memiliki satu kaki dan menggunakan kruk (tongkat penyangga)
Tetapi ketika dia melihatku dia tersenyum dengan manisnya.
Ya Allah, ampuni aku ketika aku tidak bersyukur
Aku memiliki dua kaki, dunia ini adalah milikku.
Aku berhenti sejenak untuk membeli permen
Anak lelaki yang menjual permen itu sangat tampan
Aku bercakap-cakap dengannya dan dia tampak sangat bahagia
Ketika aku hendak meninggalkannya
dia berkata padaku,
"Kamu sangat ramah padaku, terima kasih.
Tidak semua orang mau berbicara denganku, karena aku buta."
Ya Allah, ampuni aku ketika aku tidak bersyukur
Aku mempunyai sepasang mata, dunia ini adalah milikku
Ketika aku berjalan di pesisir kota
Aku melihat anak lelaki kecil bermata biru
Dia berdiri dan melihat orang-orang bermain
Dia nampak murung, tidak tahu apa yang harus dilakukan.
Aku mendekatinya dan berkata,
"Mengapa kau tidak bergabung dengan anak-anak itu?"
Dia menatapku, tanpa mengucapkan sepatah kata
Baru aku sadar, dia tak dapat mendengar,
Ya Allah, ampuni aku ketika aku tidak bersyukur kepada-Mu
Aku mempunyai sepasang telinga, dunia ini adalah milikku
Dengan kedua kakiku, aku meneruskan perjalananku
Dengan kedua mataku, aku melihat kilau matahari terbenam
Dengan kedua telingaku, aku dapat mendengar apa yang aku mau
Ya Allah, ampuni aku ketika aku tidak bersyukur
Aku memiliki segalanya dalam ragaku,
Dunia ini milikku
Betul kata pepatah,
Bahwa kita tidak menyadari apa yang kita miliki
Hingga milik kita diambil oleh-Nya
Dan kita tidak menyadari apa yang pernah hilang hingga Allah memberikan hal itu padakita.
Astaghfirullahaladzim...
---------------------- ------------------------
Ya Allah,
Jadikan aku orang yang bersyukur, agar aku memiliki kekayaan hati....
Jadikan aku orang yang bermanfaat bagi orang lain, karena disanalah aku kan menemukan nilai diriku dalam hidup ini...
Jadikanlah aku orang yang selalu dapat bersyukur atas nikmatMu
Baik di saat lapangku maupun di saat sempitku
Dan jangan Engkau jadikan aku orang yang kufur terhadap nikmatMu..
Amiin.
...fatum

post dari juara akademik al-quran : Abdullah Fahmi

diambil dari post buletin friendster oleh juara akademik al-quran musim pertama: Abdullah Fahmi. link ; http://profiles.friendster.com/36590072


Apa sudah jadi pada Masyarakat kite?


Renungan bersama....

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang
amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah
terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut
oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau
terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan
dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga
simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh
dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah
di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan
untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia
makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah
mereka yang hadir makankenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka
termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta
peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap
salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada
duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri.
Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi.
Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi
sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah
panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik
kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di
masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini
suatu perbuatan yang terbalik.




Kisah benar dari Palestin

Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma,Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari.Berikut adalah kisah benar dari beliau dari pengalaman beliau di Gaza:

> > Peristiwa 1: Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa,ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka.Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia.Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya.Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran.Setelah habis adegan aneh itu,para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan!Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu???Allah hu Akhbar!

> > Peristiwa 2: Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakn uniform pejuang bewarna hijau!Siapakah yang berbaju putih itu???

> > Peristiwa 3: Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

> > Peristiwa 4: Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasaran nya iaitu anggota tentera mereka sendiri!Ia berpatah balik!!!Allah hu Akhbar!
> > Peristiwa 5: Pada permulaan perang,roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan,tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia.Dan roket itu mengenai sasaran di Israel!!!

> > Peristiwa 6: Yang paling menakjubkan,seorang ulamak Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah S.A.W dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya.Ulamak itu berkata "Wahai Rasulullah,kemana kamu mahu pergi?",lalu baginda menjawab "Aku mahu berperang di Gaza!!!"...masyaAllah,Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza!!!Dimanakah kita???

> > Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan.Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui. Allahu Akbar!!!



hidup dunia x abadi....

usahalah untuk hari akhirat...




Amalan untuk kita

AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP

1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya..