31 October 2008

Bersihkan hati daripada hasad dengki,kikis sifat rugikan masyarakat

sumber ; http://www.najmunseven.blogspot.com


LAZIMNYA apabila badan rasa panas semacam, kita cepat-cepat mencari ubat untuk menurunkan suhu panas itu. Jika tidak berkurangan selepas memakan ubat, jalan terakhir ialah ke klinik kesihatan berdekatan atau pun hospital.

Semua dilakukan kerana ingin cepat sembuh daripada penyakit panas badan itu. Kita risau jika panas itu berlarutan dua tiga hari boleh mendatangkan penyakit lain pula. Kita mahu tubuh badan sihat sentiasa supaya dapat membuat amal ibadat.


Kebiasaannya begitulah kita cukup menjaga kesihatan tubuh badan. Semua inginkan tubuh badannya sihat, cergas dan bertenaga supaya dapat hidup ceria serta mampu bergerak ke sana sini dengan selesa.

Akan tetapi ada di kalangan kita tidak ambil peduli jika rohaninya sakit. Dibiarkan saja rohaninya sakit sekian lama tanpa berusaha mengubatinya. Ramai kurang memberi perhatian terhadap kesihatan rohani walaupun penyakit rohani lebih bahaya daripada penyakit moden.

Salah satu unsur rohani ialah hati. Hati memainkan peranan penting dalam tubuh badan manusia kerana elok hati maka eloklah manusia itu. Kotor hati, buruk akhlak manusia itu. Justeru, hati perlu dibersihkan selalu. Rohani sihat kerana hati sihat.

Allah tidak melihat manusia berdasarkan paras wajah yang cantik atau tampan. Allah tidak juga melihat akan kehebatan atau terkenalnya manusia itu dalam masyarakat atau negara. Yang Allah lihat ialah hatinya.

Sabda Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada badanmu, rupamu, tetapi langsung melihat kepada hati dan perbuatanmu." � (Hadis riwayat Muslim)

Oleh itu Allah sangat membenci orang yang membutakan hatinya. Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya kami jadikan sebagai isi neraka jahanam kebanyakan di antara jin dan manusia. Mereka mempunyai hati tapi tidak dipergunakan untuk memahami ayat Allah. Dan mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat tanda kekuasaan Allah. Dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar ayat Allah. Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai." � (Surah al-Araf, ayat 179)

Orang yang disebut Allah dalam firman-Nya itu ternyata rohaninya (hatinya) tidak sihat dan tentunya berpenyakit. Apabila rohani berpenyakit maka berlakulah sifat bertentangan tuntutan agama dan lebih buruk lagi boleh mengakibatkan manusia itu ingkar kepada Allah.

Firman Allah yang bermaksud: "Di dalam hati mereka ada beberapa penyakit, lalu Allah menambah penyakit itu, dan untuk mereka itu azab yang pedih kerana mereka telah berdusta." � (Surah al-Bazarah, ayat 10)

Antara penyakit rohani yang cukup akrab menghinggapi orang Islam ialah hasad dengki, sombong, takbur, angkuh, buruk sangka, riak, bakhil, pendendam, kufur nikmat, cinta dunia, bangga diri dan sebagainya.

Sifat hasad dengki misalnya adalah sifat yang banyak membawa keburukan dan kemusnahan. Orang berpenyakit hasad dengki ini tidak suka melihat orang lain berjaya daripada dirinya, tidak kira dalam apa juga bidang. Dia akan berusaha sedaya upaya menjatuhkan atau menggagalkan orang yang lebih daripadanya itu. Dia akan melakukannya sehingga berjaya, iaitu sehingga musuhnya jatuh gagal dan tewas.


Allah sangat benci kepada orang yang ada penyakit hasad dengki dalam hatinya. Firman Allah yang bermaksud: "Mereka itu orang yang dikutuk Allah. Barang siapa yang dikutuk Allah maka tak akan engkau peroleh baginya penolong. Bahkan adalah bahagian dari kerajaan? Jika ada, mereka tiada mendatangkan kebajikan kepada manusia sedikit pun. Bahkan adalah mereka berhati hasad (iri dengki) kepada manusia, kerana Allah memberikan kurnia kepadanya? Sesungguhnya telah Kami berikan kepada keluarga Ibrahim Kitab dan hikmah dan Kami berikan kepada mereka kerajaan yang besar. Maka di antara mereka ada yang beriman kepadanya (Muhammad) dan di antara ada yang berpaling daripadanya. Cukuplah neraka jahanam yang menyala sebagai azab bagi mereka." � (Surah an-Nisa', ayat 52-55)

