"Jika diri tidak di isi dengan kebenaran,maka diri akan di isi dengan kebatilan". Moga barmanfaat.
28 February 2009
Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita
2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)
3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.
4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).
5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)
6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).
7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.
10) Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.
11) Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.
12) Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.
13) Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).
14) Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.
sucikanla hatimu..
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini....awal lagi ni?.zzzzzzzz
Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla..... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .
Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh,panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!
Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?
Manusia - Azan sudah kedengaran... .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni?
Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh.... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .
Manusia -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2.... pandai2lah?
Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat...lagipun muda hanya sekali...rugila. (kalau sempatla)
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?
Manusia- Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA,kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....
Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan - Tak payah
25 February 2009
TAG:ANDA DAN BLOG- Apa tu laman koleksi hidayah?
(ayat pengenalan bawah ni copy paste je, soalan pun same,jawapan je yg saye tulis)
Tag… Ada apa dengan tag? Kenapa orang yang memiliki blog amat suka tag orang lain? Untuk pengetahuan anda semua, tag ini merupakan satu medium untuk blogger lain mengenali pemilik blog yang mereka telah tag. Kenapa saya berkata demikian? Yelah…melalui soalan-soalan tag, mereka yang telah ditag akan menjawab soalan yang diberikan. Secara tidak langsung, melalui soalan-soalan itu kita dapat mengenali diri pemilik blog.
ANDA DAN BLOG
1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
Awal penubuhan blog ni saya memilih nama hidayahlela.blogspot.com kerana itu adalah nama gabungan nama saya dan ibu saya. nur hidayah ialah nama saya dan lela ialah nama ibu saya, dan blogspot.com adalah alamat web blog saya.bape banyak dan la.. senang cerita ikut bulat2 nama alamat web blog! :)
Kemudian saya menukarkan kepada ..bisikan nurani... Kerana saya rasakan blog saya bukan mengenai hal peribadi saya tetapi lebih kepada umum
tetapi setelah melihat ada blogger yang memakai nama blog bisikan nurani jadi saya tukar pula kepada .....Secebis Coretan.... yang membawa maksud catatan yang sedikit kerana saya tak pandai tulis banyak2, post yang saya tulis boleh baca di label "ceritaku" atau klik >[link], itu sume memang original tulisan saya. dalam blog ni banyak diambil dari sumber lain, kisah2 atau artikel2 yang di copy paste dan dikumpulkan dalam blog saya ni untuk dikongsi bersama. Nape ade titik-titik .... sebelum dan selepas nama blog .. kerana saye suke pada kekreatifan, ops ade ke bahase kekreatifan,huhu kreativiti, jadi ada kelainan sikit dari kebanyakkan blog lain.lagi unik lagi saya suke. Kalau boleh nak hasilkan sesuatu lain dari yang lain.
Oh ye,sebut bab kumpul mengumpul ni,terlintas pula nama lain,hoho :).. mungkin nama koleksi hidayah ke..tengok la camne nanti.
Blog lama saya yang masih boleh dilayari,klik>[link],blog tu tiada nama,tapi berdasarkan alamat blog, petum adalah nama kenangan saya sewaktu sekolah menengah,nama yang diberi oleh akak senior semasa orentasi dan nama tu melekat sampai sekarang di kalangan kawan baik semasa sekolah dulu.
dan yang terbaru pula adalah blog peribadi saya,klik> [link] , mencerita hal2 peribadi saya dan suka duka kot? ape2 je la kisah yang saya segan nak dikongsi pada umum, atau macam tak sesuai je dimuatkan dalam blog ni..
2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
hidayahlela.blogspot.com. timbulnya kerana ..dah diberitahu seperti yang dinyatakan di atas.
Penah gak terlintas nak tukar alamat blog lain, tapi tak jadi sebab dah ramai tahu,nanti tak boleh nak dilayari pule.
3) Apakah metod penulisan dalam blog anda?
Ikut suka hati jadila rojak yang sedap hehe.. apapun tengok la pada tajuk post nye..lau santai,santai la bahase nye, lau tentang tak puas hati tegas la gayenye. Niat asal adalah nak berkongsi artikel2 keagamaan,nak berdakwah,nak dekatkan diri saya dan pembaca blog ni pada islam dan bercerita sikit la tentang saye. Maka terhasil la blog ni seperti yang anda lihat sekarang,pada pandangan anda tercapaikah objektif penubuhan blog ni? Saya yang uruskan blog ni,pandangan orang lain saya tak tahu,jadi boleh bagi pandangan kat ruang ulasan ye.
4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
Tak pernah..napa mesti nak dihapuskan,xde sebab. InsyaAllah walaupun satu hari nanti saya dah tak aktif dalam blog, saya tak kan delete blog-blog saya,benda yang boleh dikongsi biarlah dikongsi sampai bila2.moga tidak sia-sia.
5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
Blog yang tag saya adalah http://hurulain1404.blog.friendster.com/. Blog seorang kenalan dari friendster,blog yang banyak menceritakan kehidupan hariannya dan banyak mengaitkan kisah kehidupannya dengan islam, olahan menulis yang menarik yang boleh meninggalkan kesan positif pada saya.rumusannya,sebuah blog yang membangun jiwa,mendekatkan diri kita kepada Allah.
6) Senaraikan 5 orang yang akan anda tag.
Abg Hamka- http://keretamayat.blogspot.com/
Syaima-http://pripsa.blogspot.com/
Fathiyyah-http://fathiyyah.blogspot.com/
Kak Farizah-http://pedangislam.blogspot.com/
Liyana-http://liyanakmal.blogspot.com/
dan
24 February 2009
HATI-HATI DALAM MENYEBARKAN
21 February 2009
siapa manusia yg paling baik dari kalangan kita?
aku dalam usaha meningkatkan pengetahuan dalam ilmu agama, kerana selama ini aku rase diriku banyak dihabiskan dengan ilmu duniawi..aku bukan lah pelajar bidang agama, sentiasalah kita berdampingan dengan orang yg soleh kerana sabda nabi Muhammad S.A.W: " jika kita berkawan dengan pembuat besi maka bau besi melekat kat badan kita dan sebaliknya jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi maka bau wangi akan melekat di badan kita", begitulah perumpamaan yg menjadi panduan dalam memilih teman,dan rakan taulan. bila aku berkenalan dan bersahabat dengan mereka sedikit demi sedikit diriku terdidik, sentiasalah berdoa moga Allah sentiasa memberi rahmat dan petunjuk-NYA. aku rase diriku jahil dikalangan mereka justeru membuat kan diriku lebih ingin mendampingi al-quran dan sunnah..tafsir quran lau boleh sehari bace sehelai muka surat..x susah kan..tapi itu lah yg ramai orang payah nak buat termasuk diriku..
mudahan2 apa yg dirancang berjaya dilaksanakan, dan haritu aku ade pergi library,,perpustakaan,, cari buku2..asalnya nak cari buku akedemik,tapi tak jumpe,dan alhamdulillah Allah menggerakkn hatiku untuk mencari buku agama..cari punyela cari..akhirnya? buku bimbingan akhlak yg memaut hatiku untuk dipinjam..kerana aku rase buku tu mengandungi kisah yg menceritakan kisah akhlak nabi Muhammad SAW.. dalam buku tu ade nabi bersabda ; " sebaik-baik manusia di kalangan kamu adalah orang yg terbaik akhlaknya"..hadis ini dimuatkan dalam mukaddimah buku tu. best buku ni..korang boleh cari dimana2 library..selain tu kisah2 tauladan pun best jugak.
..tgu nak habis bace dan amalkan..
12 February 2009
say NO to valentine day!!!
suke saya ulang ayat di bawah ni,diambil dari perbincangan komen tentang valentine
Sabda baginda:”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).
Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.
*JANGANLAH MENIRU BUDAYA KAFIR IA DOSA BESAR NANTI MENDATANGKAN KEMAKSIATAN SYAITAN KETAWA RIANG..NAUZUBILLAH