Rasulullah SAW juga memperingatkan dalam hadis Baginda yang bermaksud: "Hati-hatilah kamu daripada hasad dengki kerana hasad dengki itu akan memakan semua amal kebaikan sebagaimana api memakan kayu kering atau rumput kering." � (Hadis diriwayatkan Imam Abu Dawud)

Justeru, marilah kita menghindarkan diri kita dari ditimpa penyakit rohani yang bernama hasad dengki dan segera mengubatinya jika ada tanda demikian. Kikis sifat yang merugikan diri dan masyarakat Islam seluruhnya.

Bersihkan hati kita daripada sifat hasad dengki dan sifat lain yang dinyatakan. Sesungguhnya hidup akan lebih ceria, selesa dan sejahtera jika diri sihat dan rohani (hati) juga tidak berpenyakit. Kitalah yang menentukan berubah atau tidaknya diri kita.

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sebelum kaum itu sendiri yang berusaha mengubah keadaannya (nasibnya)." � (Surah ar-Ra'd, ayat 11)

28 October 2008

looking around

byk tol idea kuar nak edit blog ni...apepun tgu cuti sem...

20 October 2008

Fw: Fwd: Fw: Pengesahan jakim

npasteKawan2.. tolonglah alertkan rakan Muslim anda sbb ini urusan dia dgn Allah:

Reply from JAKIM :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM : 1)McDonald 2) A&W 3) Secret

Recipe Restoran/syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal : 1) Victoria Station 2)Kam Lun Tai 3) Lotus Family

Restoran Restoran/syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM : 1) San Francisco Steakhouse 2)Chicken Rice shop 3)Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat. KG Pastry atau Noraini's Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarikbalik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah S/B, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM ......

3. Assalamualaikum Terima Kasih Pada yang bertanya, Mewarnakan rambut dr segi hukum syarak terbagi kepada :
1.Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam.Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja.
2.Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
3.Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
4.Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
5.Harus mewarnakan rambut dengan izin Suami.

Dari segi ingredient pewarna rambut yg ada dipasaran terbahagi kepada 2 j eni s yang mana kedua-duanya dalah halal dari segi bahan kandun gan . Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut menyerap air atau tidak ??

Pewarna rambut yang dipasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian j eni s yang Semi-Pamenent Dye adalah j eni s yang tidak menyerap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang islam.Begitu juga sebaliknya.

JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ianya di kilangkan di luar negara. Utk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal utk produk yang diproses di malaysia sahaja Wassalam

4.... Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar den gan JAKIM adalah syarikat Upha , kebanyakan supplement food dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray,Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak..
Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan islam dinegara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM , maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan di restoran ini.

6.. Soalan : Saya ingin tahu samada semua stall di foodcourt Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yg membezakan gerai yg halal den gan yg tidak halal. saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan's, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri's Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne's Pretzels,Cinnabon, Al-Mar jan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean's Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.
Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker's Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King's Confectinery telah mendapat pengesahan halal JAKIM, Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka den gan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual..

10. pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan/produk di tempat tersebut.

waallahua'lam

17 October 2008

to all sahabat around the world :)

sy minta maaf segala slh silap,pada yg menduduki final exam,doakan kejayaan bsame dalam menghadapi final exam ni.dan yg x amik exam pun doa2kan la kami.jazakillahu khairan katsira.

indahnya waktu pagi..

ture



sumber :

ade penambahan jadual pengambilan kalori di ruangan diet oh det

selamat membace! same2la kita mengamalkan pengambilan diet seimbang :)

15 October 2008

amalan untuk kita oleh juara akedamik al-quran musim pertama,abdullah fahmi

ni amik dari buletin post frenster saye,sape nak add abdullah fahmi boleh gi profile frenster saye dan lihat di ruangan fan. atau link ; http://profiles.friendster.com/36590072

Amalan untuk kita

AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP

1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.

diet oh diet

mase nak balik kampus hr tu..saye tengah iron baju..buke radio..saye ingat itu radio ikim..tp last2 bukan.kat channel tu (x ingat channel radio ape) saye dengar tentang menjaga diet pemakanan..oleh pakar pemakanan yg ditemuramah oleh d.j radio. selama ini saye makan melantak je..badan ni pun naik 2kg dari bulan januari lalu.tapi lepas dengar pakar pemakanan tu cakap penuh terperinci macam udang bape banyak kalori dia,ikan bape banyak kalori dia..nasi bape banyak pule..penting seseorang tu tahu mengukur kalori yang diambilnya dalam sehari bagi menjage kesihatannya.saye pun tetanye2 ape tu kalori? same ke dengan lemak? walaupun saye pelajar sains..tapi keliru gak huhu..

Apa itu kalori

Posted by tiey on Feb-3-2008

Kalori merupakan satu unit tenaga dan kita boleh mengaitkan kalori dengan makanan tetapi ia juga berkait dengan apa saja yang mengandungi tenaga, misalnya 4 liter petrol mengandungi kira-kira 31,000,000 kalori.

Secara spesifik, kalori merupakan kandungan tenaga atau haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu satu gram air sebanyak satu darjah celcius(C).

Ramai orang berfikir kalori hanya berkaitan dengan makanan misalnya satu tin minuman berkarbonat mengandungi 200 kalori, sebenarnya kalori dalam makanan adalah kilokalori (1000 kalori = 1 kilokalori).

Satu kalori dalam makanan mengandungi 4184 J. Oleh itu satu tin minuman berkarbonat mengandungi 200 kalori makanan atau 200,000 kalori atau 200 kilokalori.

Ini juga sama semasa bersenam dimana jadual kecergasan mengatakan anda membakar 100 cal setiap kilometer berjalan bermakna 100 kcal.

Terdapat 3 kelas makanan utama dalam makanan kita. Mereka ialah karbohidrat, lemak dan protein. Ketiga-tiganya mempunyai “nilai kalori”(kandungan tenaga) tertentu seperti jadual berikut.

KELAS MAKANANNILAI KALORI
(kcal)
SUMBER
Karbohidrat4nasi
Lemak9minyak masak
protein4ikan dan daging

Setiap individu memerlukan kalori yang berbeza. Ini bergantung kepada jantina, saiz badan, umur, aktiviti dan iklim. Golongan lelaki memerlukan lebih kalori kerana mereka lebih aktif. Saiz badan yang besar juga memerlukan kalori yang tinggi kerana ia mengandungi sel yang lebih banyak. Golongan kanak-kanak dan remaja yang sedang tumbuh pesat juga memerlukan lebih kalori kerana metabolisme (keperluan tenaga asas) mereka tinggi. Pekerja atau ahli sukan memerlukan kalori tinggi untuk menampung aktiviti yang cergas. Jika kita tinggal di tempat yang sejuk, kita juga memerlukan kalori yang lebih. Ini perlu untuk menggantikan haba yang hilang.

Apabila seseorang mengambil kalori yang tinggi atau terlampau rendah, maka berlakulah masalah kesihatan. Jadual berikut menyenaraikan beberapa contoh masalah kesihatan itu.

MASALAH KESIHATANPUNCAGEJALACARA MENCEGAHCARA MERAWAT
MalnutrisiKekurangan kaloriSangat kurus dan tidak bertenagaMakan makanan seimbang dan mencukupiMemberi zat tambahan
AnoreksiaTabiat tidak mahu makan kerana ingin menguruskan badanTerlalu kurusPendidikanKaunseling
KegendutanPengambilan kalori berlebihanKelihatan terlalu gemuk, pengumpulan lemak di bawah kulitMengawal pengambilan makananBersenam atau mengambil ubat dari doktor
Penyakit Jantung dan Tekanan Darah TinggiMakan makanan berlemak berlebihanSerangan penyakit jantung dan cepat letih apabila melakukan aktiviti fizikalMengurangkan makanan berlemakPembedahan dan pengambilan ubat

Orang dewasa perlu menentukan pengambilan dan penggunaan tenaga yang seimbang untuk mengawal dan menetapkan berat badan. Sekiranya kita mengambil lebih kalori dari yang diperlukan, badan akan menyimpan lebihan kalori tersebut sebagai lemak di dalam hati dan di bawah kulit serta dalam bentuk glikogen di otot-otot.

Lemak simpanan ini akan digunakan jika lapar berlaku untuk memberi tenaga. Bagi setiap 3,500 kalori yang disimpan, berat badan akan naik lebih kurang 1 lb(450 gram). Oleh yang demikian, sekiranya seseorang itu mengguna lebih tenaga dari yang dibekal, berat badan boleh dikurangkan. Walau bagaimana pun, bilangan kalori yang perlu bagi mengekalkan berat badan bergantung kepada umur, saiz, cara hidup (terutama senaman dll), komposisi badan dan keturunan.


Imbangan Kalori dan Berat Badan

Posted by tiey on Feb-5-2008

Orang dewasa perlu menentukan pengambilan dan penggunaan tenaga seimbang untuk mengawal dan menetapkan berat badan. Sekiranya kita mengambil lebih tenaga dari yang diperlukan, badan akan menyimpan lebihan sebagai lemak di dalam hati dan otot-otot dalam bentuk glykogen dan di bawah kulit dalam bentuk lemak. (Jika kelaparan berlaku, kita boleh berfungsi dengan menggunakan simpanan lemak ini). Bagi setiap 3,500 kalori yang disimpan, berat badan akan naik lebih kurang 1 lb (450 gram). Bersamaan ini, jika mengguna lebih tenaga dari yang dibekal, berat badan boleh dikurangkan. Walaubagaimanapun, bilangan kalori yang perlu bagi mengekal berat badan bergantung kepada umur, saiz, cara hidup (terutama senaman dll), komposisi badan dan keturunan.

Jadual Keperluan Kalori Harian Mengikut Status Aktiviti dan Berat Badan
(Kalori bagi Setiap Kilogram Berat Badan)

Kategori Berat Badan

Aktiviti

Aktiviti Ringan

Sederhana Aktif

Sangat Aktif (Berat)

Berlebihan Berat Badan

20 - 25

30

35

Berat Normal

30

35

40

Kurang Berat Badan

35

40

45 - 50

Ringan : kerja pejabat/suri rumah kerjatangan
Sederhana : guru/jururawat
Sangat aktif (Berat) : buruh binaan/ahli sukan



Umur(tahun)

Berat(Kg)

Keperluan Tenaga/Kalori

Remaja lelaki
Remaja perempuan

10 - 19
10 - 19


2600 - 2580
2300 - 2100

Dewasa lelaki
(Sederhana aktif)

20 - 39
40 - 49
50 - 59
> 60

55
55
55
55

2530
2400
2280
2020

Dewasa Perempuan
(Sederhana aktif)

20 - 39
40 - 49
50 - 59
> 60

50
50
50
50

2000
1900
1800
1600

Perempuan Mengandung

1 trimester
2 - 3 trimester


+150
+350

Perempuan Menyusu



+550

sumber : http://jusdietmate5.com/blog/page/3/

07 October 2008

betul ke ni? mesej forward kat frenster ni.sape penah jumpe air tin ni? any comment??

FW: BAHAYA!!! anda mungkin telah minum CARLSBERG!!

Message: ----------------------------------

Original message from JEBAT:

Original message from KoNi:

Carlsberg baru sahaja mengeluarkan dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE. Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc. Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut. HARAP SEBARKAN MAKLUMAT INI UNTUK KEBAIKAN SEMUA UMAT ISLAM.....
JANGAN LUPA SEBARKAN X G2 ANDA AKAN DOSA SEUMUR HIDUP KERANA MENDAPAT INFO TAPI X SEBARKAN....

al-kisah hari pertame aku puase 6 semalam..




hari pertame aku puase sunat 6..aku skali kan dengan puase qada'.ade pendapat kate boleh skalikan puase,ade pendapat kate tak boleh jadi aku pun pilih skalikan senang. aku tak sahur..sedar tapi tutup alarm fon tido balik, ngantuk tido lambat. jadi berpuaselah aku..memang letih bile petang menjelme..lepas solat asar aku tido kepala aku memang dah pening dari dalam kelas tadi..mungkin skian lame x makan nasi sejak aku balik awal 1 hari kat kampus..makan maggi je..jarang dah aku makan maggi memang nak elakkan makan tapi tula makanan yg aku fikir blh tahan smigu simpan dalam bilik.biskut tak bape kenyang..skian lame tak makan maggi memang perut aku rase meragam..2 packet aku bedal 1 malam,1 petang esoknye..isnin terus puase.sebab tu aku pening kot..ntahla.

bangun je tido hari dah hampir senje alhamdulillah lege dah pening aku..aku leka..memang aku tak ingat yg dewan makan tutup kul 7-8malam al-maklum le sminggu cuti..bile teringat aduh ade lg 20 minit..aku siap2 nak turun dewan makan biase panggil dining je..alih2 sampai dining dah tutup hua hua hua..aku try jugak pulas pintu pagar tu tapi dah kunci kempunan aku tengok orang yg sempat masuk kat dalam sedang amik makanan..sedangkn jam lagi 5 minit sblum kul 7.awal gak dining tutup.hmm..ujian..hati kecilku berbicare..hai hidayah sabar banyak2..dugaan ni..perut memang dah lapar ni.nak pegi koperasi bli roti buat alas perut rase membazir pulak duit bajet makan pelajar dah ade baik aku gunekan dari aku kuarkan duit sendiri.1 jam je kot InsyaAllah boleh tahan..skang naik atas balik buke puase minum air je solat magrib dlu.atas meje study aku ade kismis..jadi aku makan kismis benda yg tak dimasak dulu,aku dengar itu sunnah.pastu baru minum air..itu lah kisah nye puase 6 aku yg pertame..heee.hari ni aku tak puase ade jamuan raye kelas.

aku jarang puase 6 .. zaman aku budak2 dlu memang aku tahu fadhilat puase 6 ni bagus. seingat aku penah skali kot aku complete 6 hari.ade tu 3 hari je aku buat.ade tahun tu langsung tak buat.huhu. moge tahun ni dapat la aku buat sampai cukup 6 hari BIIZNILLAH..stelah skian lame rase aku tak buat.korang tahu ke puase 6 itu ape? orang slalu cakap puase 6 selepas ramadhan..meh aku kongsi info.. info ni senang je aku dapat dari fakulti aku sbelum cuti raye aritu.

puasa 6???

bulan syawal ni bukan hanya disambut hari raya puasa (disebut juga hari raya fitrah atau eidul fitri), malah ada sambutan lain yang lebih besar iaitu sambutan berpuasa tambahan untuk mendapat keberkatan yang lebih. selepas tarikh 1 syawal , hanya 1 hari sahaja diharamkan puasa,umat islam amat digalakkan untuk berpuasa semula iaitu sekurang-kurangnya 6 hari daripada bulan syawal ini. ia adalah kesinambungan kepada puasa sebulan pada bulan ramadhan di mana nilai ibadatnya adalah bersamaan dengan puasa sepanjang tahun.

satu keistimewaan yang difahami dari sabda Nabi Muhammad itu ialah satu kebajikan dan peluang yang paling beharga disediakan kepada orang yang mengejar nikmat dan kemurahan Allah taala sepanjang hidup, terdapat pula di bulan syawal iaitu puasa 6 hari di dalamnya. ganjaran pahala diberikan oleh Allah taala kepada mereka yang berpuasa 6 di bulan syawal ini ialah seperti ganjaran pahala kepada yang berpuasa setahun.

kelebihan puasa 6

dari Abu Hurairah (r.a), Nabi S.A.W. bersabda : ''barangsiapa berpuasa Ramadhan lantas disambung 6 hari di bulan syawal, maka ia bagaikan telah berpuasa selama setahun''.

1. puasa 6 umpama sunat rawatib sesudah solat fardhu bagi menampung kekurangan puasa fardhu menjadi tanda diterima puasa Ramadhan yang kita kerjakan.
2. sebagai tanda bersyukur kepada nikmat yang diberikan di bulan Ramadhan seperti nikmat kesihatan tubuh badan yang baik.
3. mendapat kebaikan berlipat ganda serta diangkat darjatnya.
4. memudahkan malaikat al-maut mencabut nyawa.

sumber : Wasilah Ramadhan,buletin ramadhan,persatuan mahasiswa kejuruteraan elektrik dengan kerjasama CITU,I-MECHY,CHESS,P'CES,SOPHYS,HATSS UiTM PULAU PINANG. 22-28 ramadhan 1429/22-28 ogos 2008.

02 October 2008

camne raye tahun ni??

jom kongsi pengalaman raye korang tahun ni..best,meriah,sedih,lucu ape saje leh cite..camne carenye click kat comment tu..

Cite aku..raye ni lebih kurang seperti tahun lepas-lepas mengemas rumah last minute..lagi 4 hari nak raye aku balik dari kampus tibe je di rumah banyak lagi yang nak kne kemas..rumah tak prepare lagi sebab ayah aku still dengan mengecat umah..aku ingat umah dah beres la tp rupenye belum.jadi penghujung ramadhan aku sibuk menolong mengemas rumah. Paling terase penatnye hari terakhir puase sebab byk keje kne buat di kala aku tidak bersahur.. aku dengan ibu je kaum hawa dalam kluargaku. aku tolong ibu masak hidangan raye,basuh peralatan pinggan mangkuk cawan untuk jamuan rombongan takbir raye di kawasan prumahanku malam nanti. Memang sibuk. Jam menunjukkan pukul 6petang..sedang asyik aku buat kerje..tibe2 perut aku mule sakit..lapar..dengan bau rendang yg cukup menusuk hidung..aku bagitahu ibu perut aku sakit..ibu cakap “itula tak bangun sahur lagi”..aku diam sambil tanganku sambung membuat kerja.. Lebih kurang 6.20petang badan aku dah mule menggigil kelaparan..aku bersabar je..tibe buke puase Alhamdulillah nikmat makan betul2 terase.rupenye ibu yg diam petang tadi pun same sepertiku, memberitahu badannye pun menggigil bpuase di kala petang menjelma kerana banyak keje hari tu.

..Alhamdulillah kami sempat menyediakan hidangan rombongan takbir raye pada masenye. Kelam kabut jugak risau rumah kami yg awal diterjah.tapi agak lame mnunggu baru rombongan sampai..rombongan tahun ni ramai budak2 yg datang lbh kurang 60 orang sampai ramai budak2 bdiri kat luar rumah je..selesai majlis..makanan yg terjamah sedikit je..patut dengan rumah kami yg ke-8 dikunjung..orang rombongan ramai dah kekenyangan..

Raye pertame..

Aku agak lesu tido lambat malam tadi..hehe sape sruh tido lambat sndiri rasela..kami sekuarge bsiap2 ke surau..sewaktu berjalan kaki ke surau..abang2 aku berbicara kesal dengan perangai budak2 skrang..mane tak nye ampau bersepah2 disepanjang jalan..hasil rombongan takbir raye malam semalam...ditambah lagi budak2 skang tak geti beratur mase nak bagi duit raye,berebut2 bising..org yg bagi duit raye pening nak bagi kne bersuare suruh beratur..pakcik-pakcik yg tengok sume geleng kepale menyuruh budak2 ni beratur.

Kejadian ni bukan baru,dah 3 tahun situasi budak2 ni berebut macam ni..cume kes buang ampau bersepah2 kat jalan ni agak ketare tahun ni.ade tu kes rombongan takbir tahun yg sudah atau sbelumnye aku tak bape pasti ade budak yg kurang ajar,aku dah tak ingat cite nye mcm mn.. lepas habis rombongan takbir, ayah dengan abang2 balik rumah bukak cite sebab ibu suke tye pasal pegi rombongan macam mn..biasela orang prempuan..nak tahu jugak jiran lain hidang menu ape..

“Zaman kite dulu..ampau simpan bawak balik rumah sampai menimbun2 ampau kat rumah sikit pun takde rase nak buang kat jalan sebegitu..bangah aku cakap “nak salahkan siape budak2 skg jadi macam ni??” Kami 3 beradik berbincang sambil jalan kaki menuju surau.. “Ibuayah tak latih tak beri penekanan”…. “kawan pun boleh ..bile tiade ibubapa disisi kawan lah mjadi ikutan mempengaruhi kita..kne pandai plih kawan..” kite kawan dgn penjual minyak wangi,bau wangi melekat kat badan kita begitula sebaliknya.ibu kat sebelah senyap je. Ayah aku awal2 dah pegi surau..kalau ayah aku ade skali tentu ayah aku turut serta join club pbincangan kami.

Slesai solat..ade khutbah raye…khutbah mengenai ummat Islam sekarang dihidangkan dengan banyak rancangan hiburan yg tidak bersifat Islam di waktu musim raye mediaelektronik khususnye..rancangan di t.v di hari raye..sepatutnya rancangan2 dihari mulia adalah rancangan yg boleh memanjatkan kesyukuran pada yg Esa.begitu juga budaya barat yg semakin menular melalui hiburan2 yg disiarkan di t.v..mengesalkan..jadi kita mestilah pandai memilih rancangan..pastu aku tak dengar dah.. aku tetido kelesuan..lesu dan ditambah lagi port baik punye besandar kat dinding…ibu aku mencuit..sedar je dah habis khutbah..

Sunyi je rumah pagi raye hanya gelak ketawa menonton rancangan lawak di t.v memecah kesunyian..tibe petang ha amik ko sedare mare bsambung-sambung datang raye..slesai….baru nak bukak tudung..sambil tgk kat laman.. eh,dtg lagi sedare mare lain.. Alhamdulillah abang2 aku rajin menolong..harap aku je tak menang tangan la..malam kami pegi beraye rumah maklong n mangah..

Sekian………